30 Sep2024
Seminar Sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2024 Peringkat Negeri Pahang
26 September 2024 merupakan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia dengan tema pada tahun ini ialah Meningkatkan Ketahanan Komuniti Melalui Pengurangan Risiko Bencana Dan Strategi Untuk Mitigasi Serta Penyesuaian Perubahan Iklim.
Bersempena dengan sambutan ini, Inspektorat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menganjurkan seminar sebagai pengisian bagi sambutan ini melibatkan PKP/PPKP dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (ibupejabat JKNP, PKD & UKA Hospital) serta dari lain-lain agensi iaitu PBT dan SWCorp Negeri Pahang.
Seminar berlangsung dengan perkongsian 3 orang penceramah jemputan dari UMPSA, SWCorp dan Unit KPAS JKNP kepada hampir 200 peserta dari seluruh daerah di Negeri Pahang. Diharapkan platform ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pengamal kesihatan persekitaran mengenai ancaman yang berterusan terhadap kesihatan manusia dan mengukuhkan kerjasama dalam mewujudkan masyarakat yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Sumber : Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Pautan : https://www.facebook.com/search/top?q=jabatan%20kesihatan%20negeri%20pahang
Pautan : https://www.facebook.com/search/top?q=jabatan%20kesihatan%20negeri%20pahang