UNIT PEROLEHAN & ASET
TEL: 09-557 3889 / 3888 / 2305 / 2960
PROFAIL
Puan Nor Aida binti Mat Isa Ketua Unit noraida[dot]isa[at]moh[dot]gov[dot]my |
Profail Jabatan
Visi
Menuju ke arah pengurusan perolehan dan aset yang sistematik, cekap dan berintegriti.
Misi
Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan mengikut piawaian, dasar dan prinsip kerajaan.
Objektif
- Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan peraturan dan dasar kerajaan.
- Mengendalikan pengurusan aset alih kerajaan dengan cekap mengikut tatacara dan garis panduan yang ditetapkan.
- Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti serta memenuhi keperluan pelanggan.
Fungsi
Bertanggungjawab dalam urusan perolehan secara sebutharga , menyelaras pengurusan aset alih dan stor dalam aspek pendaftaran, pelupusan, pemeriksaan, kehilangan dan hapuskira berdasarkan peraturan dan dasar kerajaan.
Piagam Pelanggan
Bil | Perkara | Masa |
1 | Mempamirkan notis iklan dan mempelawa tawaran sebutharga sepanjang tempoh pengiklanan. | 7 hari |
2 | Menguruskan perolehan kerajaan secara sebutharga bagi had nilai melebihi RM20 ribu hingga RM500 ribu | 90 hari |
3 | Mengeluarkan Surat Setuju terima (SST) setelah terima keputusan Jawatankuasa Sebutharga | 5 hari |
4 | Menyediakan dokumen kontrak dalam tempoh 4 bulan setelah SST ditandatangani | 4 bulan |
5 | Menyelaras dokumenasi perolehan secara tender (Melebihi RM500 ribu) dan dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang | 5 hari |
6 | Menguruskan proses permohonan pembiayaan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam bagi peringkat berikut: 6.1 Ketua Jabatan 6.2 Bahagian Perkembangan Perubatan Kem. Kesihatan Malaysia |
7 hari 21 hari |
7 | Pendaftaran Aset Alih kerajaan | 14 hari |
8 | Penyerahan Kew.PA .2 ( Harta Modal) dan Kew. PA .3 ( Aset Bernilai Rendah) kepada pengguna/Unit/Jabatan | 7 hari |
9 | Menyediakan dokumen SNF | 7 hari |
10 | Menyediakan bekalan stok kepada pengguna/pemohon | 15 minit |
11 | Penyerahan bekalan pakaian seragam kepada kakitangan | 20 minit |
Perkhidmatan dan Produk Yang Disediakan
- Menguruskan sebut harga kerajaan
- Menguruskan pembiayaan alat perubatan kepada pesara
- Menguruskan Pendaftaran aset alih PA.2 (Harta Modal), KEW.PA.3 (Aset Bernilai Rendah)
- Menyediakan pelabelan Aset yang telah didaftar di dalam SPA
- Mengemaskini dan penyediaan Kew .PA.7
- Memproses permohonan kelulusan hadiah/sumbangan
- Menyelaras pemeriksaan aset alih kerajaan dengan memastikan aset diperiksa 100% oleh pegawai pemeriksa sekurang-kurangnya satu kali setahun
- Menerima permohonan dan menjalankan proses pelupusan aset
- Menyediakan anggaran jabatan bagi perolehan secara sebutharga untuk item alat tulis, bahan bercetak dan pakaian seragam (Tudung)
- Menguruskan urusan permohonan pembelian berdasarkan sebutharga yang telah diluluskan jabatan
- Membekalkan stok kepada pelanggan
- Menguruskan dokumen-dokumen untuk pembayaran kepada pembekal
- Menyediakan laporan kedudukan stok semasa setiap suku tahun.
Program dan Aktiviti Jabatan
- Bengkel tatacara pemeriksaan aset alih kerajaan kepada pegawai pemeriksa
- Aktiviti pelupusan –mengumpul aset yang hendak dilupus secara menyeluruh dan serentak dari jabatan/unit
- Majlis keraian kepada kakitangan