27 Feb2022
Lawatan Timbalan Menteri Kesihatan (I) Ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (Pickids) Negeri Pahang
25 Februari 2022 l Kuantan : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) 5 Hingga Bawah 12 Tahun Negeri Pahang.
YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I, KKM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin Kanak-Kanak (PICKids) di SK Wira, Kuantan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YB Dato’ Seri Norol Azali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Dr Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Tn. Hj Mohd Azmi bin Othman, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mewakili Pengarah JPN, Dr. Husnina binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Roslaili binti Khairudin, Pemangku Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan, pegawai-pegawai kanan KKM, pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Semasa lawatan di PPV PICKids SK Wira, YB berkesempatan untuk memberi suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak yang hadir. Beliau juga turut melihat situasi dan perjalanan PICKids yang berlangsung pada hari ini.Terdahulu, YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali telah mendengar sesi taklimat mengenai PICKids Negeri Pahang di Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.Ibubapa amat digalakkan untuk membawa anak-anak mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19 bagi mencegah komplikasi yang teruk sekiranya kanak-kanak mendapat jangkitan COVID-19 sehingga membawa kematian. Sekiranya orang awam ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan PICKids, sila rujuk media sosial Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Kementerian Kesihatan Malaysia.