02 Jul2024
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Bil.1/2024 Peringkat Negeri Pahang
2 Julai 2024 (Selasa)- YB Tuan Ir. Razali Bin Kassim, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang telah mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Bil.1/2024 Peringkat Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang.
Mesyuarat ini melibatkan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi dalam pelaksanaan aktiviti pencegahan serta kawalan denggi secara bersepadu berdasarkan bidang kuasa dan peranan masing- masing.
Antara perkara yang telah diputuskan adalah tindakan tanpa syarat khususnya dalam tempoh 7 hari bagi menangani isu-isu di lokaliti wabak seperti memusnahkan bekas-bekas berpotensi di lorong belakang, pengurusan sampah, kebun-kebun haram serta kenderaan usang yang menjadi tempat pembiakan Aedes.
Turut hadir, YBhg Datuk Dr Rusdi bin Abd Rahman Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Dr Wan Abdul Rahim bin Wan Muhamad,Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Kesihatan Awam) dan YBrs.Dr. Jafanita Binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan).
Diharapkan dengan adanya kerjasama erat dan komitmen berterusan antara jabatan dan agensi di peringkat negeri ini dapat merencatkan tren peningkatan kes Demam Denggi di negeri Pahang.