Unit Psikologi Kaunseling
PENGENALAN
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling.
Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.
OBJEKTIF
Membantu meningkatkan tahap kesihatan mental, emosi dan tingkah laku anggota kesihatan Negeri Pahang yang memerlukan perkhidmatan psikologi kaunseling.
FUNGSI UTAMA
- APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI
Membangun dan membantu pegawai mengurus isu secara lebih berkesan melalui Program Pengupayaan Kendiri yang mengandungi aktiviti kaunseling, mentoring dan Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam (AKRAB)
- APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN PERSONEL
Mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif berdasarkan aspek pembangunan kendiri melalui aktiviti khidmat runding, peningkatan motivasi dan kepuasan kerja serta melatih pegawai dengan kemahiran mengurus isu psikologi seperti pengurusan emosi, tekanan, sikap intrapersonal dan budaya kerja kelas pertama yang melibatkan semua anggota dari lantikan baharu hingga persediaan persaraan.
- APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENILAIAN PERSONEL
Memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian prestasi pegawai dengan menggunakan instrument psikologi bagi membantu dalam proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi, pembangunan potensi dan pra persaraan
- APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENYELIDIKAN
Mengkaji isu-isu penjawat awam di tempat kerja seperti factor pencetus, hubungan prestasi dan sistem kerja (ergonomik)
SISTEM RUJUKAN
- Pegawai dirujuk oleh ketua Jabatan / Ketua Unit /Penyelia
Borang rujukan boleh diperolehi di website Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
- Pegawai boleh hadir secara sukarela
Pegawai yang berminat untuk hadir secara sukarela boleh menghubungi unit psikologi di talian 09-570 7827 atau email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk mendapatkan temujanji.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan kaunseling ditawarkan kepada anggota kesihatan Negeri Pahang dan pelatih institusi Kementerian kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan di laksanakan di Bilik Kaunseling Unit psikologi Kaunseling atau fasiliti kesihatan mengikut kesesuaian.
Perkhidmatan yang disediakan: -
- Kaunseling individu
- Kaunseling kelompok
- Psikopendidikan/ceramah
- Mengadakan program intervensi dan pembangunan personal
- Mentadbir ujian psikometrik
- Memberi bimbingan atau konsultasi
Kategori kes yang boleh rujukan: -
- Displin
- Interpersonal/Komunikasi
- Prestasi/Kerjaya
- Tatatertib
- Psikologi
- Kesihatan
- Lain-lain spt; Kehutangan serius
Kategori kes-kes sukarela: -
- Masalah peribadi/keluarga
- Isu ditempat kerja seperti konflik dengan rakan sekerja
- Tekanan ditempat kerja
- Lain-lain
WAKTU PERKHIDMATAN
Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut:
:-
HARI |
MASA
|
Isnin – Khamis
|
8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
|
Jumaat
|
8.00 pagi – 12.15 tengahari 2.45 petang – 5.00 petang
|