SEKSYEN HASIL
TEL: 09-557 2034
PROFAIL
![]() |
Puan Masniza Mohamed |
PENDAHULUAN
Seksyen Hasil ialah seksyen yang bertanggungjawab mengendalikan semua urusan kemasukan pesakit dalam dan kutipan hasil kerajaan serta menyelaras dan memantau semua urusan pengendalian kutipan hasil bagi pendaftaran pesakit luar mengikut Akta Fee 1951 dan pekeliling-pekeliling serta arahan-arahan yang berkuatkuasa bagi semua pesakit-pesakit luar dan dalam di HTAA.
VISI
Meningkatkan Kutipan Hasil Kerajaan
MISI
- Memungut Hasil Kerajaan
- Menyediakan Bil Untuk Pesakit
OBJEKTIF UMUM
Seksyen Hasil bertanggungjawab memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dalaman dan luaran bagi mewujudkan sebuah organisasi yang professional dan cemerlang.
FUNGSI / AKTIVITI SEKSYEN HASIL
- Menguruskan pendaftaran kemasukan pesakit ke wad dan pengurusan permit pengkebumian.
- Bertindak sebagai Pusat Informasi iaitu melayani pertanyaan dari pelanggan dan orang awam melalui penyampaian perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan perkhidmatan mesra pelanggan.
- Mengutip sumber hasil melalui Akta Fee 1951-Perintah Fee (Perubatan) 1982, deposit, cagaran dan pelbagai hasil selaras dengan peraturan semasa.
- Memastikan bil-bil rawatan dikeluarkan pada hari yang sama pesakit discaj dari wad.
- Memastikan pesakit pesakit yang keluar atau discaj dari wad menjelaskan bil rawatan dan mengambil tindakan susulan apabila bil tidak dibayar.
- Menghantar surat-surat peringatan bagi bil-bil tertunggak kepada orang awam, kakitangan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang ada jaminan bank dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mengutip kutipan hasil hospital melalui bayarn deposit, bayaran wad, bayaran perkhidmatan kenderaan serta hasil pelbagai.
Piagam Pelanggan
Kami Berikrar Akan Memberi Perkhidmatan Yang Cepat, Cekap Dan Bermutu Berlandaskan Ciri-Ciri Perkhidmatan Penyayang, Profesionalisme Dan Kerja Berpasukan.
Perkhidmatan Akan Diberikan Dalam Tempoh Seperti Berikut :-
Bil | Perkhidmatan | Tempoh |
1 | Menyediakan Bil-Bil Awam / Asing | 10 Minit |
2 | Menyediakan Bil-Bil Kakitangan Kerajaan / Swasta | 10 Minit |
3 | Menyediakan Bil-Bil Yang Diterima Dari Wad | 10 Minit |
4 | Menerima Bayaran Dan Menyediakan Resit Bayaran | 10 Minit |
5 | Membuat Bayaran Balik Baki Cagaran Secara Tunai | 10 Minit |
Perkhidmatan / Produk Yang Disediakan
- Layanan Dan Menyediakan Bil Di Kaunter
- Menerima Bayaran Dan Mengeluarkan Resit Bayaran
- Bayaran Balik Baki Wang Cagaran Secara Tunai
- Menyediakan Baucer Bayaran Balik Wang Cagaran Ke Jabatan Akauntan Negara
- Menyediakan Bil-Bil Syarikat Swasta Selepas Pesakit Discaj
- Memenyediakan Bil Kakitangan Kerajaan Selepas Pesakit Discaj
- Menerima, Merekod Dan Mengeluarkn Resit-Resit Bagi Bayaran Melalui Pos
Tarikh Kemaskini : 26 November 2024