JABATAN NEUROSURGERI

PROFAIL

  Mr. (Dr) Vinodh Vayara Perumall
Ketua Jabatan & Pakar Bedah Neurosurgeri
vinodhvayara[at]moh[dot]gov[dot]my

PENDAHULUAN

Neurosurgeri adalah suatu bidang kepakaran yang melakukan perawatan secara pembedahan atau perubatan bagi kes-kes yang melibatkan ganguan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf periferi. Perkhidmatan ini, walaupun ‘sophisticated’ dan ‘delicate’ ianya adalah sangat diperlukan di semua peringkat komuniti, baik di Bandar, luar Bandar,golongan berpendapatan tinggi mahupun rendah. Perkhidmatan Neurosurgeri memerlukan hampir 70% perawatan kecemasan atau segera. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan, institusi awam memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan ini  kepada semua golongan yang memerlukan perawatan tersebut.

MISI

JABATAN NEUROSURGERI HTAA begitu komited dan akan sentiasa memastikan perkhidmatan perawatan kepakarannya adalah yang terbaik dan berkesan secara professional bagi mengelakkan sebarang komplikasi serta mengurangkan pembaziran dalam kos perawatan pemulihan dan rehabilitasi.

 VISI

Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan salah satu “segi tiga Hub Wilayah Timur” menawarkan perkhidmatan Kepakaran Neurosurgeri selain Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Terengganu.

OBJEKTIF 

  1. Menyiasat dan memberikan rawatan kepakaran secara pembedahan atau perubatan keatas semua penyakit-penyakit otak dan saraf.
  2. Memberikan latihan kepada staf-staf sokongan seperti Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat terlatih tentang “OT Technique”, “patient care” dan “ward management” didalam bidang perawatan Neurosurgeri.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Rawatan Pakar yang cekap dan berkualiti melalui amalan budaya penyayang, profesionalisma, kerja berpasukan, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan bagi memenuhi Keperluan Pelanggan dan Warga Kerja.
  2. Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai melalui system pemantauan yang berterusan dan kemahiran profesionalisma melalui latihan dalam pembelajaran berterusan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes­-kes rujukan dan rawatan ulangan di klinik Neurosurgeri

  • Klinik Rawatan susulan Pakar diadakan sebanyak 3 hari seminggu bermula jam 2.00petang pada setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis. ( Kecuali Cuti Umum )

Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris­-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.

PROGRAM KLINIK RAWATAN SUSULAN LUAR PAKAR NEUROSURGERI KE HOSPITAL­ DAERAH.

Perancangan dan perbincangan dengan  pengarah hospital-hospital daerah seluruh Negeri Pahang telah direncanakan bagi menjayakan program tersebut bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan pesakit-pesakit neurosurgeri serta waris-waris datang bagi temujanji berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ianya mengurangkan kos dan bebanan kepada waris dan pesakit itu sendiri.

Buat masa terkini sebanyak 2 Hospital Daerah yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan kepada hospital-hospital daerah yang lain pada masa akan datang.

  • HOSPITAL PEKAN
  • HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH

PUSAT RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi negeri Pahang dan selatan Terengganu. Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes­-kes yang dirujuk oleh mana­mana Hospital kerajaan dan swasta serta mana-­mana klinik kerajaan dan swasta.

RAWATAN PESAKIT DALAM WAD

Memberikan perawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit -pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri termasuklah unit rawatan rapi neurosurgeri

RAWATAN PEMBEDAHAN

Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri meliputi pembedahan kecemasan dan elektif kepada pesakit serta  menjalankan pembedahan ‘combine’ dengan lain-­lain kepakaran pembedahan Spinal Orthopedik, ENT dan lain­-lain.

PERKHIDMATAN NEURO-REHABILITASI

Perkhidmatan  ini di jalankan dengan kerjasama Jabatan Rehabilitasi secara aktif bermula tahun 2015 bagi pesakit-pesakit neuro yang memerlukan rehabilitasi diperingkat akut dan sub-akut seperti fisioterapi respiratori, menghalang dan mengurangkan komplikasi seperti  pneumonia, contractures dan kudis tekanan serta untuk mempercepatkan proses pemulihan. Ianya meliputi perawatan ;

  • Neurokognitif rehabilitasi
    • Penilaian dan terapi kognitif untuk pesakit yang telah mengalami masalah kognitif seperti memori dan fokus setelah mengalami kecederaan kepala/ stroke
    • Memulakan ubat-ubatan untuk mempercepatkan proses pemulihan kognitif
  • ADL & gait  Re-training
    • Memaksimumkan kefungsian pesakit dalam menjalani aktiviti seharian dan kemampuan ambulasi setelah mengalami kelumpuhan anggota
    • Meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga
    • Meningkatkan tahap keberdikarian pesakit
  • Program kembali bekerja
    • Menilai dan melatih pesakit agar dapat kembali bekerja mengikut kemampuan pesakit
    • Membuat lawatan dan penilaian di tempat kerja
    • Menjalankan klinik kembali berkerja dengan kerjasama pihak PERKESO
  • Pre- driving / home / school assessment
    • Penyediaan dan penilaian pesakit sebelum kembali memandu
    • Mengadakan lawatan ke rumah dan sekolah bagi menilai keadaan persekitaran pesakit dan memudahkan pesakit untuk integrasi ke dalam komuniti.
  • Lain-lain :
    • Perkhidmatan Neuro icu rehab care: perkhidmatan ini akan dijalankan oleh juru pulih anggota dari unit fisioterapi dan juru pulih cara kerja dari unit Pemulihan Cara Kerja
    • Care giver training program: program ini bertujuan untuk persediaan penjaga sebelum discaj dari hospital tentang penjagaan pesakit yang terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Edukasi ini penting untuk mengurangkan masalah komplikasi dan tempoh tinggal di hospital yang berpanjangan.

AKTIVITI

  ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
PAGI

-MPO

-PEMBEDAHAN ELEKTIF

-RONDAAN WAD

-MPO

-RONDAAN WAD

-Grand round bersama unit rehabilitasi

-MPO

-RONDAAN WAD

-Grand round bersama unit kawalan infeksi

-MPO

-RONDAAN WAD

 -MPO

-RONDAAN WAD

PETANG

-PEMBEDAHAN ELEKTIF     

-RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN  

-RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN  

- RONDAAN WAD

-KLINIK NEUROSURGERI (KES-KES RAWATAN LANJUTAN DAN BARU) 

-RONDAAN WAD

CPC RADIOLOGI(MINGGU PERTAMA/KETIGA)CPC PATHOLOGY (MINGGU KEDUA/KEEMPAT)

 -RONDAAN WAD

Pembedahan kecemasan akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif hari Sabtu mengikut jadual.

CARTA ORGANISASI

Jadual Klinik Pembedahan Neuro

 

 

Back To Top

Tarikh Kemaskini : 26 Julai 2024

Save

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA