Patient Blood Management (PBM) Workshop HoSHAS

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Jabatan Patologi
  • Tarikh
    01 April 2026
  • Hingga
    01 April 2026
  • Lokasi
    Auditorium

Rabu, 1 April 2026 - Bengkel selama 2 hari Patient Blood Management (PBM) Workshop anjuran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Jabatan Patologi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium HoSHAS pada 31hb Mac hingga 1hb April 2026. Bengkel ini diadakan 2 kali setahun sejak tahun 2015. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada urusetia.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr Hajah Nor Azlina Binti Abdul Aziz.

Sepanjang bengkel ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai topik penting merangkumi asas transfusi, pemahaman haemostasis, komplikasi transfusi serta 'Protokol Massive Transfusion'. Turut diketengahkan adalah 3 tiang utama PBM iaitu:

✔️ Optimizing haemopoiesis
✔️ Minimizing blood loss
✔️ Harnessing tolerance to anemia

Hari kedua diteruskan dengan sesi' hands-on' yang lebih praktikal dan interaktif yang melibatkan proses permintaan darah, pengambilan sampel, transfusi serta simulasi kes kecemasan seperti Post Partum Haemorrhage dan polytrauma.

Bengkel ini memberi pendedahan yang komprehensif dan sangat relevan dalam memperkukuhkan amalan klinikal, seterusnya meningkatkan keselamatan serta kualiti rawatan pesakit.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta PBM HOSHAS 2026 sesi pertama. Semoga lebih ramai warga kerja HOSHAS termasuk Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah dan paramedik yang akan turut serta dalam sesi akan datang.

#JKNP
#Pahang1st
#HoSHAS


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :06/05/2026 Total Visitors : 18024