Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin menjemput tuan/puan untuk menjawab soal selidik tinjauan berkaitan *KESEDIAAN IBU BAPA TERHADAP SUNTIKAN VAKSINASI COVID-19 KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUSIA 5 HINGGA 11 TAHUN DI NEGERI PAHANG.*
Sila klik pautan https://forms.gle/5Mi73EMnmjcY1eRg6 dan *adalah amat dihargai sekiranya tuan/puan dapat berkongsi pautan ini kepada keluarga/rakan-rakan yang anda kenali untuk bersama-sama menjawab soal selidik* dan seterusnya dapat membantu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dalam mendapatkan maklumat daripada orang awam berkaitan Program Vaksinasi COVID-19 kepada Kanak-Kanak ini.
Segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih.