06 Jun2024
Lawatan Rasmi ke Hospital Jerantut
6 JUN 2024
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Jafanita binti Jamaluddin telah melakukan lawatan rasmi ke Hospital Jerantut.
Beliau yang turut diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr. Fadilla Norli binti Muhamad telah dibawa melawat ke bangunan baru Hospital Jerantut seterusnya ke unit-unit pesakit dalam menyantuni pesakit.
Beliau dan rombongan telah mengakhiri lawatan di Unit Kecemasan dan Trauma.
Hospital Jerantut amat berbesar hati atas kunjungan beliau dan menghargai segala masukan & cadangan penambahbaikan dari pihak JKNP.
Semoga ada kesudian lagi dari pihak JKNP untuk terus mengunjungi kami di lain masa.
MEWAKILI WARGA KERJA HOSPITAL JERANTUT, ADMIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN YANG SANGAT BERMAKNA INI.