
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bertanggungjawab memastikan rakyat Negeri Pahang memperoleh akses kepada produk farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan serta mampu milik, di samping mempromosikan penggunaan ubat secara rasional dan berinformasi.
Bahagian ini berperanan merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan farmasi di semua fasiliti kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat negeri. Skop perkhidmatan meliputi aspek pengurusan farmasi, amalan dan perkembangan farmasi serta penguatkuasaan perundangan farmasi.
Melalui kerjasama strategik dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan pihak berkepentingan lain, Bahagian Perkhidmatan Farmasi menyumbang secara berterusan kepada perlindungan kesihatan awam dengan memastikan hanya produk farmaseutikal dan kosmetik yang memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan dibenarkan berada di pasaran.
Objektif Umum
Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.
Objektif Khusus
Memastikan semua produk farmaseutikal dan kosmetik yang berada di pasaran mematuhi keperluan keselamatan, keberkesanan dan kualiti.
Melaksanakan penguatkuasaan perundangan farmasi secara berkesan dan berintegriti.
Menyokong penggubalan serta pelaksanaan dasar ubat-ubatan sejajar dengan dasar kesihatan negara.
Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan farmasi.
Mengukuhkan amalan farmasi klinikal dan penjagaan farmaseutikal berasaskan bukti.
Memastikan pengurusan dan perbelanjaan ubat berada pada tahap optimum.
Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan ubat secara rasional dan selamat melalui pendidikan berterusan.
Memperkasa perkhidmatan farmasi agar setanding dengan perkembangan farmasi di peringkat antarabangsa.
Memberi perkhidmatan farmasi yang unggul demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik melalui tadbir urus berintegriti, profesionalisme tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan sejajar dengan aspirasi negara.
E. PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Perkhidmatan Farmasi komited untuk memproses permohonan berkaitan lesen dan permit farmasi, termasuk Racun Jenis A, B, D, E dan permit Natrium Hidroksida, dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang diterajui oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan farmasi, pelaksanaan amalan dan perkembangan farmasi serta perkhidmatan dan penguatkuasaan farmasi di peringkat negeri. Bahagian ini beroperasi melalui tiga (3) cawangan utama yang saling melengkapi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang menyeluruh dan berkesan.
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang beralamat di:
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan Pahang Darul Makmur
Perkhidmatan farmasi disediakan di hospital dan fasiliti kesihatan awam di seluruh Negeri Pahang, meliputi:
Farmasi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam
Farmasi Klinikal dan pemantauan terapi
Kaunseling ubat dan pendidikan pesakit
Perkhidmatan Maklumat Ubat
Perkhidmatan khusus di hospital (farmakokinetik klinikal, nutrisi parenteral, farmasi onkologi)
Value Added Services (VAS) bagi meningkatkan akses dan keselesaan pesakit
Bahagian ini melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan farmasi utama termasuk:
Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
Akta Racun 1952
Akta Jualan Dadah 1952
Akta Dadah Berbahaya 1952
Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956
serta peraturan-peraturan berkaitan.
Sedang Dikemaskini