UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
TEL: 09-557 2931 / 2935
Hazlinda binti Ghazali Ketua Unit haz_linda[at]moh[dot]gov[dot]my |
Visi
Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebagai hospital ICT melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi ICT secara menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan kesihatan yang efisyen dan berkualiti.
Misi
- Memastikan infrastruktur ICT yang disediakan adalah lengkap, stabil dan selamat bagi menyokong penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT.
- Memantau dan menyelenggara sistem ICT supaya sentiasa dapat digunakan.
- Menyediakan khidmat sokongan teknikal yang efisyen dan berkualiti kepada pengguna ICT.
- Membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga Hospital Selayang melalui kursus dan latihan yang dianjurkan.
OBJEKTIF
Untuk membantu organisasi mencapai matlamat dalam melaksanakan keperluan pengurusan maklumat organisasi di samping meningkatkan daya saing dan mewujudkan prasarana ICT selari dengan perkembangan teknologi terkini.
FUNGSI
- Menjalankan kajian, rekabentuk dan penetapan spesifikasi untuk pelaksanaan, pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi
- Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal dalam penggunaan serta penyelenggaraan peralatan dan perisian ICT
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan perolehan dan pembekalan peralatan, perisian, sistem aplikasi dan kemudahan infrastruktur ICT
- Merancang, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan peralatan ICT
- Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus dan latihan ICT kepada pegawai dan kakitangan§Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa ICT
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) beroperasi dengan baik sepanjang masa serta memberi bantuan teknikal first level support kepada pengguna sistem apabila diperlukan dan berhubung dengan BTMK untuk penyelesaian masalah
- Bantuan teknikal dan khidmat sokongan akan dibuat ke atas masalah yang dilaporkan dalam tempoh 2 hari bekerja dan akan memberikan penyelesaian yang praktikal dalam tempoh 2 minggu
- Memberi khidmat nasihat dan cadangan bagi perolehan, penggunaan dan pinjaman peralatan ICT mengikut keperluan
- Mengadakan kursus asas komputer secara berperingkat kepada anggota HTAA bagi meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi komputer
- Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa ICT HTAA Unit ini bertanggungjawab menyelaras keputusan yang telah dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan
- Membantu pelaksanaan sistem-sistem aplikasi yang digunapakai di HTAA mengikut permohonan dan keperluan Jabatan/ Unit
- Menggalakkan pelaksanaan ICT mengikut peraturan, garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan dan kementerian.
PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN
- Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
- Kursus Asas Komputer
- Khidmat bantuan dan sokongan teknikal penggunaan peralatan IT
- Penyelarasan semua aktiviti/program/projek IT di HTAA
CARTA ORGANISASI
Tarikh Kemaskini : 12 September 2024