JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI
TEL: 09-557 2303
PROFAIL
![]() |
Dato Dr. Nor Khairiah Mohd Kenali |
Dr. Wan Marzuki Wan Ramli |
PENGENALAN
Sejajar dengan peningkatan dan perkembangan bidang perubatan, skop perkhidmatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HTAA juga semakin meluas. Perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja terhad kepada pembiusan didalam dewan bedah malahan bermula dari sebelum pembedahan seperti klinik anestetik dan juga terlibat dalam pembiusan di luar dewan bedah seperti ECT,di suite radiologi seperti prosedur MRI dan CT scan. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan rawatan kesakitan (akut, kronik dan kesakitan bersalin) . Bagi perkhidmatan rawatan rapi, unit ini telah berpindah ke tingkat dua pada 2007 dan mulai 15 Julai 2008 ia beroperasi dengan sembilan katil. Antara peningkatan lain perkhidmatan jabatan ini ialah Pembiusan Daycare Surgery di Pusat Rawatan Harian yang bermula pada bulan Mei 2007. Selain dari itu, hospital dan jabatan ini juga merupakan sebahagian dari pusat pengajian bagi Pegawai Perubatan Sarjana dari HUSM, pelajar-pelajar dari Kulliyah Perubatan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kuantan serta menjadi hospital mengajar untuk kursus perbidanan, kejururawatan dan paramedik yang lain.
MISI JABATAN
Menyediakan perkhidmatan berkualiti berkaitan pembiusan dan 'Acute Pain Services' serta rawatan rapi dan resusitasi.
PIAGAM PELANGGAN (ICU)
- Anda akan ditempatkan dikatil:
- Dalam masa serta merta.
- Dalam keadaan di mana wad telah penuh, masa diambil untuk ke katil akan bergantung kepada kekosongan dan penyediaan katil.
- Anda akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa serta merta dari setibanya ke wad dan penerangan tentang penyakit akan diberitahu.
- Semua permohonan untuk berjumpa Pegawai Perubatan mengenai perkembangan penyakit dan keadaan pesakit akan ditunaikan dengan secepat mungkin.
- Urusan discaj akan diselesaikan dalam masa 1 jam.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
Objektif utama jabatan ini adalah untuk menyediakan penjagaan pesakit yang terbaik dengan 'standard' amalan keselamatan yang tinggi.
- Memberi perkhidmatan pembiusan, rawatan rapi dan perkhidmatan lain yang berkaitan yang berkualiti tinggi kepada pesakit.
- Meningkatkan aktiviti CME diperingkat jabatan, hospital dan negeri.
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pesakit mengenai perkhidmatan pembiusan, 'APS' dan rawatan rapi serta peranan doktor bius.
- Memupuk dan menanam semangat kerjasama diantara kakitangan dan mengadakan persekitaran dan suasana kerja yang baik.
- Meneruskan aktiviti 'Qualiti Assurrance'.
PERKHIDMATAN PEMBIUSAN
Perkhidmatan Pembiusan di HTAA dijalankan dibeberapa tempat berasingan. Ianya dijalankan di Dewan Bedah Umum (5 bilik bedah) dan Dewan Bedah Otopedik (3 bilik bedah) yang terletak di tingkat 3 bangunan utama. Dewan Bedah Materniti (1 bilik bedah) yang terletak di tingkat 1 bangunan yang sama. Selain daripada itu, perkhidmatan pembiusan juga dijalankan Jabatan Psikiatrik (bangunan berasingan) untuk melakukan prosedur ECT pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan apabila perlu sebagai kecemasan. Perkhidmatan pembiusan juga diberikan untuk kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan radiologi seperti MRI di Jabatan Radiologi sebagai kes elektif.
Terdapat 7 bilik bedah di bangunan Pusat Rawatan Harian . Pembiusan untuk pesakit Day case Surgery telah bermula pada bulan Mei tahun 2007.
PENERBITAN
- Buletin Bulan Januari 2018
- Buletin Bulan Februari 2018
- Buletin Bulan Mac 2018
- Buletin Bulan April 2018
- Buletin Bulan Mei 2018
- Buletin Bulan Jun 2018
- Buletin Bulan Julai 2018
- Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2018
- Continuous Medical Education (CME) Julai 2018
- Buletin Bulan September 2018
- Organ Donation Day