JABATAN OFTALMOLOGI

TEL: 09-557 272

PROFAIL

 

 Dr. Wan Norliza Binti Wan Muda
 Ketua Jabatan & Pakar Perunding Oftalmologi (UD56)


PENDAHULUAN

Jabatan Oftalmologi menyediakan perkhidmatan merangkumi Klinik Mata, Wad Mata dan Dewan Bedah Mata (GOT/ACC OT). Menyediakan perkhidmatan subkepakaran terdiri daripada Medical Retina, Oculoplastic, Vitreoretina, Glaucoma, Cornea dan Paediatric Ophthalmology.

VISI

Memberikan perkhidmatan perawatan mata yang cemerlang, saksama dan mudah diperolehi yang menepati prinsip-prinsip kualiti dalam membanteras kebutaan yang boleh dicegah.

MISI

Jabatan Oftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan akan memberikan perkhidmatan dan latihan kepakaran perawatan mata yang menyeluruh, inovatif, efektif dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian berlandaskan profesiolisma, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang bersesuaian dengan kehendak dan budaya masyarakat tempatan.

OBJEKTIF

Jabatan Oftalmologi sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dalam memberikan rawatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan. Berikut ialah matlamat atau objektif jabatan dalam memberikan perkhidmata:-

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran pesakit luar dan juga dalaman bagi pesakit yang hadir di Klinik Oftalmologi atau dimasukkan ke hospital.
  2. Untuk memastikan risiko kebutaan sifar untuk semua pesakit yang hadir ke Klinik Oftalmologi dengan menjalankan ‘Casualty Eye Clinic’ pada waktu pejabat dan adanya Pegawai Perubatan Atas Panggilan pada waktu luar pejabat.
  3. Untuk melaksanakan aktiviti pencegahan kebutaan termasuk aktiviti saringan, promosi dan pendidikan kesihatan, program warga tua dan melatih anggota kesihatan primer.
  4. Untuk menyediakan perkhidmatan subkepakaran bagi bidang yang telah dikenalpasti mengikut Pelan Perkhidmatan Oftalmologi KKM.
  5. Untuk melaksanakan Program Latihan Sistem Terbuka Pascasiswazah Oftalmologi.
  6. Memberikan rawatan berkualiti dan selamat kepada pesakit.
  7. Menjadikan Jabatan Oftalmologi sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan Lepasan Siswazah, siswazah dan paramedik.
  8. Menjadikan Jabatan sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan subkepakaran.

PIAGAM PELANGGAN

SUMBER MANUSIA

Jabatan diketuai oleh Pakar Perunding Oftalmologi Gred UD56 dan dianggotai oleh  54 orang kakitangan pelbagai kategori jawatan :-

JAWATAN JUMLAH
Pakar Oftalmologi UD56 6
Pakar Oftalmologi UD48/52/54 6
Pegawai Perubatan UD48 8
Pegawai Perubatan UD41/44 8
Pegawai Optometri U48 2
Pegawai Optometri U44 3
Pegawai Optometri U41 3
Penolong Pegawai Perubatan U36 1
Penolong Pegawai Perubatan U32 1
Penolong Pegawai Perubatan U29/32 (KUP)
8
Jururawat Terlatih U32 1
Jururawat Terlatih U29/U32 (KUP)
8
Pembantu Tadbir N17 1
Pembantu Perawatan Kesihatan U11/12/14 4

 

JADUAL DEWAN BEDAH JABATAN OFTALMOLOGI

HARI 8.00am – 5.00pm
ISNIN Bius Setempat (LA) di Dewan Bedah Umum (GOT)
·         Vitreo Retina
·         Katarak
 
Dewan Bedah ACC (ACC OT)
·         Katarak
·         Lain-lain pembedahan elektif
SELASA Pembedahan Bius Am (GA) dan Bius Setempat (LA) Dewan Bedah Umum (GOT)
·         Vitreo Retina
·         Glaukoma – sebulan sekali
·         Katarak
 
Dewan Bedah ACC (ACC OT)
·         Katarak
·         Lain-lain pembedahan elektif
RABU Pembedahan Bius Am (GA) dan Bius Setempat (LA) Dewan Bedah Umum (GOT)
·         Oculoplastic
·         Katarak
 
Dewan Bedah ACC (ACC OT)
·         Katarak
·         Lain-lain pembedahan elektif
KHAMIS Pembedahan Bius Am (GA) dan Bius Setempat (LA) Dewan Bedah Umum (GOT)
·         Vitreo Retina – 2 kali sebulan (UIA)
·         Katarak
 
Dewan Bedah ACC (ACC OT)
·         Katarak
·         Lain-lain pembedahan elektif
JUMAAT Pembedahan Bius Setempat (LA) Dewan Bedah Umum (GOT)
·         Cornea  – 2 kali sebulan
KES PEMBEDAHAN KECEMASAN AKAN DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA MENGIKUT KEPERLUAN
(TERMASUK HARI SABTU DAN AHAD SERTA CUTI UMUM)

 

WAKTU PENGOPERASIAN KAUNTER DAN RAWATAN PESAKIT

CARTA ORGANISASI

 

Back To Top

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA