UNIT PERHUBUNGAN AWAM

TEL: 09-557 2046

PROFAIL

  Puan Normaisarah binti Mohd Rosdi
Ketua Unit (Pegawai Perhubungan Awam S29)
maisarahrosdi[at]moh[dot]gov[dot]my

Pengenalan

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan bagi mendukung misi hospital untuk memberi perkhidmatan dengan professional, cekap, ikhlas dan menerapkan nilai-nilai budaya murni sepenuh hati kepada pelanggan

Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Perhubungan Awam

Unit ini bertindak sebagai perantara bagi sebarang pertanyaan, aduan (publik dalaman dan luaran) dan permintaan pelanggan yang berurusan serta mewujudkan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media. selain terlibat dengan acara rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Misi
Menyedia dan menyebarkan informasi yang tepat dan terkini kepada khalayak melalui medium yang bersesuaian.

Visi
Bertekad menjadi penyampai informasi tepat dan terkini yang berupaya meningkatkan imej hospital melalui perkhidmatan yang efektif, produktif dan kreatif, sensitif dengan keadaan dan permintaan semasa para pelanggan, serta bekerjasama secara perkongsian pintar dengan pihak lain untuk membentuk warga hospital yang sentiasa bersedia untuk membantu selaras dengan matlamat budaya korporat.

Objektif

  1. Memproses aduan pelanggan dalam masa yang ditetapkan.
  2. Berusaha untuk memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.

Piagam Pelanggan

  • Pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional, efisien, efektif dan berkualiti.

  • Pelanggan akan diberi maklumbalas ke atas setiap aduan yang diberikan.

  • Pelanggan akan diberi jaminan bahawa aduan yang disampaikan akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun , jujur dan ikhlas.

  • Maklumbalas / cadangan dan aduan akan diambil tindakan dengan segera dengan adil.

  • Pelanggan diberi pilihan untuk menyalurkan maklumbalas melalui pelbagai medium seperti surat, email, SMS, Facebook rasmi hospital dan juga Laman Web maklumbalas rasmi KKM spab.gov.my

  • Sebarang masalah boleh hubungi pegawai perhubungan awam ditalian 09-5133333 sambungan 2046

Fungsi

  1. Bertanggungjawab mengatur dan memaklumkan program perhubungan dengan pihak luar.
  2. Menyebarkan maklumat dan aktiviti Hospital.
  3. Mengurus aduan para pelanggan hospital dengan cepat, tepat, adil dan berkesan.
  4. Melaksana Pelan tindakan media bagi isu-isu berbangkit.
  5. Mengatur dan menyelaras sidang media dan publisiti bagi aktiviti rasmi kementerian/Jabatan Kesihatan Negeri /Hospital.

Carta Organisasi

 Tarikh Kemaskini : 8 Januari 2025

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA