UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

No. Tel: 09 557 2189 / 2475 Faks: 09 5572438
(Aras 2, Bersebelahan JKSP, HTAA)

PROFAIL

  Zanariah binti Zainuddin
Ketua Unit
zzanariah[at]moh[dot]gov[dot]my

PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) telah ditubuhkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan sejak tahun 2003 dan berada di bawah Perubatan. Ini bermakna unit ini adalah dibawah naungan Pengarah Hospital dan di pantau oleh Timbalan Pengarah Perubatan. Pada Disember 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik beberapa Pegawai Psikologi S41 untuk di tempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri dan di Hospital. Seorang Pegawai Psikologi S41 di tempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit. Manakala Pegawai Psikologi S44 ditempatkan di Jabatan Psikiatri, HTAA. Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, Pegawai Psikologi menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.

VISI

Untuk mewujudkan satu (1) perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan.

MISI 

  1. Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberikan penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada semua lapisan masyarakat.
  2. Menjadikan kualiti perkembangan psikologi serta emosi yang sihat sebagai teras dalam penjagaan primer dan sekunder dalam pencegahan penyakit-penyakit kesihatan berjangkit kepada para pesakit.
  3. Meletakkan perkhidmatan pegawai psikologi sebagai salah satu disiplin penting dalam penjagaan kesihatan negara-negara maju

OBJEKTIF

Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang diberikan.

OBJEKTIF KUALITI

Unit ini berusaha untuk melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang terbaik dan efektif kepada semua pelanggan dengan memastikan setiap kes yang dirujuk akan diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.

FUNGSI KUALITI

  • Perkhidmatan penjagaan pesakit
  • Perkhidmatan sumber manusia (staf sukarela)

PIAGAM PELANGGAN

- Memberi perkhidmatan kaunseling berdasarkan ilmu-ilmu psikologi kaunseling kepada    

  klien yang memerlukan.

- Memastikan kerahsiaan klien adalah diutamakan dan terjamin

- Kes rujukan akan diberikan temujanji tidak lebih dari lima hari waktu bekerja.

PERKHIDMATAN PENJAGAAN PESAKIT

Kaunselor menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam perkhidmatan kaunseling yang menekankan beberapa aspek seperti emosi, psikologi serta pembangunan kendiri (kesedaran diri-insight) untuk memperbaiki keadaan kesihatan mereka.

Objektif

Membantu individu, keluarga dan masyarakat untuk meningkatkan kefahaman kendiri mereka dalam mengatasi masalah kesihatan melalui pendidikan, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi.

Skop fungsi dan bidang tugas Pegawai Psikologi

  1. Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
  2. Membantu membina modul program pembangunan insan
  3. Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan.
  4. Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
  5. Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.
  6. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  7. Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.
  8. Membantu memberi khidmat psikoterapi kepada klien.
  9. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan.
  10. Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
  11. Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
  12. Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi.
  13. Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori yang sesuai.
  14. Melaksanakan aktiviti atau program latihan dalam urusan pentadbiran, interprestasi alat ujian dan inventori psikologi.
  15. Melaksanakan intervensi psikologikal atau psikoterapi dalam merawat kecelaruan mental dan masalah emosi klien.
  16. Melaksanakan triage semasa intake interview untuk mendapatkan pengetahuan asas mengenai pesakit dan membuat klasifikasi.
  17. Menyelaras dan menyimpan statistik kes-kes yang dikendalikan.

PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA

(Staf Bermasalah Dan Pencapaian Rendah)

Perkhidmatan psikologi kaunseling oleh Pegawai Psikologi kepada warga Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut:

 

6.2.1 PKPA Bil. 1/99 : Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam,

6.2.2 PKPA Bil18/2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam,

6.2.3 PKPA Bil.29/2007: Perubahan Skim-Skim Perkhidmatan Kaunselor Dan Penolong Kaunselor Kepada Skim Pegawai Psikologi Dan Penolong Pegawai Psikologi,

6.2.4 SPP Bil.12/2009: Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan, dan;

6.2.5 SPP Bil. 8/2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

 

Objektif

Membentuk staf yang bermotivasi, berprestasi tinggi dan berdisiplin dalam menjalani tugasan mereka ditempat kerja mereka.

DEFINISI

Psikologi Kaunseling

Satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi mengikut kod etika kaunseling dan garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien

Pegawai Psikologi

Pegawai Psikologi dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, memiliki kelulusan ijazah sarjana muda psikologi, kaunseling atau klinikal psikologi pegawai yang memenuhi syarat lantikan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2007.

Kaunselor Berdaftar

Seseorang yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling dan didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27 di dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat.

        AKTA KAUNSELOR 1998 (Akta 580) menyatakan bahawa :

Tiada seorang pun boleh-

  1. Mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor.
  2. Menggunakan gelaran ‘Kaunselor Berdaftar’ atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
  3. Menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar,

Melainkan jika dia didaftarkan dibawah Akta ini.

  • Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit (RM30,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

Kerahsian

Berdasarkan kepada Kod Etika Kaunselor yang disediakan oleh Lembaga Kaunselor :

  • Hubungan kaunseling dan maklumat yang diperolehi daripada klien mestilah dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda yang membahayakan klien atau orang-orang lain, di mana Pegawai Psikologi diharapkan mengambil tindakan secara langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
  • Pegawai Psikologi mestilah mendapat persetujuan yang sesuai daripada klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga. Langkah-langkah yang berhati-hati hendaklah diambil apabila menyampaikan maklumat melalui faksimili, mel elektronik atau mana-mana cara menyampai maklumat untuk menjamin kerahsiaan.
  • Dalam ’setting’ rawatan dan perubatan, bagi setiap sesi yang dijalankan, Pegawai Psikologi akan membuat laporan sesi kaunseling secara umum di dalam rekod pesakit. Sekiranya mana-mana ahli Pengamal Perubatan memerlukan maklumat terperinci tentang klien, mereka boleh berhubung secara langsung dengan Pegawai Psikologi bagi mendapatkan maklumat tersebut mengikut tatacara kerahsiaan yang ditetapkan.

 

Klien/Pesakit yang dirujuk

Pesakit atau Staf yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan, Ketua Jabatan, Penyelia dari mana-mana Jabatan / Dispilin di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pegawai Perubatan dari Klinik dan Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Cara penyampaian perkhidmatan adalah berbeza mengikut jenis pesakit. Pesakit boleh terdiri daripada pesakit baru atau pesakit susulan. Sebelum pesakit dirujuk ke Unit ini, mereka sepatutnya telah melalui proses penilaian yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan, iaitu doktor perubatan am, doktor keluarga atau doktor dari jabatan lain melalui surat rujukan.

Bagi staf, mereka perlu dirujuk oleh pihak penyelia atau ketua Jabatan yang didapati bermasalah ditempat kerja (displin, engkar perintah, tidak hadir kerja, masalah keluarga yang menjejaskan prestasi kerja dan sebagainya). Selain itu, staf boleh juga datang ke Unit ini secara sukarela dengan kebenaran ketuanya.

 

Pemberian perkhidmatan adalah bergantung kepada:.

Perkhidmatan Pesakit Luar

Penyampaian perkhidmatan dilakukan di Klinik Pakar (Jab. Yang dirujuk) dan di unit Psikologi Kaunseling. Pesakit terdiri daripada mereka yang tidak menghidapi penyakit serius yang tidak memerlukan rawatan jagaan dalam (in-patient care). Pesakit kategori ini hanya diberi sesi dalam klinik sahaja (tidak dimasukkan dalam wad).

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Penyampaian perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan penjagaan klinikal di bawah kategori pesakit dalam (iaitu pesakit perlu tinggal dalam hospital bermalam sehari atau lebih). Pesakit berkemungkinan dimasukkan ke dalam wad secara elektif (dirancang) atau sebagai kemasukan wad kecemasan. Perkhidmatan psikologi kaunseling diberikan berdasarkan pesakit yang dirujuk kepada UPsK.

Perkhidmatan kepada Kakitangan Hospital

Penyampaian perkhidmatan kepada kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan yang memerlukan pemerhatian. Kakitangan hospital boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara rujukan ataupun secara sukarela. Bagi kakitangan yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara rujukan, rujukan tersebut boleh dibuat oleh ketua bagi setiap jabatan/unit (cth: Ketua Jabatan/Unit, Matron, Penyelia Hospital, Ketua Jururawat). Tarikh temujanji bagi kes rujukan akan diperolehi dari Pegawai Psikologi di Unit Psikologi Kaunseling manakala sesi susulan akan ditetapkan berdasarkan persetujuan klien.

 

SISTEM CARA MERUJUK KLIEN/PESAKIT

Setiap kes yang dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, di Unit ini perlu dirujuk melalui borang rujukan dan / atau menghubungi Pegawai Psikologi melalui telefon. Kes yang dirujuk dari wad akan diadakan sesi kaunseling pada sebelah petang. Ini kerana pada sebelah pagi Pegawai Psikologi akan memberi perkhidmatan kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling (UpsK) dan di Klinik – klinik tertentu, Klinik pakar.

 

JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    1. Kaunseling Individu
    2. Kaunseling Kelompok
    3. “Psychoeducation”
    4. Program Intervensi (ceramah / kursus/ bengkel / seminar untuk kakitangan dan orang awam)
    5. Ujian Psikometrik

 

PERKHIDMATAN KHUSUS YANG DIRUJUK OLEH JABATAN DAN MENGIKUT DISIPLIN

Dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit, keluarga pesakit atau kakitangan, kami menekankan pemulihan dan penjagaan dari segi tekanan emosi, gangguan pemikiran, tingkahlaku yang negatif, psyhcoeducation, sokongan berterusan dan motivasi diri. Dengan menekankan kaedah ini, sekaligus ianya dapat membantu pesakit atau kakitangan berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

 

KATEGORI PESAKIT YANG DIRUJUK DARI JABATAN PERUBATAN

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien / pesakit dalam pemulihan dan penerimaan rawatan :

  1. Perubatan Am
  2. Penyakit Berjangkit ( TB, HIV, STD)
  3. Nefrologi
  4. Kardiovaskular (Stroke)
 

Perubatan Am

    PENYAKIT TENAT CUBAAN MEMBUNUH DIRI             MASALAH KETIDAKPATUHAN DALAM MENERIMA RAWATAN
  • (Diabetic, Hypertensi, Asma, Kanser, Stroke, Denggi, H1N1, Malaria)
  • Stress
  • Panic attack
  • Insomnia
  • Kemurungan (mild-moderate)
  • Trauma
  • Post Traumatic Stress Disorder (mild-moderate)
  • Enggan menjalani rawatan perubatan
  • Anxiety (mild-moderate)
  • Kesulitan menerima rawatan
  • Penyalahgunaan bahan (dadah, arak & rokok)
  • Masalah keluarga
  • Grief and Bereavement
  • Kebimbangan tentang penjagaan kesihatan di rumah
  • Mengambil ubat berlebihan (kerana ingin meredakan rasa sakit)
  • Rendah Motivasi
  • Less Coping Skill / Kemahiran daya tindak
  • Quit Smoking
  • Stress
  • Isu Sosial
  • Pelajaran terganggu
  • Masalah teman
  • Anxiety (mild-moderate)
  • Panic attack
  • Kecelaruan Gender
  • Putus asa
  • Kurang keyakinan diri
  • Masalah perkahwinan
  • Masalah keluarga
  • Kecelaruan emosi
  • Masalah buli
  • Masalah tempat kerja
  • Rendah motivasi
  • Less coping skills / Kemahiran daya tindak
  • Enggan menerima rawatan perubatan
  • Enggan mendengar nasihat doktor
  • Enggan makan ubat (Non compliance / not cooperative)
  • Enggan menerima sokongan keluarga
  • Enggan menerima bantuan kebajikan
  • Penyalahgunaan bahan ( dadah, alkohol dan hidu gam )

 

Penyakit Berjangkit ( TB, HIV, STD)

    Kes baru yang dirujuk (Psychoeducation)       PreHAART (Penyediaan pesakit Untuk Memulakan Rawatan)       Isu-isu berkaitan dengan kematian
  • Enggan menerima rawatan
  • Anxiety/ kebimbangan (Mild-moderate)
  • Sokongan emosi
  • Masalah / Isu pergaulan sosial
  • Masalah / Isu keluarga
  • Stress
  • Depression
  • Cognitive restructuring (penerimaan)
  • Penjagaan rapi dari segi emosi (ahli keluarga/ penjaga)
  • Depression
  • Sokongan emosi
  • Masalah pengambilan ubat konsisten
  • Kesulitan kepada rawatan
  • Penerangan dan penyediaan kemungkinan jangkitan (OI)
  • Kaunseling sokongan pasangan & ahli keluarga
  • Amalan diet yang sihat
  • Cognitive restructuring (penerimaan)
  • (Death & dying) pesakit, pasangan & ahli keluarga
  • Sokongan emosi
  • Kemahiran daya tindak / coping skills
  • Motivasi
  • Grief & bereavement
  • Cognitive restructuring (penerimaan)

Nefrologi (Acute renal failure, Chronic kidney disease, Declining renal function,Hematuria, Proteinuria, Kidney stones, urinary tract infections, Hypertension, Electrolyte disorders or acid/base imbalance)

    MASALAH NEFROLOGI (PADA PERMULAAN)       MASALAH DISIPLIN (MASA TERAPI)   DIALYSIS DAN RENAL TRANSPLANT(RAWATAN) 
  • Masalah keliru / anxiety untuk menjalani rawatan / pembedahan
  • Stress
  • Depression, (mild-moderate)
  • Enggan menjaga rutin pemakanan
  • Enggan menerima rawatan
  • Enggan makan ubat
  • Masalah tidur malam
  • Kaunseling sokongan (caregiver)
  • Memberi sokongan emosi kepada klien
  • Enggan menerima rawatan perubatan
  • Enggan mendengar nasihat doktor
  • Enggan makan ubat (Non compliance / not cooperative)
  • Enggan menerima sokongan keluarga
  • Enggan menerima bantuan kebajikan
  • Enggan mendengar nasihat doktor
  • Enggan menerima rawatan perubatan
  • Kurang sabar menjalani rawatan bertindak agresif
  • Emosi tidak stabil
  • Kebimbangan
  • Depression (moderate)
  • Cubaan bunuh diri sukar terima hakikat keadaan diri
  • Masalah tidur malam
  • Kaunseling sokongan (caregiver)
  • Memberi sokongan emosi kepada klien
  • Masalah penyesuaian diri
  • Kemahiran daya tindak (coping skills) terhadap tekanan

Kardiovaskular (Stroke)

  • Gaya hidup yang tidak sihat (kurang bersenam / amalan pemakanan tidak sihat / merokok)
  • Masalah keliru / anxiety untuk menjalani pembedahan
  • Stress
  • Depression, (mild-moderate)
  • Enggan menjaga rutin pemakanan
  • Enggan menerima rawatan
  • Enggan makan ubat
  • Engkar arahan doktor
  • Kurang sabar menjalani rawatan/ bertindak aggresif
  • Emosi tidak stabil
  • Cubaan bunuh diri sukar terima hakikat keadaan diri
  • Masalah tidur malam
  • Memberi sokongan emosi kepada masalah penyesuaian diri
  • Kemahiran daya tindak (coping skills) terhadap tekanan.

 

KATEGORI PESAKIT YANG DIRUJUK DARI JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI (O&G)

 Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien / pesakit dalam pemulihan dan rawatan

  • Kehamilan (mengandung) dan isu genetik
  • Penyakit yang berkaitan wanita
  • Penderaan dan keganasan rumahtangga
  • Kes-kes berkaitan sosial
 Kehamilan (mengandung) dan isu genetik Penyakit yang berkaitan wanita Penderaan dan keganasan rumahtangga Kes-kes berkaitan sosial
  • Komplikasi sewaktu mengandung
  • Kecacatan Bayi
  • Kerisauan mendalam ketika prakelahiran
  • Kehilangan orang tersayang – kematian (Grief and Bereavement)
  • Keguguran
  • Kehamilan tanpa nikah
  • Kanser, Tumor dan komplikasi
  • Menopous dan Komplikasi
  • Penyakit STD & Penggunaan Kondom
  • Pencegahab kehamilan
   
  • Penderaan (fizikal, mental, seksual)
  • Keganasan rumahtangga
  • Penderaan seksual
     
  
  • Rogol / Cabul
  • Bersekedudukan
  • Pergaulan bebas
  • Penularan STD
   

 KATEGORI PESAKIT YANG DIRUJUK DARI JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien / pesakit dalam pemulihan dan rawatan.

Anxiety Disorder

  • Panic Disorder
  • Phobia
  • Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
  • Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
  • Generalised Anxiety Disorder (GAD)
  • Other Neuroses
  • Somatoform Disorder
  • Dissociative Disorder

 

 


Disorder of childhood & adolescence

  • ADHD
  • Distruptive Behaviour Disorder

-     Conduct Disorder

-     Oppositional Defiant Disorder

 

 

Social Problem

  • Personality Disorder
  • Substance use disorder
  • Sexual disorder :
  • GID
  • Homosexuality
  • Paraphylia
  • Sexual Dysnfunction

Psychological Psychology & Organic Brain Syndrome

  • Stress

 

 

 

 

 


Lain-lain situasi yang boleh dirujuk

  • Masalah Tekanan :

Pesakit yang didapati mengalami kemurungan atau stres disebabkan kerja/masalah keluarga/hubungan interpersonal.

  • Masalah Tingkahlaku:

Masalah tingkahlaku yang mempunyai risiko yang menimbulkan masalah sosial (seperti ketagihan bahan - dadah, gam, rokok, alkohol dan internet) hilang kawalan diri/ kemarahan yang terlampau/ masalah disiplin/ ponteng sekolah.

  • Coping Skills:

Pesakit yang melakukan cubaan membunuh diri/ delibrate self harm

  • Masalah Personaliti:

Pesakit yang mengalami kekeliruan personaliti/ kecelaruan personaliti/ Borderline Personality Disorder yang akan meninbulkan masalah kepada orang disekeliling mereka.

  • Pengurusan kemarahan:

Pesakit yang mengalami kesukaran dalam mengawal dan menangani kemarahan seterusnya membawa kepada gejala yang lain.

  • Modifikasi tingkahlaku:
  1. Klien yang bertingkahlaku Program Pendidikan Psiko sosial: Kes Baru HIV/AIDS, Substance Abuse, Cubaan Bunuh diri (overdose)
  2. Tidak mahu terima rawatan, tidak patuh rawatan & kerap terima rawatan tetapi tidak ikut nasihat doktor/ tidak makan ubat.
  • Isu sosial keluarga/kewangan/perkahwinan.
         

Medical diseases manifested with psychological disturbance

  • Delirium
  • Dementia
  • Learning disability
  • Adjustment Disorder
  • Sleep Disorder (Insomnia)
  • Anxiety Disorder
  • Grief and Breavement
  • Post Partum Psychosis
  • Anger outburst
  • Behavioural Problem
  • Sexual Abuse
  • Physical Abuse
  • Sexual Addiction
  • Marital problem
  • Non-accidental Injury
  • HIV/AIDS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    

Penyalahgunaan bahan

  • Alkohol
  • Rokok
  • Dadah
  • Internet addiction
  • Gam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    

Eating disorder

  • Anorexia Nervosa
  • Bulimia Nervosa
  • Binge eating disorder

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATEGORI PESAKIT YANG DIRUJUK DARI JABATAN PEDIATRIK

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien / pesakit dalam pemulihan dan rawatan.

Kes yang melibatkan kanak-kanak - penyakit Kes yang melibatkan ibu/bapa, penjaga atau waris klien Kes-kes berkaitan sosial

  • Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
  • Masalah Tingkahlaku
  • Kemurungan (Mild atau Moderate)
  • Stress (tekanan)
  • Uncompliance Medication
  • Masalah percakapan ( Speech)
  • Hyperactive / Down Syndrome / pasif ( Learning Disabilities )
  • HIV
  • Talasemia
  • Masalah pembelajaran / School Refusal
  • Masalah Obesiti
   
  • Kemurungan
  • Stress
  • Masalah Keluarga
  • Lain-lain kes yang difikirkan perlu.
     
  • Rogol / Cabul
  • Penderaan (fizikal, mental, seksual)
  • SCAN (Suspected Child Abuse and Neglected) Case
  • Krisis Identiti
  • Konflik rakan sebaya
  • Penghargaan Kendiri yang rendah
  • Masalah Kemahiran Sosial
  • Masalah Disiplin
  • Motivasi
  • Masalah tingkahlaku yang menyebabkan masalah sosial seperti penyalahgunaan bahan (dadah, alkohol, rokok), seks luar nikah, kehamilan tanpa nikah, lari dari rumah dan lain-lain.

KATEGORI PESAKIT YANG DIRUJUK DARI JABATAN ORTHOPEDIK, REHABILITASI, MEDICAL DAN SOPD

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien / pesakit dalam pemulihan dan rawatan.

      Penyakit yang berkaitan  Penyediaan ke arah pembedahan Motivasi pesakit dan ahli keluarga ke arah pemulihan
  • Strok
  • Kehilangan anggota badan ( pembedahan)
  • Hilang keupayaan / cacat
  • Pra & post pembedahan

 

 

 

 

 

 

 

   

Pra/post Pembedahan

Persediaan awal secara fizikal dan mental

Penerimaan diri

Penyesuaian

Pengurusan diri

Penyesuaian psikososial

Pengurusan kesakitan “Pain Management”

Kemurungan

Kehilangan anggota badan

Anggota badan yang tidak berfungsi

Isu dalaman psikologi

Hilang motivasi

Pesakit tidak memberikan kerjasama

Putus asa

Rendah diri

Penolakan (Resistance)

Enggan makan ubat secara konsistan

Penolakan terhadap rawatan


  • Sokongan emosi kepada pesakit
  • Sokongan emosi kepada ahli keluarga
  • Meningkatkan motivasi melalui kesedaran dan realiti sebenar
  • Latihan pemulihan

 

 

 

 

 

 

 

 

KATEGORI KAKITANGAN YANG BOLEH DIRUJUK DARI BAHAGIAN  SUMBER MANUSIA (TERMASUK PIHAK YANG MENYELIA)

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien dalam Pemulihan, Pencegahan dan Perkembangan.

Kes-kes yang dirujuk berkaitan tatatertib Kes-kes yang dirujuk untuk pemulihan dan perkembangan diri dan kerjaya Isu peribadi yang menjejaskan prestasi
   

Kes-kes pegawai yang mempunyai kecenderungan atau telah melanggar Peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

     

Prestasi Rendah

  • Pegawai yang tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif jabatan dan gagal mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang ditetapkan. Ditunjukkan dengan pencapaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 70% dan ke bawah.
  • Biasanya seorang yang tidak produktif, tidak bersungguh-sungguh, kurang berusaha dan sebagainya.

Pegawai Bermasalah

  • Pegawai bermasalah ialah pegawai yang menunjukkan sikap, pemikiran dan tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada ketua, rakan sekerja dan lain-lain individu yang berurusan dengannya.
  • Adakalanya, pegawai tergolong dalam berpencapaian tinggi tetapi menunjukkan ciri-ciri pegawai bermasalah seperti mempunyai masalah hubungan interpersonal, agresif, emosi tidak stabil, masalah kesihatan mental dan sebagainya.

Program Intervensi / Latihan untuk perkembangan diri dan kerjaya

  • Kursus Pra Stress Persaraan
  • Kursus Pengurusan
  • Kursus Bina Modal Insan
  • Kursus Budaya Korporat & Soft Skills
  • Kursus Pengurusan Kewangan (Bijak Wang, Bijak Belanja)
  • Bengkel Memenangi dan Menangani Pelanggan
  • Kursus Pemantapan Kendiri
  • Tempat Kerja Bebas Dadah
  • Program Penerokaan Personaliti Anggota
  • Bantu Diri, Bantu Yang Lain
    
  • Interpersonal
  • Masalah Keluarga/ rumahtangga
  • Masalah Sosial
  • Kesihatan Kronik
  • Masalah Psikologi
  • Keterhutangan Kewangan yang Serius
  • Isu berkaitan penyesuaian diri

 

13. REKOD LAPORAN SESI KAUNSELING

  1. Rekod laporan sesi kaunseling adalah sulit.
  2. Rekod laporan sesi kaunseling hanya boleh dilihat dan disimpan oleh Pegawai Psikologi yang mengendalikan sesi kaunseling bersama klien tersebut.
  3. Rekod sesi kaunseling tidak boleh diberikan kepada klien kecuali dengan permohonan bertulis dari klien sendiri.
  4. Rekod laporan sesi kaunseling tidak boleh diberikan kepada sesiapa kecuali dengan kebenaran bertulis dari klien sendiri.
  5. Ringkasan setiap sesi kaunseling, perlu dicatit dalam rekod pesakit (jabatan yang rujuk) untuk tindakan pegawai yang dirujuk. Pegawai Perubatan yang memerlukan maklumat tambahan boleh hubungi Pegawai Psikologi yang kendalikan kes tersebut.

Carta Organisasi Unit

Carta Aliran Perkhidmatan

Borang Rujukan Psikologi Kaunseling HTAA

Jadual Psikologi Kaunseling   

Isnin Hingga Khamis Jumaat

 8.00pagi - 5.00petang

 8.00pagi - 12.15tengahari

 2.45petang - 5.00petang

 

 Isnin  Ward Round
 Selasa  Ward Paliatif (PCU)
 Rabu  Psikososial (Psikiatri)
 Khamis  Ward Round
 Jumaat  Pentadbiran/Latihan
 Pentadbiran Kes

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA