Seminar Kejururawatan HoSHAS 2026

  • Jabatan / Unit
    Unit Penyeliaan Kejururawatan
  • Tarikh
    04 April 2026
  • Hingga
    04 April 2026
  • Lokasi
    Auditorium

Sabtu, 4 April 2026 – Program “Becoming A Resilient Nurse” & Annual General Meeting (AGM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium HoSHAS, dengan penyertaan seramai 213 ahli Kelab Jururawat HoSHAS.
Program anjuran Unit Kejururawatan dengan kerjasama Kelab Jururawat HoSHAS ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr. Mazlina binti Mohtar. Penganjuran seminar ini bertujuan memperkasa ilmu pengetahuan, meningkatkan daya tahan serta memupuk profesionalisme dalam kalangan jururawat selaras dengan cabaran semasa dunia kesihatan.

Dua penceramah jemputan telah mengisi slot ilmiah, iaitu Asst. Prof. Dr. Rashidah bt Mohd Yusoff dari Kulliyyah of Nursing, IIUM Kuantan yang menyampaikan ceramah bertajuk “The Next Decade of Nursing: From Silent Workforce to Strategic Voice” serta “Beyond Survival: Reclaiming the Power and Purpose of Nursing in Malaysia”. Turut berkongsi ilmu ialah MN Fauzi bin Jaafar dari Institut Kanser Negara (IKN) dengan tajuk “Ikhlas dan Integriti Seorang Jururawat: Amanah di Dunia, Syafaat di Akhirat”.

Pada sebelah petang, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Jururawat HoSHAS turut berlangsung dengan lancar, melibatkan lantikan barisan kepimpinan baharu bagi sesi akan datang. Barisan kepimpinan yang dilantik diharapkan dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan komited dalam memacu kecemerlangan kelab.
Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mencerminkan komitmen tinggi dalam kalangan jururawat terhadap pembangunan diri dan profesion. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :20/05/2026 Total Visitors : 55967