JABATAN RADIOLOGI
Tel: 09-5133333 (samb: 2052) Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PROFAIL
Dr. Norie Azilah binti Kamarudin Ketua Jabatan & Pakar Radiologi Gred Khas C (KUP) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
![]() |
Ketua Juru X-Ray MISS ONG GEOK KHIM ( Ketua Juru X-Ray – Diagnostik U44 ) |
PENDAHULUAN
Jabatan Radiologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal. Perkhidmatan yang diberikan meliputi radiologi diagnostik dan juga radiologi intervensional bagi tujuan teraputik.
Visi Jabatan
Menyediakan Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik Dan Intervensi Yang Cemerlang Dan Berkualiti Bersesuaian Dengan Visi KKM Dan HTAA.
Misi Jabatan
Menyediakan perkhidmatan Pengimejan yang berkualiti dan cemerlang melalui satu pasukan kerja yang penyayang, profesioanal dan berdedikasi dengan mengunakan teknologi sediada yang besesuaian.
Objektif Jabatan
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
- Menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.
- Menyediakan perkembangan professional berterusan kepada semua kategori anggota.
- Mengadakan dan mengamalkan budaya korporat.
- Melaksana dan menggalakkan penyelidikan ke arah kecemerlangan perkhidmatan.
Piagam Pelanggan Jabatan
Perkhidmatan yang disediakan di bahagian jabatan utama adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan X-Ray Am
- Ultrasound
- Pemeriksaan X-Ray Khas
- Mammografi
- Intervensi (biopsy/drainage dan nephrostomy)
- Orthopantomografi (OPG)
- Bagi pemeriksaan X-Ray Am (8.00pagi-5.00petang). Jabatan ini akan berusaha supaya:
- Anda akan didaftarkan untuk pemeriksaan dalam masa 15 minit.
- Selepas pemeriksaan anda akan dipanggil untuk menjalani pemeriksaan dalam masa 30 minit.
- Selepas pemeriksaan, anda akan diberikan filem X-Ray dalam masa 30 minit.
- Urusan temujanji:
- Bagi urusan mendapatkan tarikh temujanji, pemeriksaan, urusan anda akan selesai dalam masa 30 minit.
- Bagi perkhidmatan yang lain, masa pemeriksaan adalah tertakluk kepada jenis pemeriksaan dan modality yang digunakan.
PERHATIAN
Masa yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada status peralatan dan bilangan anggota bertugas.
Bagi perkhidmatan lain-lain, masa adalah tertakluk kepada jenis pemeriksaan dan modaliti yang digunakan.
Sebarang pertanyaan dan cadangan, hubungi Pn Zubidah Begam Bt. Zakaradin (U42). Tel: 09-5572061
Perkhidmatan Dan Produk Yang Disediakan
- Pemeriksaan X-Ray Am.
- Pemeriksaan OPG Digital.
- Pemeriksaan X-Ray Portable.
- Pemeriksaan Fluoroskopi di Dewan Bedah ( Ortho O.T dan General O.T ).
- Pemeriksaan Fluoroskopi Utama,ERCP dan Intravenous Urethrogram (IVU).
- Pemeriksaan Mammografi Digital (FFDM).
- Pemeriksaan Tomografi Berkomputer (CT Scan).
- Pemeriksaan Pengimejan Resonan Magnetik (MRI).
- Pemeriksaan Ultrasound.
- Pemeriksaan Bone Densitometer.
- Pemeriksaan Angiografi.
- Prosedur Intervensi menggunakan Fluoroskopi, CT Scan dan Ultrasound.
- Perkhidmatan di luar waktu pejabat.
- Perkhidmatan Filem Reporting dan Perundingan.
Sumber Manusia
Jabatan Pengimejan dan Diagnostik HTAA diketuai oleh Pakar Perunding Radiologi Gred Khas C dan dianggotai 5 orang Pakar Radiologi, 6 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Pegawai Sains Fizik, 50 orang Juru X-Ray, 3 orang Jururawat, 1 orang Pembantu Tadbir, 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
OBJEKTIF KUALITI
KADAR PENOLAKAN ‘DRY FILM’ TIDAK MELEBIHI 2.0%
NUMERATOR |
DENOMINATOR |
KEKERAPAN |
Bilangan Filem yang di ‘Reject’. |
Jumlah Keseluruhan ‘Dry Film’ yang digunakan. |
Setiap Bulan |
HPIA
- PERCENTAGE OF TURN AROUND TIME WITHIN LESS THAN OR EQUAL TO (?45) MINUTES OF URGENT PLAIN RADIOGRAPHIC EXAMINATION REQUESTED BY EMERGENCY UNIT/DEPARTMENT
- STANDARD: ?80%
- MONTHLY
Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi Baharu