UNIT SUMBER MANUSIA
TEL: 09-557 2030
![]() |
Asma binti Mahidin Ketua Unit asmamahiddin[at]moh[dot]gov[dot]my |
POLISI
Visi - menuju ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif
Misi - menguruskan perkhidmatan anggota htaa dengan efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti
Objektif - memastikan htaa mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada semua anggota dengan cekap dan berkesan
FUNGSI
- Sumber Manusia
- mengurus, melaksana dan memantau secara keseluruhan berhubung hal-hal perkhidmatan anggota htaa yang meliputi urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, penempatan & pertukaran dan lain-lain isu berbangkit berkaitan perkhidmatan.
- memberi maklumbalas serta khidmat nasihat terhadap isu-isu berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan di peringkat HTAA/JKNP.
- Perjawatan
- menguruskan permohonan pewujudan jawatan baru dan penambahan perjawatan di dalam anggaran belanja mengurus
- mengemaskini maklumat perjawatan keseluruhan HTAA.
- mengenalpasti masalah dan cadangan penyelesaian bagi isu-isu berkaitan penempatan berdasarkan keperluan perkhidmatan
- HRMIS
-
menguruskan dan memantau secara menyeluruh berhubung sistem pengurusan maklumat sumber manusia melalui aplikasi hrmis yang meliputi :
- Sandangan pemilik kompetensi dalam data perjawatan
- Pengemaskinian rekod peribadi
- Pengemaskinian profil perkhidmatan
- Kemasukan perisytiharan harta
- menjadi penyelaras & memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal berkaitan dengan HRMIS.
- Piagam Pelanggan
Bil | Perkara | Tempoh |
1 | Menguruskan urusan perlantikan pertama | 15 hari |
2 | Pengesahan perlantikan | 3 hari |
3 | Pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen | 5 hari |
4 | Menyediakan penyata perubahan mengenai pendapatan seseorang pegawai (kew.8) | 2 hari |
5 | Urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan | 5 hari |
6 | Menguruskan permohonan cuti-cuti dalam perkhidmatan | 5 hari |
7 | Menguruskan permohonan pertukaran dalam dan luar negeri | 3 hari |
8 | Menguruskan penamatan perkhidmatan dan perletakan jawatan | 3 hari |
9 | Menguruskan pencen | 8 hari |
10 | Menguruskan permohonan lawatan keluar negara | 3 hari |
11 | Menguruskan urusan perisytiharan harta | 5 hari |
Carta Organisasi Unit Sumber Manusia