JABATAN FARMASI
![]() |
Puan Zuhaini binti Mukrim Ketua Jabatan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
a) | Farmasi Klinik Pakar : 09-5572669 |
- Waktu beroperasi : 7.30 pagi - 5.00 petang. (Ditutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum) | |
b) | Farmasi Makmur : 09-5572215 |
- Waktu beroperasi : i) 8.00 pagi - 7.00 malam. (Hari bekerja) | |
ii) 9.00 pagi - 7.00 malam. (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) | |
c) | Farmasi Kecemasan : 09-5572231 |
- Waktu beroperasi : 24 jam setiap hari kecuali Hari Jumaat 12.15 tengah hari - 2.45 petang. |
VISI
- Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
MISI
- Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
- Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
- Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
- Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.
OBJEKTIF
- Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional.
PIAGAM PELANGGAN
1. Farmasi Lobi Makmur
- Tidak kurang daripada 90% preskripsi yang diterima oleh Farmasi Lobi Makmur akan di dispens dalam masa 30 minit (dalam waktu pejabat).
- Semua preskrips pesakit discaj yang diterima semasa hujung minggu/cuti umum akan di dispens dalam masa tidak melebihi 30 minit.
2. Farmasi Klinik Pakar, Kompleks Rawatan Harian
- Tidak kurang daripada 90% preskripsi yang diterima oleh Farmasi Klinik Pakar akan di dispen dalam masa 30 minit (dalam waktu pejabat).
- Pesakit boleh mendapatkan khidmat kaunseling ubat-ubatan dalam waktu pejabat.
- Bagi pesakit yang datang selepas waktu pejabat, khidmat tersebut akan diberi melalui temujanji pada hari bekerja berikutnya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Unit Farmasi Logistik:Menjalankan proses perolehan, penerimaan, penstoran dan pembekalan ubat, bukan ubat / peralatan pakai buang, serta gas perubatan.
- Unit Farmasi Ambulatori: Menyediakan perkhidmatan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit Klinik Pakar, pesakit discaj dari wad dan pesakit dari Jabatan Kecemasan. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dimana perkhidmatan ini melibatkan kolaborasi di antara Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan dalam memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit.
- Unit Farmasi Pesakit Dalam: Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan ke wad, klinik dan unit-unit lain dalam hospital melalui sistem unit dos, sistem ‘top-up’ ubat dan bekalan stok tersedia. Bagi pesakit yang telah didiscaj, perkhidmatan pendispensan dan kaunseling disediakan.
- Unit Farmasi Pengeluaran: Menyediakan perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik, persediaan nutrisi parenteral, penyediaan ubat bukan steril bagi kegunaan internal dan external yang bukan komersial / tiada dalam pasaran dan proses pembungkusan semula ubat-ubatan internal dan external.
- Unit Farmasi Pusat Sumber & Maklumat: Mengendalikan pertanyaan samada secara lisan, melalui panggilan telefon, persendirian atau bertulis berkaitan ubat-ubatan daripada anggota kesihatan dan juga orang awam.
- Unit Farmasi Farmakoterapi: Menawarkan perkhidmatan pemantauan pesakit di dalam wad oleh Pegawai Farmasi yang terlibat dalam ‘ward round’ bersama-sama pasukan perubatan yang lain. Pemantauan yang dilakukan adalah merangkumi pemantauan terapeutik ubat, kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan ubatan kepada pesakit discaj.
PENERBITAN
Album Look Alike Sound Alike (LASA) Medications 2021 | ||
Album Look Alike Sound Alike (LASA) Medications 2022 | ||
High Alert Medications (HAM) HTAA |