JABATAN PERUBATAN FORENSIK
TEL: 09-557 2285 / 2232
PROFILE
![]() |
Dr. Sri Marni bt Zainal Abidin Ketua Jabatan |
VISI
Visi Jabatan Perubatan Forensik adalah untuk memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang cemerlang dan menjadi Pusat Rujukan Perubatan Forensik di Negeri Pahang.
Misi
- Untuk perkembangan berterusan dalam bidang Perubatan Forensik serta meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama strategik dan Pendidikan Berterusan (CME) yang berteraskan budaya kualiti dan keutamaan kepada pelanggan.
- Berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih saksama dan elektif berlandaskan nilai penyayang, profesionalisme dan kerjasama berpasukan mengikut prinsip budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang dinamik dan responsive kepada masyarakat dengan anggota yang berilmu dan berdedikasi.
Objektif
- Menyediakan dan mengutamakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bermutu tinggi, berkualiti dan efisien untuk pelanggan 24 jam setiap hari.
- Mengendalikan perkhidmatan Perubatan Forensik, iaitu pengurusan kematian, bedah siasat, pemeriksaan ditempat kejadian jenayah, analisa makmal untuk kes mediko legal dan siasatan kes-kes jenayah yang bersangkut dengan Kanun Keseksaan dengan memberi fakta kes dan laporan yang betul dan cepat.
- Menyediakan pasukan tindakan forensik untuk perkhidmatan ketika Bencana Ramai Mangsa (Mass Disaster) yang melibatkan kematian dan kes kematian berisiko tinggi.
- Menyediakan perkhidmatan Klinikal Forensik kepada pesakit yang terbabit dalam kes serangan seksual, keganasan rumah tangga, penderaan dan kes-kes lain yang dimaksudkan dalam Kanun Keseksaan.
- Memberi khidmat rundingcara dalam aspek medikolegal kepada perkhidmatan perubatan yang lain dalam pengurusan pesakit.
Piagam Pelanggan
PERKHIDMATAN
Patologi Forensik
- Menyediakan perkhidmatan penghantaran mayat dari wad ke mortuari
- Menyediakan ruang dan tempat penyimpanan sementara jenazah sebelum dituntut
- Dokumentasi maklumat jenazah
- Membantu dalam pencarian waris jenazah unknown
- Menyediakan premis untuk penghormatan terakhir jenazah
- Menyediakan perkhidmatan bedah siasat mayat bagi kes medikolegal
- Menyediakan perkhidmatan bedah siasat mayat untuk kes berisiko tinggi
- Memberi khidmat nasihat kepada hospital daerah untuk kes bedah siasat
- Menyediakan laporan bedah siasat apabila diminta
- Mengendalikan spesimen kes bedah siasat medikolegal
- Menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian (CSI) dan pemeriksaan awal mayat di tempat kejadian
- Penggalian semula kubur untuk kes medikolegal dan menyelia penggalian semula kubur atas permintaan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dan badan berkanun di Pahang
- Mengendalikan kematian ramai mangsa pada peringkat negeri dan kebangsaan termasuklah kemudahan, tenaga kerja, pengendalian tempat kejadian, pelabelan mayat/jenazah, penyimpanan, dokumentasi, pengendalian dan penyerahan spesimen
- Mengendalikan proses Disaster Victims Identification (DVI)
- Menyediakan kemudahan premis kepada pasukan TOP hospital untuk menjalankan prosedur perolehan tisu bagi kes Brought In Death dan Death In Department
- Menyediakan premis untuk kaunseling waris oleh Penolong Pegawai Persekitaran dan Kesihatan untuk kes berisiko tinggi.
Klinikal Forensik
- Mengendalikan spesimen medikolegal untuk kes klinikal forensik.
- Memberi khidmat nasihat berkenaan kes klinikal forensik apabila diminta.
Makmal Perubatan Forensik
- Menyediakan perkhidmatan analisa Histopatologi Forensik.
- Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan laporan permeriksaan slaid Histopatologi Forensik.
- Menyediakan perkhidmatan Antropologi Forensik.
- Menyediakan perkhidmatan analisa Forensik Diatom.
Tarikh Kemaskini : 12 Disember 2024