Skip to main content

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

PKPD BENTONG

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bentong
28700 BENTONG
(tel) : 09-2229245

PKPD CAMERON HIGHLANDS

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands
39000 CAMERON HIGHLANDS
(tel) : 05-4911141

PKPD JERANTUT

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jerantut
27000 JERANTUT
(tel) : 09-2663133

PKPD KUALA LIPIS

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Lipis
27200 KUALA LIPIS
(tel) : 09-3123919

PKPD KUANTAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuantan
25000 KUANTAN
(tel) : 09-5140954

PKPD MARAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran
26500 MARAN
(tel) : 09-4772031

PKPD PEKAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan
26600 PEKAN
(tel) : 09-4229388

PKPD RAUB

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Raub
27600 RAUB
(tel) : 09-3554748

PKPD ROMPIN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin
26800 ROMPIN
(tel) : 09-4146132

PKPD TEMERLOH & BERA

Alamat

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Temerloh/Bera
Klinik Pergigian Bandar Mentakab
Jalan Karak
28400 MENTAKAB
(tel) : 09-2784062

Klinik Pergigian Daerah(KPD)

1.

KPD Bentong

2.

KPD Cameron Highlands

3.

KPD Pekan

4.

KPD Jerantut

5.

KPD Kuantan

6.

KPD Lipis

7.

KPD Maran

8.

KPD Temerloh & Bera

9.

KPD Raub

10.

KPD Rompin

Read more …Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

  • Hits: 3077

Bahagian BKKM

Bahagian BKKM

PENGENALAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Pahang (BKKM) melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyelidikan, pendidikan  pengguna dan mempromosi keselamatan makanan bertujuan untuk memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih. Di samping itu, BKKM juga berperanan dalam menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas dari bahan-bahan pencemaran, dilabel dan diiklan dengan mencukupi dan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Aktiviti BKKM juga meliputi  aktiviti kawalan terhadap konsaimen makanan yang dieksport agar ia mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport. BKKM  diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan dipertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

OBJEKTIF
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diwujudkan bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.

VISI
Visi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.

MISI
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai asset bernilai
  • Mengambil langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PERKHIDMATAN/SERVIS DISEDIAKAN

KAWALAN EKSPORT MAKANAN

  • Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
  • Sebagai Competent Authority (CA) di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia.
  • Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan dengan menjalankan proses persampelan.
  • Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi menverifikasikan status kepatuhan premis pengeksport.
  • Mengeluarkan Sijil Kesihatan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan.
  • Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

PENSIJILAN

  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
  • Menyelaras dan melaksanakan konsultasi bagi perlaksanaan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia. (SK1M)
  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk GMP/HACCP untuk Dapur Hospital.
  • Menyelaras aktiviti pengawasan dan pengauditan sekolah latihan pengendali makanan dan menilai keberkesanan Program Latihan Pengendali Makanan.
  • Membantu pengeksport makanan negara memenuhi keperluan Negara Pengimport dengan menyelaras dan mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas dan Sijil Kesihatan yang bertujuan memudahkan urusan pengeksportan.

PELESENAN

  • Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB)
  • Menyelaras dan memproses permohonan kilang ais
  • Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan Sijil Penjualan Bebas

PENDIDIKAN INDUSTRI DAN PENGGUNA

  • Merancang dan melaksanakan program-program industri dan pendidikan pengguna
  • Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya
  • Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
  • Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna

PERKHIDMATAN MAKMAL

  • Memberi perkhidmatan penganalisaan mikrobiologi & Kimia terhadap sampel makanan untuk tujuan pemantauan, pengawasan, penguatkuasaan & kajian berhubung keselamatan dan kualiti makanan
  • Melaksanakan kajian serta penyelidikan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Menyediakan kemudahan tempat bagi tujuan latihan dan rujukan kepada kakitangan, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

PELABELAN MAKANAN

  • Memberikan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan kepada industri
  • Memberi khidmat nasihat dalam pengkelasan produk makanan

FOSIM DOMESTIK

  • Mengurus perlaksanaan FoSIM domestik dan import di peringkat negeri
  • Mengurus pangkalan data premis makanan

PEMANTAUAN DAN SURVEILAN MAKANAN

  • Menganalisis trend keselamatan makanan berhubung dengan isu-isu yang dikenalpasti melalui kajian-kajian, penyelidikan dan risk assessment yang dijalankan
  • Mengedarkan maklumat teknikal keselamatan makanan kepada pegawai berkuasa bagi meningkatkan keberkesanan pemantuhan
  • Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri
  • Merancang, melaksanakan dan menilai program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantuhan (compliance)
  • Mengurus pangkalan data pensampelan makan negeri

PENYELIDIKAN

  • Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri

TDS (TOTAL DIET STUDY)

  • Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
  • Menjalankan program TDS

KAWALSEDIA DAN OPERASI

  • Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan
  • Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Mengawalsedia perlaksanaan QAP negeri
  • Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri
  • Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringkat negeri
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan kenderaan pengangkutan dan penjajaan komoditi makanan

PERUNDANGAN MAKANAN

  • Mewujudkan kerjasama dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN)
  • Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi mendapatkan maklumat awal
  • Menyelaras dan menjalankan pendakwaaan di makamah bagi pelanggaran yang dikesan di bawah Akta Makan 1983
  • Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN

PENTADBIRAN

  • Mengurus hal-ehwal kewangan dan perjawatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Menyemak semua inventori Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Perkhidmatan pentadbiran dan rekod di Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Urusetia kepada seminar/bengkel/mesyuarat/kursus yang diadakan di peringkat negeri.

Read more …Bahagian BKKM

  • Hits: 1082

Bahagian Farmasi

Bahagian Farmasi

A. PENGENALAN
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memastikan rakyat khususnya rakyat Pahang diberikan produk farmaseutikal dan kesihatan yang berkualiti, selamat, efektif serta harga berpatutan termasuk cara penggunaan yang rasional.

Dalam hal ini, Bahagian Perkhidmatan Farmasi mempunyai fungsi berikut:

Menyumbang kepada kesihatan awam secara terus menerus melalui kepastian kualiti dimana Bahagian Perkhidmatan Farmasi melalui Pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan adalahbertanggungjawab mengenai perihal regulatori dalam industri farmaseutikal. Ini adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal dalam pasaran adalah menepati standard kualiti, keselamatan dan berkesan sebelum didaftarkan; dan semua premis bertujuan pengilangan, penstoran dan pengedaran bagi produk ini adalah menepati standard yang ditetapkan sebelum dibekal kepada pengguna

Penguatkuasaan Akta serta peraturan-peraturan berkaitan bekalan farmaseutikal kepada hospital dan klinik kesihatan bawah pentadbiran Kementerian kesihatan Malaysia. Memastikan tumpuan perkhidmatan diberi kepada pesakit Matlamatnya adalah bagi memastikan kegunaan ubat secara optima,dan membantu dalam penyediaan/pengilangan, bekalan dan pengawasan ubat-ubatan serta produk berkaitan. Serta memberi maklumat dan nasihat kepada sesiapa yang memprescrib dan mengguna produk farmaseutikal

B. OBJEKTIF

Objektif Umum
Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.

Objektif Khusus

  1. Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi, serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan berkualiti.
  2. Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keluaran farmaseutikal.
  3. Untuk menggubal dan menentukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan.
  4. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara.
  5. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan perkhidmatan professional dan farmasi klinikal yang terkini.
  6. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
  7. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang berterusan.
  8. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan farmasi di arena antarabangsa.

C. VISI
Memberi perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

D. MISI
 Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, professionalisme dan kecemerlangan, sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

E. PIAGAM PELANGGAN
Setiap permohonan daripada orang awam berkaitan dengan kelulusan untuk mendapatkan racun jenis A, B, D, E dan permit Natrium Hiroksida akan diproses dalam jangka masa 4 minggu dari tarikh permohonan diterima.

F. ORGANISASI
Perkhidmatan Farmasi dalam negeri di ketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). Beliau bertanggunjawab kepada semua aktiviti pengurusan farmasi dan penguatkuasa farmasi peringkat negeri. Beliau dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa Farmasi) dan seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Farmasi). Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang beralamat di:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan Pahang Darul Makmur

Bahagian Perkhidmatan Farmasi di peringkat negeri menjalankan dua aktiviti utama iaitu:

  • Perkhidmatan Pharmaceutical Care (di Hospital dan Pusat Kesihatan)
  • Pelesenan & Penguatkuasaan Farmasi
  • Pengurusan Farmasi

G. PHARMACEUTICAL CARE
Perkhidmatan Pharmaceutical Care disediakan oleh sembilan (9) buah hospital, 3 buah Hospital Desa dan 60 buah Klinik Kesihatan.

1. Perkhidmatan Farmasi Hospital
Setiap Jabatan / Unit Farmasi di Hospital di ketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi dan beberapa orang Pegawai Farmasi lain, Pembantu Farmasi, Pembantu Tadbir, Atendan Kesihatan dan Pembantu Rendah Am. Jenis-jenis perkhidmatan yang diberi adalah saperti berikut:

  1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perolehan dan Bekalan
  4. Perkhidmatan Kaunseling Pesakit
  5. Perkhidmatan Maklumat Ubat
  6. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
  7. Perkhidmatan Nutrusi Parenteral

Perkhidmatan Farmasi Onkologi Perkhidmatan yang disebutkan di (1) hingga (5) disediakan oleh semua Hospital di Negeri Pahang. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal hanya terdapat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Mentakab. Kami bercadang untuk meluaskan perkhidmatan ini kepada semua Hospital Daerah lain di Negeri Pahang.

Pada masa kini Perkhidmatan Nutrisi Parenteral dan Perkhidmatan Farmasi Onkologi hanya terdapat di HTAA. Apabila perkhidmatan di Hospital Mentakab dipindah ke Hospital Temerloh, kedua-dua perkhidmatan ini akan di wujudkan di Hospital Temerloh untuk keperluan pesakit-pesakit di kawasan Pahang Barat.

2. Perkhidmatan Farmasi di Klinik Kesihatan
Buat masa sekarang, kebanyakan Klinik Kesihatan di anggotai oleh Pembantu Farmasi sahaja. Dengan ini, hanya perkhidmatan bekalan ubat kepada pesakit luar diwujudkan di Klinik Kesihatan. Walaubagaimanapun, di Klinik Kesihatan yang mempunyai Pegawai Farmasi, perkhidmatan kaunseling pesakit juga diberikan. Usaha telah diambil untuk menempatkan Pegawai Farmasi di lebih banyak Klinik Kesihatan. Visi ini mungkin boleh dicapai dengan pengenalan perkhidmatan wajib untuk Pegawai Farmasi mulai September 2004.

PENGUATKUASAAN DAN PELESENAN
Salah satu dari tiga aktiviti utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi merupakan penguatkuasaan dan pelesenan. Aktiviti merangkumi pematuhan peruntukan undang-undang sediada bagi mengawal praktis farmasi, pengimportan, eksport, pembuatan dan pengedaran ubat-ubatan (termasuk racun-racun berjadual dan dadah berbahaya), sakarin (untuk kegunaan farmasi industri), ubatan tradisional dan juga iklan kesihatan. Jumlah bilangan lesen dan permit yang telah dikeluarkan oleh semua negeri dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia ditunjukkan dalam jadual di bawah. Pemeriksaan ke setiap premis berlesen dilakukan sebagai memastikan setiap undang-undang dan peraturan dipatuhi serta untuk memastikan penyimpanan rekod yang tepat. Aktiviti utama adalah seperti berikut :

1. Perundangan

  • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 (Disemak 1983) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Disemak 1989) dan peraturan-peraturannya
  • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan peraturan-peraturannya

2. Pelesenan
Pelesenan di bawah perundangan sediada adalah bagi memastikan pengimportan, penyimpanan, penjualan dan bekalan dikendalikan oleh orang berkelayakan dan sesuai serta mengikut peruntukan undang-undang.

3. Pintu Masuk
Pemeriksaan di pintu masuk bagi memastikan ubat, kosmetik dan bahan kimia adalah diimport secara sah oleh pengimport.

4. Pemeriksaan Keatas premis
Pemeriksaan ke atas premis berlesen termasuk klinik perubatan swasta, klinik pergigian swasta dan klinik veterinar swasta dengan tujuan mengikut peruntakan undang-undang.

5. Pemeriksaan dan Operasi
Pemeriksaan dan serbuan dijalankan keatas premis tidak berlesen bagi memamstikan racun berjadual tidak dijual atau dibekal oleh orang tidak bertauliah dan bebkelayakan.

6. Pemeriksaan Rutin
Pemeriksaan juga dijalankan ke atas semua premis yang berurusan dengan ubat-ubatan bagi memastikan hanya ubat-ubatan berdaftar dijual.

LESEN / PERMIT

  • Lesen Jenis A Untuk ahli farmasi berdaftar menjalankan urusan racun berjadual secara amnya. Fee – Percuma
  • Lesen Jenis B Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut atau dikeluarkan kepada pegawai bertanggungjawab dalam satu syarikat Sdn. Bhd Akta Syarikat 1965 bagi mengimport, menyimpan, dan menjual secara borong racun berjadual (tidak termasuk Racun Kumpulan A) sepertimana tercatat dalam lesen. Fee - RM100
  • Lesen Jenis D Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut untuk menyimpan , menjual secara runcit racun Bahagian II separti tercatat dalam lesen. Fee - RM20
  • Lesen Jenis E sesiapa dalam menjalankan uurusniaga mengguna Natrium Hidroksida dalam kuantiti pada pendapat Pegawai pelesenan perlu dikeluarkan lesen untuk mengimport, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida. Fee - RM100
  • Permit Natrium Hidroksida Sesiapa dimana Pegawai Pelesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lesen tersebut untuk membeli, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida. Fee – RM20

PERUNDANGAN

  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
  • Akta Racun 1952
  • Peraturan - Peraturan Racun ( Bahan Psikotropik)
  • Peraturan - Peraturan Racun 1952
  • Peraturan Dadah Berbahaya, 1952
  • Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Akta Ubat (Iklan Dan Penjualan)
  • Akta Jualan Dadah 1952

Anda boleh merujuk ke laman web www.pharmacy.gov.my untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan undang-undang/peraturan/akta farmasi.

STATISTIK

  • Perkhidmatan Pharmaceutikal Care
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Luar (Hospital)
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Dalam
  • Bilangan Preskripsi yang diterima untuk Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)
  • Bilangan Persediaan Sucihama yang disediakan oleh Makmal Aseptik di HTAA
  • Penguatkuasaan dan Pelesenan
  • Pengeluaran Lesen dan Permit Racun
  • Pemeriksaan Premis
  • Pesampelan
  • Pengimportan
  • Unit Penguatkuasaan Farmasi

    Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaannya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan.

    OBJEKTIF

    • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang dikendalikan dan digunakan adalah sah, selamat, berkesan dan berkualiti.
    • Memastikan perkhidmatan dan tindakan undang-undang yang dilaksanakan adalah cekap dan adil.
    • Memastikan ahli-ahli farmasi berkhidmat secara beretika dan professional.
    • Memastikan maklumat mengenai ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang disiarkan kepada orang ramai mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.
    • Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang faedah penggunaan ubat-ubatan yang berdaftar.
    • Memastikan kerjasama dan persefahaman yang erat dibina bersama agensi penguatkuasaan, pihak yang dikawal dan orang awam secara keseluruhannya.

    Unit-unit

    Risikan dan Operasi

    • Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima.
    • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, dan juga kosmetik yang tidak bernotifikasi.
    • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
    • Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.

    Pelesenan dan Kawalan di Pintu Masuk

    • Memproses lesen/permit merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
    • Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan
    • Menyelaras dan memantau aktiviti saringan dan pemeriksaan pengimportan produk dan bahan-bahan yang dikawal di pintu-pintu masuk kastam.
    • Menjalankan aktiviti audit bagi ubat-ubat terkawal.

      Jenis-jenis lesen / permit
    • Jenis A - Untuk ahli farmasi berdaftar yang menjalankan urusan racun berjadual secara amnya. Yuran - percuma.
    • Jenis B - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah

                    memegang lesen tersebut atau dikeluarkan kepada pegawai              

                    bertanggungjawab dalam satu syarikat dibawawh Akta Syarikat 1965 bagi

                    mengimpot, menyimpan, dan menjual secara borong racun berjadual (tidak

                    termasuk Racun Kumpulan A) sepertimana tercatat dalam lessen. Yuran -

                    RM 100

    • Jenis D - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah

                    memegang lesen tersebut untuk menyimpan, dan menjual secara runcit Racun

                    Bahagian II seperti yang tercatat dalam lesen. Yuran - RM 20.

    • Jenis E - Sesiapa dalam menjalankan urusniaga mengguna Natrium Hidroksida dalam

                    kuantiti pada pendapat Pegawai Perlesenan perlu dikeluarkan lessen untuk

                    mengimpot, menyimpan dan menggunakan Natrium Hidroksida. Yuran - RM 

                    100.

    • Permit Natrium Hidroksida - Sesiapa dimana Pegawai Perlesenan mendapati sesuai dan munasabah memegang lessen tersebut untuk membeli, menyimpan dan menggunakan Natrium Hidroksida. Yuran - RM 20

    Senarai Pemegang Lesen di Negeri Pahang

    • Jenis A
    • Jenis B
    • Jenis D
    • Jenis E
    • Permit Natrium Hidroksida

    Perundangan

    • Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
    • Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraankes-kesdi mahkamah berdasarkan Akta-akta yang dikuatkuasakan.
    • Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.

    Akta & Peraturan-peraturan Farmasi

    • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya
    • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya
    • Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturannya
    • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Disemak 1989) dan Peraturan-peraturannya.
    • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan Peraturan-peraturannya.

    Pencegahan & Kesedaran Pengguna

    • Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar
    • Menyelaras dan memantau aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan penguatkuasaan farmasi.
    • Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
    • Mengendalikan aduan berkaitan produk dan aktiviti penguatkuasaan farmasi.
    • Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan untuk kegunaan kempen berkaitan penguatkuasaan farmasi.
    • Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.
    • Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.

    *** Anda boleh merujuk ke laman web www.pharmacy.gov.my untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan undang-undang/peraturan/akta farmasi.  (bawah sekali)

  • Unit Pengurusan Farmasi

    Sedang Dikemaskini

  • Unit Amalan dan Perkembangan Farmasi

    Sedang Dikemaskini

Read more …Bahagian Farmasi

  • Hits: 1222

Bahagian BKKM

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Pahang (BKKM) melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyelidikan, pendidikan  pengguna dan mempromosi keselamatan makanan bertujuan untuk memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih. Di samping itu, BKKM juga berperanan dalam menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas dari bahan-bahan pencemaran, dilabel dan diiklan dengan mencukupi dan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Aktiviti BKKM juga meliputi  aktiviti kawalan terhadap konsaimen makanan yang dieksport agar ia mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport. BKKM  diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan dipertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

  • Hits: 91