13 Mar2022
Program Derma Darah Penolong Pegawai Perubatan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan
10.3.2022 (Khamis) : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) telah menerima kunjungan hormat Dato' Dr. Nor Azimi Binti Yunus Pengarah Kesihatan Negeri Pahang bagi merasmikan Program Derma Darah Penolong Pegawai Perubatan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan. Dengan tema "Bersama Perangi Pandemik ke arah Kesejahteraan Keluarga Malaysia".
Program ini mensasarkan 100 beg diperolehi dan penderma adalah dari kalangan anggota penolong pegawai perubatan.
Di dalam ucapan Dato' Dr Nor Azimi beliau mengucapkan syabas dan tahniah khusus kepada Penolong Pegawai Perubatan Pahang yang bertungkus lumus dalam membantu pengurusan operasi dengan hospital. Dato'Dr Nor Azimi juga menyeru agar semua pegawai KKM yang bertugas agar melengkapkan dos vaksinasi dengan mengambil booster dan juga berharap semua pegawai kkm mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Seramai 44 orang telah menderma darah pada program tersebut. Perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad.