JABATAN KECEMASAN
TEL : 09-557 2184
PROFAIL
Dr. Badli Sham bin Baharun Ketua Jabatan |
"BERSEDIA MEMBANTU" merupakan prinsip Jabatan Kecemasan bagi meneruskan aktivitijabatan di sepanjang tahun 2008 berbekalkan semangat berpasukan dan berkerjasama.Jabatan Kecemasanbanyak memainkan peranan dan lebih bertanggungjawab bagi memastikan tahap perkhidmatan yang cemerlang dan secara tidak langsung meningkatkan imej Hospital Tengku Ampuan Afzan.Dalam tempoh setengah tahun pertama, banyak pembaharuan telah dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan orang awam berada dalam piawaian yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, jabatan ini turut mengemaskini perkhidmatan yang sedia ada.
MISI DAN VISI
- Kami komited untuk menyediakan rawatan yang tepat dan cepat serta penjagaan berkualiti dengan cara yang sopan, bagi memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan dipenuhi.
- Visi kami adalah memberikan rawatan yang cepat, berkualiti dan efisien kepada pesakit, serta mencapai keunggulan dalam pengurusan pesakit sambil mencipta persekitaran yang lebih baik bagi latihan pembelajaran.
OBJEKTIF
Komited dalam memberikan rawatan kecemasan yang profesional, efision dan efektif untuk mencapai perkhidmatan yang bermutu serta menepati kehendak pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL
- Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, profesional dan berkualiti di hospital ini.
- Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kemuliaannya akan diperlihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pelanggan, penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan dimaklum kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, cekap dan amanah.
- Setiap pelanggan atau waris akan diberi makluman yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan.
- Setiap pelanggan digalak untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.
FUNGSI
Terdapat 8 fungsi Jabatan Kecemasan yang telah diagihkan perkhidmatannya serta mempunyai tanggungjawab tersendiri. Perkhidmatan tersebut ialah:
- Perkhidmatan "PreHospital Service"
- Perkhidmatan Kaunter
- Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
- Perkhidmatan Panggilan Ambulan (CDC)
- Pasukan Tindakan Kecemasan
- Pentadbiran
- Wad Pemerhatian
- Pusat isolasi dan dekontaminasi kecemasan (EDIC)
- Bilik Daftar Masuk Wad
Perkhidmatan Kaunter
Kedudukan kaunter Jabatan Kecemasan merupakan salah satu pintu masuk utama di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sudah menjadi satu tanggungjawab kepada kakitangan yang bertugas untuk menunjukkan imej Jabatan Kecemasan dan seterusnya imej HTAA. Bukan setakat untuk mendaftarkan pesakit tetapi bertanggungjawab memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter. Senyum dengan penuh keikhlasan dan layanan mesra sudah sebati dengan jiwa kakitangan di sini agar perkhidmatan yang diberi mendapat kepuasan semua pihak.Melalui perkhidmatan kaunter juga, pergerakan ambulan disusun atur bagi mengendalikan kes panggilan kecemasanyang diterima di bilik CDC. Penyusunan semula terhadap beberapa borang dan buku di kaunter menampakkan perubahan yang amat memberangsangkan serta perkhidmatan ynag lebih cemerlang.
Bilik Resus
Bilik Resus merupakan satu tempat untuk pesakit menerima rawatan samada kes itu kritikal atau separa kritikal. Di dalam bilik itu telah dibahagikankepada sembilan bahagian termasuk satu bahagian doktor dan satu bahagiankaunter kakitangan bilik kecemasan. Jumlah keseluruhan katil dalam bilik resus ialah lapan buah katil. Bagi kes-kes Asthma kritikal, pesakit ditempatkan di bahagian AsthmaBay yang dilengkapi oleh dua mesin dan dua punca oksigen untuk mendapatkan Nebulizer. Bersebelahan dengan AsthmaBay, terdapat dua katil untuk kes-keskecederaan kecil bagi melakukandressing, minor surgery dan mengeluarkan benda asing. Membersihkan mata atau Eye Irrigation turut dilakukan di bay ini. Semua set-set prosedur terletak dalam kabinet di bay ini. Dua katil telah diletakkan di bay utama iaitu TraumaBay. Di bay ini terdapat dua buah mesin defibrillator yang digunakan bagi kes –kes tertentuseperti kesyang melibatkan kecederaan kepala,serangan sakit jantung, masalah pernafasan yang teruk akan ditempatkan di sini.Satu katil telah diletakkan di bahagianCardiacBay yang telah dilengkapi satu mesin defibrillator. Di bay ini juga terdapatsatu mesin UltraSound. Tiga katil yang lain digunakanbagi kes-kes umum, rujukan atau digunakanapabila kes kecemasanyang terlalu banyak.Selain daripada tempat memberi rawatan, ia juga menjadi tempat latihan dan attachment yang terdiri daripada Pelajar Perubatan UIA, Pelatih Jururawat dan Pelatih Penolong Pegawai Perubatan, satu lagi jabatan kerajaan yang membuatlatihan di sini iaitu Pasukan bomba Dan Penyelamat.Semua rawatan di sini diteruskan seperti biasa mengikut prosedur yang telah ditetapkan agar perkhidmatan yang diberikan boleh dibanggakan oleh semua pihak. Sikap Mesra Pelanggan masih dikekalkan.
Wad Pemerhatian
Wad ini diwujudkan adalah untuk pesakit-pesakit yang hanya memerlukan pemerhatian dalam tempoh 24 jam samada ia perlu dimasukkan ke wad atau didiscajkan. Biasanya, pesakit yang dimasukkan ke wad ini adalah tidak serius.Selain itu, ia juga digunakan sebagai wad untuk mendapatkan rawatan bagi kes-kes yang berkaitan dengan Orthopedik, terutama bagi kes patah tulang. Walaubagaimanapun, bagi kes yang melibatkan Surgical dan Orthopedik, ia tidak dimasukkan ke wad ini.Wad ini juga digunakan sebagai tempat bagi kes-kesyang memerlukan rawatan lanjutan oleh unit-unit yang lain seperti Jabatan Bedah Mulut. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban kerja wad yang berkenaan.Wad ini juga menerima pelajar-pelajar perubatan , jururawat pelatih dan penolong pegawai perubatan pelatih untuk membuat latihan di sini. Seperti lain-lain wad, fungsi wad ini hampir sama , tetapi pesakit hanya diberi rawatan dalam tempoh 24 jam sahaja. Seorang pembantu tadbir telah ditempatkan mengikut masa tertentu di wad ini bagi urusan dan pengendalian kutipan hasil.
Tarikh Kemaskini : 25 Oktober 2024