Unit Keselamatan Sinaran
PENGENALAN
Unit Keselamatan Sinaran adalah salah satu unit di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Unit ini bertanggungjawab ke atas pemantauan penggunaan sinaran mengion dalam perubatan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
OBJEKTIF
Perkhidmatan yang diberikan bertujuan untuk :
- Memastikan penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan adalah wajar dan selamat serta mematuhi Akta 304 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
- Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.
AKTIVITI – AKTIVITI UNIT
- Aktiviti Penilaian Dan Khidmat Nasihat Teknikal Kemudahan Kerajaan dan Swasta:
- Melaksanakan aktiviti pematuhan dan penguatkuasaan di bawah Akta 304 bagi semua kemudahan kerajaan dan swasta.
- Menjalankan pemeriksaan dan pengujian kemudahan x-ray klinik/hospital kerajaan yang dilawati.
- Memantau pelaksanaan Program Penjaminan Mutu (Quality Assurance Programme, QAP) di klinik-klinik kesihatan/ hospital/ klinik pergigian kerajaan.
- Menyediakan laporan pemeriksaan dan laporan pengujian kemudahan x-ray klinik/hospital kerajaan yang dilawati.
- Penyediaan/nasihat dalam penyediaan pelan bilik x-ray. Menyemak pelan kemudahan/laporan untuk proses kelulusan pemasangan dan penggunaan kemudahan kerajaan.
- Aktiviti Pemantauan Di Bawah Akta 304:
- Mengeluarkan notis pembaharuan lesen dan peringatan akhir bagi kemudahan swasta.
- Mengeluarkan notis/peringatan QAP.
- Mengemaskini maklumbalas pelaksanaan QAP.
- Respon terhadap permintaan/ pertanyaan/ aduan berkaitan.
- Aktiviti Lawatan Pemeriksaan Dan Penguatkuasaan Di Bawah Akta 304 di premis kerajaan dan swasta:
- Menjalankan lawatan siasatan, serbuan dan penggeledahan.
- Menjalankan lawatan berdasarkan aduan orang awam/ FOMEMA.
- Menjalankan lawatan pematuhan kehendak perlesenan (lesen status baru, membaharui dan menstor).
- Menjalankan audit kelas H.
- Pengendalian Bengkel/ Seminar Dan Penyebaran Maklumat.