UNIT KESELAMATAN
TEL: 09-557 2334
PROFAIL
Encik Mohd Amir Syafiq bin Sab'un Ketua Unit |
PENGENALAN
Unit Keselamatan merupakan satu Unit yang bernaung di bawah Bahagian Pengurusan Am. Ianya mula diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Unit Keselamatan memberi perkhidmatan keselamatan perlindungan kepada Jabatan ini.
OBJEKTIF
PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL
- Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, profesional dan berkualiti di hospital ini.
- Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kemuliaannya akan diperlihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pelanggan, penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan dimaklum kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, cekap dan amanah.
- Setiap pelanggan atau waris akan diberi makluman yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan.
- Setiap pelanggan digalak untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.
KEANGGOTAAN UNIT KESELAMATAN
Pada tahun 2008, Jabatan Perdana Menteri menempatkan Pegawai Keselamatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pegawai kader di Jabatan ini. Anggota Unit Keselamatan sehingga kini adalah seramai 6 anggota. Keanggotaan Unit Keselamatan adalah seperti berikut:
- En. Mohd Amir Syafiq bin Sab'un - Penolong Pegawai Keselamatan KP32
- Pn. Zuhaima binti Mat Arsid - Pembantu Keselamatan KP22
- En. Hendraputra Hussin - Pembantu Keselamatan KP22
FUNGSI UNIT KESELAMATAN
- Memberi perlindungan keselamatan kepada kakitangan HTAA, pesakit dan pelawat serta bangunan-bangunan di bawah HTAA, Kuantan dari sebarang ancaman samada dengan cara tidak sengaja atau niat jahat melalui sabotaj atau dengan cara-cara lain.
- Melaksanakan dasar-dasar HTAA berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi.
- Memberi pelindungan keselamatan kepada aset - aset milik HTAA, peralatan pejabat, mesin-mesin dan lain-lain harta di bawah HTAA dari kerosakan samada disengajakan atau dengan niat jahat serta dari kecurian.
- Melaksanakan dasar-dasar jabatan berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi.
AKTIVITI UNIT KESELAMATAN, HTAA
- Melakukan operasi penggunaan sticker kenderaan bagi kakitangan HTAA.
- Melaksanakan operasi clamping (kenderaan kakitangan).
- Melaksanakan penggunaan pas pelawat / pas kebenaran.
- Memantau pergerakan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan.
- Melakukan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).
- Mengemaskini dan memantau kunci keselamatan.
- Melakukan rondaan seluruh kawasan hospital dari aspek fizikal, dokumen, peribadi & keselamatan iT.
- Menyiasat kes-kes pelanggaran keselamatan.
- Penguatkuasaan keselamatan lalulintas.
- Melaksanakan mesyuarat keselamatan dan lalulintas.
Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2024