KEMASUKAN KE WAD

Semasa pendaftaran masuk ke wad, sila kemukakan dokumen berikut :

Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran Anak / Passport atau Sijil Pendaftaran lain yang sah
Surat Jaminan Masuk Wad dari majikan/ Kad pesara/ Buku Berhenti Perkhidmatan  Tentera/ Surat dari Sekolah atau lain-lain surat atau Sijil (Contoh: Buku atau Kad Pendermaan darah)
Kad Pranatal Ibu dan Kesihatan Bayi untuk kes bersalin

Sila maklumkan maklumat berikut kepada petugas kaunter semasa pendaftaran masuk ke wad :

  1. Alamat terbaru dan nombor telefon sekiranya ada
  2. Nama waris, alamat dan nombor telefonnya atau lain-lain maklumat yang perlu

 Sila sediakan wang yang secukupnya untuk membayar deposit masuk wad :

Surat Jaminan

  1. Anggota Kerajaan dan Keluarga :
    Anggota kerajaan dan keluarga berkenaan perlu mengemukakan Surat Jaminan Masuk Wad dari ketua jabatannya, yang telah lengkap diisi dan sempurna untuk menentukan kelayakan kelas wad. Sila kemukakan Kad Pengenalan pemegang GL untuk penggunaan E-GL (GL On-Line).
  1. Kakitangan Syarikat Swasta :
    Kakitangan Syarikat Swasta dikehendaki mengemukakan Surat Jaminan Masuk ke Wad dari majikannya. Hanya surat dari syarikat swasta yang telah mempunyai JAMINAN BANK dengan KEMENTERIAN KESIHATAN sahaja diterima.

    Bagi Pesakit yang bukan anggota kerajaan dan kakitangan syarikat swasta surat berkenaan seperti Surat Akaun Pelajar, Kad Penderma Darah dan sebagainya boleh digunakan.

    Semua kes akan dimasukkan ke dalam wad kelas 3 kecuali bila ada surat jaminan atau membayar wang deposit mengikut kadar yang ditetapkan.
    Wang deposit dikehendaki dibayar sekiranya tiada surat jaminan.

    **Surat Jaminan sah laku 3 bulan dari tarikh keluaran.
    Surat Jaminan boleh difaks ke hospital (09-5142712)

Alamat Kami

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang
Email: htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
Telefon: 09-5133333, 09-5133334,
09-5133335, 09-5131881, 09-5572222

HTAA Sepintas Lalu

Peta Lokasi HTAA