Tuan/Puan sekalian,
Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memulakan Pelaksanaan Sistem Janji Temu Klinik di Negeri Pahang bermula esok, Khamis 28 April 2022 melibatkan 11 buah Klinik Kesihatan di 3 buah daerah iaitu Kuantan, Temerloh dan Jerantut.
Untuk makluman, Sistem ini merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik terpilih seluruh Malaysia. 11 buah Klinik Kesihatan yang terlibat dalam penggunaan sistem ini adalah seperti berikut :
Daerah Kuantan
1. Klinik Kesihatan Kurnia
2. Klinik Kesihatan Beserah
3. Klinik Kesihatan Indera Mahkota
4. Klinik Kesihatan Jaya Gading
5. Klinik Kesihatan Bandar Kuantan
6. Klinik Kesihatan Balok
7. Klinik Kesihatan Paya Besar
Daerah Jerantut
1. Klinik Kesihatan Bandar Jerantut
Daerah Temerloh
1. Klinik Kesihatan Tanjung Lalang
2. Klinik Kesihatan Temerloh
3. Klinik Kesihatan Bandar Mentakab
Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan sila ikuti langkah seperti di dalam infografik di bawah.
Terima Kasih