• Kemaskini :26-1-2024.

Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital

1.             UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PEJABAT PENGARAH NEGERI)

Unit ini terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan kejuruteraan seperti jurutera dan penolong jurutera

Pengwujudan perjawatan jurutera pelbagai bidang iaitu Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik.   Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing,  bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS)

Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setIap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul

 

2.         UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PERINGKAT NEGERI & HOSPITAL)

Unit Operasi Hospital adalah salah satu subprogram di bawah Unit Perkhidmatan Kejuruteraan JKN Pahang yang mula ditubuhkan pada Januari 2010.  Unit Operasi Hospital adalah satu unit baru dibawah Program Perubatan dalam organisasi JKN Pahang buat masa ini.

Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mengawalselia Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksana oleh pihak syarikat konsesi dan memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang kejuruteraan di semua hospital di Negeri Pahang, bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT

Misi unit Operasi Hospital adalah sentiasa berusaha untuk memastikan Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang diberi adalah memberi manafaat sepenuhnya, kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan.