JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
Tel : 09-5572222 samb 2224
PROFAIL
![]() |
MERIAM BT. BIDIN Ketua Jabatan |
MISI & VISI
Jabatan Dietetik & Sajian terlibat dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal & juga promosi kesihatan untuk membantu dalam perawatan pesakit selaras dengan visi & misi hospital & KKM. Sistem pengurusan mengutamakan inovasi, teknologi & pengetahuan terkini kearah peningkatan kualiti berterusan.
POLISI JABATAN
Perkhidmatan Dietetik
- Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal & promosi kesihatan berdasarkan amalan 'evidence-based' di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
- Menyumbang kepada kajian & penyelidikan dalam bidang pemakanan & dietetik.
Perkhidmatan Sajian
- Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan & keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi,pekeliling-pekeliling & arahan yang ditetapkan.
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi , pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan
OBJEKTIF
Objektif umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan & perkhidmatan dietikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
Objektif khusus
- Untuk memastikan diet normal & diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua,tiga & wad kanak-kanak.
- Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam,mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan khidmat 'medical nutrition therapy' bagi 'oral diet' serta 'nutrition support' diberi kepada pesakit yang dirujuk oled doktor.
- Untuk memberi latihan praktikal katering & 'internship' dietetik kepada pelatih dari Intitusi Pendidikan Tinggi.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering & dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
PIAGAM PELANGGAN
Perkhidmatan Makanan
- Makanan disediakan untuk pesakit di wad mengikut pesanan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan atau Pegawai Dietetik.
- Waktu mengambil diet adalah seperti berikut:-
- Sarapan pagi - 7.00 - 7.30 pagi
- Makan tengahari - 12.00 - 12.30 tengahari
- Minum petang - 3.30 - 4.30 petang
- Makan malam - 6.00 - 6.30 petang
- Diet untuk pesanan lewat disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan diterima dan tiada menu khusus ditetapkan.
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Kes-kes rujukan pesakit dalam akan diliohat dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
- Kes-kes rujukan pesakit luar akan diberi temujanji tidak lebih daripada 1 bulan daripada tarikh rujukan.
PERKHIDMATAN JABATAN
- Perkhidmatan Dietetik
- Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat Medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation termasuk dokumentasi.
- Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
- Latihan internship dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
- Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.
- Perkhidmatan Sajian
- Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima daripada wad mengikut kelas dan jenis diet yang ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.
- Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang kurang mampu.Rujukan:(13) KKM-171/BKP/04/16/0232 , bertarikh 18.10.2012.
- Bekalan Makanan Untuk Anggota Bertugas Di Dewan Bedah. Rujukan: KKM 87 P1/37/1(10) Jld 4 , bertarikh 27.05.2008.
- Garispanduan Perlaksanaan Pengurangan Diet/Hidangan Dari Enam Kali ke Empat Kali Sehari di Hospital /Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujukan: KKM87/P1/37/1(8) Jld 4, bertarikh 26.05.2008.
- Pertimbangan Semula Peraturan Baru Ibu Menemani Anak Di wad (MAC). Rujukan: (14) dlm. KKM-203/18 Jld 2, bertarikh 03.09.2001.
- Penyediaan Makanan Bagi Pesakit-pesakit “Nil By Mouth”. Rujukan: (24) dlm. KKM-203/18 Jld 9, bertarikh 25.09.1995.
- Pengkelasan Wad Untuk Wad Kemalangan Dan Kecemasan. Rujukan: (30) dlm. KKM-87(663)Bhg 3, bertarikh 29.10.1993.
JADUAL KLINIK DIET (BILIK 24), ARAS 2, KOMPLEKS RAWATAN HARIAN
HARI | MASA | DIETITIAN |
ISNIN | 9.00 AM - 1.00 PM | AINI MASITAH BINTI MOHAMMAD |
SELASA | 9.00 AM - 1.00 PM | YAP WAN HAN |
RABU | 9.00 AM - 1.00 PM | MAIZATUL AKMA/MOHAMMAD BASRI BIN RUSDU |
KHAMIS | 9.00 AM - 1.00 PM | MOHD AZMAN IBRAHIM /SITI NOORLIANI ALI |
JUMAAT | 9.00 AM - 12.15 PM | NAJWA CHE ABDULLAH |
TEL: 09-5133333 samb 3005/3003
Tarikh Kemaskini : 27 November 2024