• Kemaskini :14-2-2021.

 

Unit AIDS/STI, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Insaf Pahang (PIP) telah menjayakan program ini dengan kehadiran 60 orang mak nyah. Objektif utama program ini adalah untuk memberi maklumat tentang HIV dan penyakit kelamin di samping memberi kesedaran agama kepada golongan tersebut agar berupaya mencegah diri daripada aktiviti yang berisiko tinggi. Program bermula pada hari Jumaat (19 Ogos 2016) dan berakhir pada hari Ahad (21 Ogos 2016). Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah agama dan kesihatan, gotong-royong membersihkan surau, dialog bersama Exco PIP, bengkel dan pemeriksaan kesihatan dan juga jungle trekking.

 

 

Hubungi Kami

Statistik Pelawat

Hari iniHari ini45
Jumlah PelawatJumlah Pelawat267852