Sesi Penyerahan Bendera & Taklimat Pasukan Mara Lasak KeSUKES HOSHAS

  • Jabatan / Unit
    Kesukes
  • Tarikh
    01 April 2026
  • Hingga
    01 April 2026
  • Lokasi
    Bilik Mesyuarat Anggerik

Rabu, 1 April 2026 – Sesi Penyerahan Bendera Jabatan dan Pasukan serta Taklimat Pasukan Mara Lasak KeSUKES HOSHAS telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik pada pukul 10.15 pagi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital merangkap Pengerusi KeSUKES, Dr. Hajah Nor Azlina binti Abdul Aziz, yang turut menyampaikan taklimat serta amanat kepada pasukan sebelum menghadapi cabaran yang bakal ditempuh. Diharapkan ianya dapat menyuntik semangat & memberi motivasi kepada pasukan untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam program ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), En. Hazlan bin Sulaiman merangkap Timbalan Pengerusi KeSUKES, barisan pengurusan pasukan, atlet Mara Lasak serta rakan-rakan kerjasama dan penaja yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di HOSHAS.

Program ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menyertai Mara Lasak Pahang 2.0, iaitu acara sukan lasak berpasukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental melalui cabaran larian sejauh 15 kilometer merentasi pelbagai halangan seperti denai, bukit dan ladang, sambil membawa beban.

Sebagai simbolik semangat perjuangan dan kesatuan pasukan, sesi penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen telah dilaksanakan oleh Pengarah Hospital, sekali gus menandakan kesediaan pasukan untuk mewakili jabatan. Laungan HOSHAS BOLEH !!! dari Pengurusan Tertinggi dan para peserta turut bergema menunjukkan semangat yang tinggi yang akan dibawa oleh para peserta.

Pihak hospital turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama dan penaja iaitu Pusat Pakar Mata Top Vision Mentakab, Tomyam Hotpot Chiangmai Temerloh, Kopi 3 Temerloh, Bazeeru Express Temerloh dan Rodong Jersey Temerloh atas sokongan padu dalam menjayakan persiapan pasukan ini.
Semoga pasukan Mara Lasak KeSUKES HOSHAS terus bersemangat, cekal dan tabah menghadapi cabaran, mempamirkan sifat bekerjasama berpasukan yang tinggi akan beroleh kejayaan dan mengharumkan nama jabatan.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :06/05/2026 Total Visitors : 16692