Skip to main content
A-
A
A+

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

PKPD BENTONG

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bentong
28700 BENTONG
(tel) : 09-2229245

PKPD CAMERON HIGHLANDS

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands
39000 CAMERON HIGHLANDS
(tel) : 05-4911141

PKPD JERANTUT

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jerantut
27000 JERANTUT
(tel) : 09-2663133

PKPD KUALA LIPIS

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Lipis
27200 KUALA LIPIS
(tel) : 09-3123919

PKPD KUANTAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuantan
25000 KUANTAN
(tel) : 09-5140954

PKPD MARAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran
26500 MARAN
(tel) : 09-4772031

PKPD PEKAN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan
26600 PEKAN
(tel) : 09-4229388

PKPD RAUB

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Raub
27600 RAUB
(tel) : 09-3554748

PKPD ROMPIN

Alamat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin
26800 ROMPIN
(tel) : 09-4146132

PKPD TEMERLOH & BERA

Alamat

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Temerloh/Bera
Klinik Pergigian Bandar Mentakab
Jalan Karak
28400 MENTAKAB
(tel) : 09-2784062

Klinik Pergigian Daerah(KPD)

1.

KPD Bentong

2.

KPD Cameron Highlands

3.

KPD Pekan

4.

KPD Jerantut

5.

KPD Kuantan

6.

KPD Lipis

7.

KPD Maran

8.

KPD Temerloh & Bera

9.

KPD Raub

10.

KPD Rompin

Baca selanjutnya: Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah

  • Hits: 4797

Bahagian BKKM

Bahagian BKKM

PENGENALAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Pahang (BKKM) melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyelidikan, pendidikan  pengguna dan mempromosi keselamatan makanan bertujuan untuk memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih. Di samping itu, BKKM juga berperanan dalam menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas dari bahan-bahan pencemaran, dilabel dan diiklan dengan mencukupi dan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Aktiviti BKKM juga meliputi  aktiviti kawalan terhadap konsaimen makanan yang dieksport agar ia mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport. BKKM  diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan dipertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

OBJEKTIF
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diwujudkan bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.

VISI
Visi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.

MISI
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai asset bernilai
  • Mengambil langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PERKHIDMATAN/SERVIS DISEDIAKAN

KAWALAN EKSPORT MAKANAN

  • Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
  • Sebagai Competent Authority (CA) di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia.
  • Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA) dan Russia mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan dengan menjalankan proses persampelan.
  • Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi menverifikasikan status kepatuhan premis pengeksport.
  • Mengeluarkan Sijil Kesihatan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan.
  • Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

PENSIJILAN

  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
  • Menyelaras dan melaksanakan konsultasi bagi perlaksanaan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia. (SK1M)
  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk GMP/HACCP untuk Dapur Hospital.
  • Menyelaras aktiviti pengawasan dan pengauditan sekolah latihan pengendali makanan dan menilai keberkesanan Program Latihan Pengendali Makanan.
  • Membantu pengeksport makanan negara memenuhi keperluan Negara Pengimport dengan menyelaras dan mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas dan Sijil Kesihatan yang bertujuan memudahkan urusan pengeksportan.

PELESENAN

  • Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB)
  • Menyelaras dan memproses permohonan kilang ais
  • Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan Sijil Penjualan Bebas

PENDIDIKAN INDUSTRI DAN PENGGUNA

  • Merancang dan melaksanakan program-program industri dan pendidikan pengguna
  • Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya
  • Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
  • Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna

PERKHIDMATAN MAKMAL

  • Memberi perkhidmatan penganalisaan mikrobiologi & Kimia terhadap sampel makanan untuk tujuan pemantauan, pengawasan, penguatkuasaan & kajian berhubung keselamatan dan kualiti makanan
  • Melaksanakan kajian serta penyelidikan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Menyediakan kemudahan tempat bagi tujuan latihan dan rujukan kepada kakitangan, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

PELABELAN MAKANAN

  • Memberikan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan kepada industri
  • Memberi khidmat nasihat dalam pengkelasan produk makanan

FOSIM DOMESTIK

  • Mengurus perlaksanaan FoSIM domestik dan import di peringkat negeri
  • Mengurus pangkalan data premis makanan

PEMANTAUAN DAN SURVEILAN MAKANAN

  • Menganalisis trend keselamatan makanan berhubung dengan isu-isu yang dikenalpasti melalui kajian-kajian, penyelidikan dan risk assessment yang dijalankan
  • Mengedarkan maklumat teknikal keselamatan makanan kepada pegawai berkuasa bagi meningkatkan keberkesanan pemantuhan
  • Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri
  • Merancang, melaksanakan dan menilai program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantuhan (compliance)
  • Mengurus pangkalan data pensampelan makan negeri

PENYELIDIKAN

  • Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri

TDS (TOTAL DIET STUDY)

  • Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
  • Menjalankan program TDS

KAWALSEDIA DAN OPERASI

  • Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan
  • Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Mengawalsedia perlaksanaan QAP negeri
  • Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri
  • Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringkat negeri
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan kenderaan pengangkutan dan penjajaan komoditi makanan

PERUNDANGAN MAKANAN

  • Mewujudkan kerjasama dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN)
  • Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi mendapatkan maklumat awal
  • Menyelaras dan menjalankan pendakwaaan di makamah bagi pelanggaran yang dikesan di bawah Akta Makan 1983
  • Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN

PENTADBIRAN

  • Mengurus hal-ehwal kewangan dan perjawatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Menyemak semua inventori Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Perkhidmatan pentadbiran dan rekod di Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
  • Urusetia kepada seminar/bengkel/mesyuarat/kursus yang diadakan di peringkat negeri.

Baca selanjutnya: Bahagian BKKM

  • Hits: 1590

Bahagian Farmasi

Bahagian Farmasi

A. PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bertanggungjawab memastikan rakyat Negeri Pahang memperoleh akses kepada produk farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan serta mampu milik, di samping mempromosikan penggunaan ubat secara rasional dan berinformasi.

Bahagian ini berperanan merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan farmasi di semua fasiliti kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat negeri. Skop perkhidmatan meliputi aspek pengurusan farmasi, amalan dan perkembangan farmasi serta penguatkuasaan perundangan farmasi.

Melalui kerjasama strategik dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan pihak berkepentingan lain, Bahagian Perkhidmatan Farmasi menyumbang secara berterusan kepada perlindungan kesihatan awam dengan memastikan hanya produk farmaseutikal dan kosmetik yang memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan dibenarkan berada di pasaran.

B. OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.

Objektif Khusus

  1. Memastikan semua produk farmaseutikal dan kosmetik yang berada di pasaran mematuhi keperluan keselamatan, keberkesanan dan kualiti.

  2. Melaksanakan penguatkuasaan perundangan farmasi secara berkesan dan berintegriti.

  3. Menyokong penggubalan serta pelaksanaan dasar ubat-ubatan sejajar dengan dasar kesihatan negara.

  4. Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan farmasi.

  5. Mengukuhkan amalan farmasi klinikal dan penjagaan farmaseutikal berasaskan bukti.

  6. Memastikan pengurusan dan perbelanjaan ubat berada pada tahap optimum.

  7. Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan ubat secara rasional dan selamat melalui pendidikan berterusan.

  8. Memperkasa perkhidmatan farmasi agar setanding dengan perkembangan farmasi di peringkat antarabangsa.

C. VISI

Memberi perkhidmatan farmasi yang unggul demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

D. MISI  

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik melalui tadbir urus berintegriti, profesionalisme tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan sejajar dengan aspirasi negara.

 E. PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Perkhidmatan Farmasi komited untuk memproses permohonan berkaitan lesen dan permit farmasi, termasuk Racun Jenis A, B, D, E dan permit Natrium Hidroksida, dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

F. ORGANISASI

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang diterajui oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan farmasi, pelaksanaan amalan dan perkembangan farmasi serta perkhidmatan dan penguatkuasaan farmasi di peringkat negeri. Bahagian ini beroperasi melalui tiga (3) cawangan utama yang saling melengkapi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang menyeluruh dan berkesan. 

Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang beralamat di:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota

25582 Kuantan Pahang Darul Makmur

G. PERKHIDMATAN FARMASI

Perkhidmatan farmasi disediakan di hospital dan fasiliti kesihatan awam di seluruh Negeri Pahang, meliputi:

  • Farmasi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam

  • Farmasi Klinikal dan pemantauan terapi

  • Kaunseling ubat dan pendidikan pesakit

  • Perkhidmatan Maklumat Ubat

  • Perkhidmatan khusus di hospital (farmakokinetik klinikal, nutrisi parenteral, farmasi onkologi)

  • Value Added Services (VAS) bagi meningkatkan akses dan keselesaan pesakit

H. PERUNDANGAN FARMASI

Bahagian ini melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan farmasi utama termasuk:

  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

  • Akta Racun 1952

  • Akta Jualan Dadah 1952

  • Akta Dadah Berbahaya 1952

  • Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 

serta peraturan-peraturan berkaitan.

  • Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

  • Cawangan Pengurusan Farmasi

  • Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

    Sedang Dikemaskini

Baca selanjutnya: Bahagian Farmasi

  • Hits: 1982

Bahagian BKKM

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Pahang (BKKM) melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyelidikan, pendidikan  pengguna dan mempromosi keselamatan makanan bertujuan untuk memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih. Di samping itu, BKKM juga berperanan dalam menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas dari bahan-bahan pencemaran, dilabel dan diiklan dengan mencukupi dan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Aktiviti BKKM juga meliputi  aktiviti kawalan terhadap konsaimen makanan yang dieksport agar ia mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport. BKKM  diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan dipertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

  • Hits: 207