UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

TEL: 09-5572377

PROFIL

Puan Nor Khairunnisa Bt Mohamad
Ketua Unit

 PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja adalah sebuah unit yang memberi perkhidmatan pemulihan kepada pesakit yang mengalami masalah dari segi fizikal dan psikologikal supaya pesakit dapat mencapai tahap kefungsian yang optima.

OBJEKTIF

  1. Untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
  2. Untuk menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang cekap dan berkesan kepada pelanggan supaya dapat mencapai tahap kefungsian yang optima dan dapat berdikari dalam aktiviti hariannya melalui latihan aktiviti harian (ADL), meningkatkan kemahiran perceptual dan integrasi sensori, kognitif, splinting, cadangan alat bantuan, adaptasi alat, senaman kefungsian dan lain-lain.

MATLAMAT UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

Melahirkan suasana kerja kondusif bagi pesakit menjalankan rawatan Pemulihan Carakerja bagi:

  1. Mencapai tahap kefungsian yang optima
  2. Mencegah kecacatan atau kecacatan selanjutnya
  3. Mengekalkan tahap kesihatan yang sempurna

Dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia

VISI

Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang sistematik, bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.

MISI

Melaksanakan perkhimatan berlandaskan ciri-ciri budaya koporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu professionalism, khimat penyayang dan kerja berpasukan.

POLISI

  • The department shall provide Occupational Therapy services for cases referred from the departments within the hospital, health clinics, private practitioners and hospital
  • Patient shall be charged according to the Fee (Medical) Order 1982
  • A report on the Occupational Therapy treatment shall be given to the referring doctor on request
  • A register shall be maintained of patients treated
  • Clinical assessment of inpatient and outpatient shall be done by Occupational Therapy Officer or Occupational Therapist and documented in the patient’s file
  • All treatment and procedures for in patients shall be carried out in the ward. For procedures requiring specific/special equipment or arrangements, the treatment shall be carried out in the Occupational Therapy Department

FUNGSI

Fizikal

  • Menjalankan latihan kefungsian.
  • Menjalankan latihan aktiviti harian ( Activity Of Daily Living).
  • Membuat splinting ke atas pesakit seperti yang diarahkan oleh doctor atau mengikut kecederaan pesakit.
  • Membuat Pressure Garment bagi pesakit luka terbakar atau yang mempunyai keloid , parut hyper tropic atau bengkak pada anggota badan.
  • Mencadangkan alat bantuan
  • Membuat lawatan ke rumah/sekolah/tempat kerja
  • Membuat adaptasi alat.

Latihan Intervensi Awal Kanak-kanak

  • Modifikasi tingkahlaku
  • Latihan aktiviti motor halus ( fine motor )
  • Latihan penjagaan diri ( self care training )
  • Latihan skil pra sekolah ( pre-school skill training )
  • Mencadangkan alat bantuan
  • Membuat splinting

Rawatan Pemulihan Pesakit Psikiatri

  • Menjalankan aktiviti kesedaran diri
  • Latihan asertif ( Assertive training)
  • Latihan aktiviti harian ( ADL retraining)
  • Latihan skil social ( social skill retraining)
  • Latihan pre-vokasional
  • Terapi kumpulan
  • Terapi lukisan

PIAGAM PELANGGAN

1. PENDAFTARAN

Anda akan didaftarkan dalam masa tidak lebih daripada 10 minit.

2. PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN

Anda akan diperiksa dan dinilai tahap kecederaan / penyakit dalam masa tidak lebih daripada 15 minit.

3. RAWATAN

Rawatan mengambil masa antara 30 hingga 90 minit mengikut jenis rawatan yang diberi.

 

PERKHIDMATAN DI UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Pemulihan Carakerja di bidang Orthopedik
    • Tangan dan anggota atas
    • Kecederaan saraf tunjang
    • Kecederaan saraf periferi
    • Muskuloskeletal
    • Amputasi
  2. Pemulihan Carakerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
    • Adult Psychiatry
    • Kanak-kanak dan remaja
    • Psikogeriatrik
    • PemulihanPsikososial
  3. Pemulihan Carakerja dibidang Peadiatrik
    • Neurologi Peadiatrik
    • Neonatal
  4. Pemulihan Carakerja di bidang Perubatan Am
  5. Pemulihan Carakerja di bidang Neurologi
  6. Pemulihan Carakerja di bidang Pembedahan Am
  7. Pemulihan Carakerja di bidang Neurosurgery
  8. Pemulihan Carakerja di bidang Kardiak

 

Carta Organisasi Unit

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA