JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

TEL: 09-557 2222 samb. 2533

PROFIL

 

Dr. Yusma Asni binti Yusmido
Ketua Jabatan & Pegawai Perubatan Pakar Rehabilitasi Gred UD54


Visi

Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang cemerlang.

Misi

Memberi kepuasan yang menyeluruh melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan beretika , secara cekap dan professional untuk memenuhi dan ekspektasi semua pelanggan.

Objektif

Umum : Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi secara menyeluruh dan bersepadu kepada pelanggan mengikut keperluan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima.

Khusus : Menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang meliputi diagnostik , teraputik dan pencegahan kepada pelanggan sama ada pesakit luar mahu pun pesakit yang menerima rawatan dalaman dengan mengamalkan penggunaan teknologi yang sepadan dan memperkayakan sikap budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fungsi

Utama 1 : Perkhidmatan

Sub fungsi: 

  1. Perawatan pesakit dalam
  2. Perawatan pesakit luar

Utama 2 : Pentadbiran

Sub fungsi:

  1. Pentadbiran Am
  2. Pengurusan sumber manusia
  3. Pengurusan kewangan

Piagam Pelanggan

  1. Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, profesional dan berkualiti di hospital ini.
  2. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pelanggan, penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan dimaklum kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra, bertimbangrasa, cekap dan amanah.
  5. Setiap pelanggan atau waris akan diberi makluman yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan.
  6. setiap pelanggan digalakkan untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.

Perkhidmatan Dan Produk Yang Disediakan

  1. Perawatan rehabilitasi Perubatan Saraf dan Pembedahan Saraf.
  2. Perawatan Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
  3. Perawatan Rehabilitasi Amputee
  4. Perawatan Rehabilitasi Pediatrik
  5. Perawatan Rehabilitasi Jantung
  6. Perawatan Rehabilitasi Umum
  7. Preskripsi Alatan bantuan perubatan

 

Carta Organisasi

 

Tarikh Kemaskini : 22 November 2024

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA