24 Jun2024
Audit Pengurusan Pesakit Denggi Hospital dan Klinik Kesihatan Negeri Pahang
Pada 24-25 Jun 2024, telah berlangsung Audit Pengurusan Pesakit Denggi Hospital dan Klinik Kesihatan Negeri Pahang. Ini merupakan audit pertama yang dilaksanakan, menyambut baik saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPP KKM) dalam surat rasmi bertarikh 22 Mac 2024, yang menyatakan keperluan Jabatan Kesihatan Negeri untuk membantu pelaksanaan pemantauan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan pesakit denggi di hospital dan juga klinik kesihatan KKM.
Program yang diketuai Unit Perkhidmatan Klinikal dan Hospital Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dengan kerjasama Unit Vektor, Bahagian Kesihatan Awam JKNP ini melibatkan audit di tiga fasiliti kesihatan KKM negeri Pahang, iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Hospital Bentong dan Klinik Kesihatan Bentong.
Auditor lain terdiri daripada Pakar Penyakit Berjangkit, Pakar Kecemasan, Pakar Perubatan Am, Pakar Perubatan Keluarga, Penyelia Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan. Semoga dengan pemantauan ini dapat memastikan perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan pesakit denggi di hospital dan klinik kesihatan negeri Pahang, sekaligus mengurangkan risiko kes kematian akibat denggi.
---