UNIT KEWANGAN
TEL: 09-557 2005
PROFAIL
|
Puan Shanthini A/P Batumalai
|
PENGENALAN
Bahagian Kewangan merupakan tulang belakang untuk semua organisasi bagi pengurusan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Pada bulan November 2005, Unit kewangan telah maju setapak ke hadapan dengan terlaksananya eSPKB (Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik ). Aplikasi ini telah banyak menyumbang kepada meningkatkan kecekapan (delivery system) di Unit Kewangan. Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Sistem Penilaian Prestasi pengurusan Kewangan (S3PK) yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara berasaskan akauntabiliti setiap jabatan.
MISI
Menjalankan bahagian kewangan dan akaun sebagai satu organisasi yang paling penting bagi menyokong keperluan-keperluan setiap jabatan di HTAA.
VISI
- Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang diluluskan.
- Melaksanakan tugas-tugas kewangan mengikut peraturan-peraturan semasa.
- Meningkatkan tahap kecekapan sumber manusia melalui pendedahan kepada latihan dan kursus.
- Membantu dan menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan. Terdiri dari 3 Seksyen iaitu :-
- Pengurusan Kewangan
- Seksyen Akaun dan bayaran
- Seksyen Hasil
- Seksyen Gaji
Bahagian Kewangan adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan seperti :-
- Mengawal dan menentukan peruntukan di belanjakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
- Mewujudkan satu sistem perakaunan yang bioleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan jabatan meliputi perbelanjaan Belanja Mengurus dan pembangunan dan Laporan Pengecualian.
- Menyelenggara dan mengemaskini akaun vot mengurus dan pembangunan.
- Menyediakan Laporan Bulanan perbelanjaan dan laporan kelewatan bil dan kedudukan bil yang belum dijelaskan untuk di kemukakan ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
- Mengawal dan memantau perbelanjaan bagi memastikan jabatan mencapai prestasi perbelanjaan yang tinggi.
- Menyemak,mengawal ,mendaftar dan memproses bayaran-bayaran melalui Sistem eSPKB bagi urusan : -
- Menguruskan perolehan secara sebutharga dan tender,Pinjaman Kerajaan dan Pembekalan Alatulis/Makanan,Pakaian Seragam dan lain-lain urusan bayaran bagi barangan dan perkhidmatan.
- Emolumen,KWSP,termasuk perubahan dan potongan gaji.
- Pesanan Tempatan
- Kontrak-kontrak kerajaan
- Waran Udara
- Tuntutan-tuntutan, dan
- Bil-bil
FUNGSI UTAMA PENGURUSAN PENDAFTARAN
- Pendaftaran Masuk Pesakit Berkomputer (SPPD)
- Pendaftaran Masuk Pesakit Secara Manual Semasa Gangguan sistem
- Pengendalian Surat Akuan / Jaminan Di BDM
- Terimaan Hasil Di Bilik Daftar Masuk
- Pindah Wad Ke Kelas Yang Lebih Tinggi
- Batal Pendaftaran.
PENGURUSAN HASIL
- Pengendalian Surat Akuan / Jaminan Jabatan
- Pemantauan Kutipan Cagaran Tambahan (Harian)
- Penyediaan Bil di Unit Hasil / Wad
- Penyediaan Bil Semasa Gangguan Sistem
- Permohonan Pengecualian Bayaran Bil Hospital
- Terimaan Hasil di Kaunter Unit Hasil
- Terimaan Bayaran semasa Gangguan Sistem / Gangguan Elektrik
- Pengendalian Buku Tunai Cerakinan (Kew. 248)
- Pengendalian Bil-bil Tertunggak / Hapuskira
- Rekupmen Panjar Wang Tunai dan Wang Runcit
- Penyediaan Laporan Kutipan Hasil Bil hospital
- Penyesuaian Akaun Hasil dan Amanah
- Penyediaan Akaun Belum Terima (ABT2)
AKTIVITI-AKTIVITI/PROGRAM
- Menguruskan Belanjawan HTAA
- Pengurusan Perakaunan
- Menguruskan Pembayaran Gaji semua kakitangan HTAA :
- Pekerja Tetap
- Pekerja Sambilan
- Pekerja Kontrak
- Menguruskan Pinjaman :
- Pinjaman Perumahan
- Pinjaman Kenderaan
- Pinjaman Komputer
- Menguruskan pelupusan bagi Harta Modal HTAA
- Mengurus pembayaran :
- Pembayaran Bil, Invois dari Pembekal
- Pembayaran semua tuntutan kakitangan HTAA
- Menguruskan Panjar Wang Runcit HTAA
- Menguruskan Pakaian Seragam HTAA
- Pengurusan Vot Mengurus dan Pembangunan HTAA
PIAGAM PELANGGAN
Bil | Perkara | Tempoh |
---|---|---|
1 | Menguruskan baucer bayaran semua tuntutan anggota HTAA, bil/invois pembekal | 14 HARI |
2 | Menguruskan pesanan tempatan dan Inden Kerja | 3 HARI |
3 | Menguruskan perubahan gaji anggota HTAA setelah sebelun 10hb, dokumen lengkap diterima Pekeliling JANM | |
4 | Memproses pinjaman perumahan kerajaan, kenderaan & Komputer | 3 HARI |
5 | Terima pesanan, membekal barangan dan peralatan ke unit dan wad |
3 HARI |
6 | Mengagihkan pakaian seragam kepada anggota HTAA selepas terima dari pembekal | 3 HARI |
Tarikh Kemaskini : 2 Januari 2025