Unit Perkhidmatan Kejuruteraan
OBJEKTIF
- Memastikan Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) dilaksanakan dengan berkesan untuk melindungi kesihatan pengguna dan orang awam.
- Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) dilaksanakan dengan berkesan supaya kemudahan bekalan air bersih dan sanitasi yang sempurna dibekalkan kepada penduduk di luar Bandar.
- Menyediakan khidmat nasihat teknikal berkaitan projek-projek pembangunan dan pembaikan kecil di bawah Jabatan Kesihatan Negeri.
- Menyediakan khidmat nasihat teknikal berkaitan kemudahan kesihatan dan peralatan/radas penyinaran dibawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk orang awam berkaitan skop kejuruteraan bagi mewujudkan kehidupan yang sihat, selamat dan bersih.
MISI
Untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program kejuruteraan berkaitan kesihatan dan alam sekitar untuk melindungi kesihatan pengguna dan orang awam.
AKTIVITI
Program KMAM
- Melaksanakan aktiviti persampelan di stesen-stesen percontohan untuk memastikan kualiti dan keselamatan air minum yang dibekalkan kepada pengguna bagi memenuhi Garispanduan Kebangsaan Pengawalan Kualiti Air Minum, 2004.
- Melaksanakan Pemerosesan dan penilaian data bagi mengenalpasti parameter perlanggaran.
- Memaklumkan kepada pihak pembekal air mengenai pelanggaran kualiti dan memberi cadangan untuk melaksanakan tindakan pemulihan.
- Melaksanakan lawatan bagi pemeriksaan ke atas institusi bekalan air.
- Melaksanakan Kajian Kebersihan mengikut jadual yang ditetapkan ke atas sesuatu sistem bekalan air.
Program BAKAS
- Memberi kemudahan tandas sanitari yang sempurna kepada penduduk luar Bandar.
- Memberi kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk luar Bandar mengikut kesesuaian ditapak.
- Memberi kemudahan Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL) kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan tahap kebersihan.
- Memberi kemudahan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (SPSP) kepada penduduk luar Bandar untuk meningkatkan tahap kebersihan.
- Melaksanakan persampelan air bagi projek-projek bekalan air yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.
Khidmat Sokongan Teknikal (Kejuruteraan)
- Membantu memantau dan menyelia kemajuan dan prestasi projek-projek pembangunan fasiliti/kemudahan dan klinik kesihatan baru yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia.
- Membantu memantau dan menyelia kemajuan projek-projek naiktaraf dan ubahsuai fasiliti/kemudahan dan klinik kesihatan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal bagi projek-projek pembangunan berkaitan kerja-kerja naiktaraf dan ubahsuai kemudahan kesihatan/hospital.
- Melaksanakan lawatan ke tapak projek-projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan bagi membantu dalam penyediaan spesifikasi kerja.
- Menyediakan spesifikasi kerja-kerja mengikut keperluan
- Lawatan penyeliaan kemajuan projek-projek pembangunan (semasa dan selepas)
- Memastikan projek-projek yang dibawah seliaan dilaksanakan mengikut garispanduan serta arahan-arahan kerja yang telah ditetapkan.
Khidmat Sokongan Teknikal (Program Keselamatan Sinaran)
- Melaksanakan lawatan tapak premis bagi memastikan bilik x-ray mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- Audit Kelas H (Syarikat yang menjalankan Kawalan Kualiti) di premis-premis yang menjalankan aktiviti-aktiviti sinaran bagi maksud perubatan untuk memastikan syarikat dan personel yang berdaftar dengan KKM sahaja yang layak menjalankan aktiviti tersebut dan untuk memastikan kawalan kualiti dijalankan dengan betul menggunakan peralatan yang masih dalam tempoh.
- Lawatan pematuhan ke atas klinik kesihatan dan hospital kerajaan memastikan pengurusan yang melibatkan x-ray dilaksanakan dengan betul.
- Penyediaan / nasihat dalam penfyediaan pelan bilik x-ray bagi klinik kesihatan / hospital kerajaan yang ingin mengadakan bilik x-ray ataupun mengubahsuai bilik tersebut.
- Menghantar notis pembaharuan lesen kepada pemegang lesen (klinik dan hospital swasta) 3 bulan sebelum tamat tempoh lesen dan peringatan terakhir 1 bulan sebelum tempoh lesen tamat.
- Respon terhadap aduan / pertanyaan (surat menyurat teknikal berkaitan sinar x untuk perubatan daripada premis kerajaan dan swasta.
- Lawatan pematuhan kehendak perlesenan ke atas premis-premis swasta dilakukan sama ada lawatan biasa, lawatan siasatan, serbuan dan penggeledahan (untuk kes-kes tertentu) dan lawatan siasatan jika ada aduan daripada orang ramai.