BERIKUT MERUPAKAN SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) BAGI DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE) NEGERI PAHANG. (KEMASKINI 11 JANUARI 2022)
- SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN KLINIK KESIHATAN
- SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN KLINIK SWASTA / GP
Vaksin dos penggalak COVID-19 diberikan secara percuma kepada individu berumur 18 tahun ke atas. KENAPA PERLU AMBIL DOS PENGGALAK, ADAKAH KERANA DUA SUNTIKAN SEBELUM INI TIDAK BERKESAN? - Sejak pemberian 2 atau 1 dos lengkap vaksin awal (primer) diperluaskan, ianya terbukti bukan sahaja menurunkan kadar kes-kes baharu atau kluster tetapi turut berlaku penurunan kes-kes jangkitan yang teruk, dan penggunaan katil-katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital. - Namun, COVID-19 telah pantas berubah dan semakin bijak bermutasi serta lebih agresif dengan kemunculan varian dan subvarian baru seperti varian Alpha, Beta dan Delta dan subvarian Delta Plus. - Dos penggalak BUKAN BERMAKSUD 2 atau 1dos lengkap vaksin primer yang telah diterima TIDAK BERKESAN tetapi ia diberi bertujuan untuk MEMANJANGKAN TEMPOH IMUNISASI yang kian merosot setelah melangkaui tempoh masa tertentu. DAPATKAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19. LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA.