Skip to main content

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Bahagian Pengurusan

VISI
Untuk Mewujudkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Yang Menepati Kehendak Pelanggan.

MISI
Komited Untuk Menjadikan Pengurusan Pentadbiran Ditahap Cemerlang.

OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Am berjalan lancar dan teratur. Sentiasa menanam sikap bekerja mengikut teras perkhidmatan dan bekerja dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan amanah serta tidak mementingkan diri sendiri.

Unit Khidmat Pengurusan

Pengenalan
Unit Khidmat Pengurusan terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pengurusan Am dan Seksyen Pengurusan Aduan. Seksyen-seksyen ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan urusan pengurusan pejabat dan logistik serta maklum balas pelanggan.

Seksyen Pengurusan Am
Secara amnya, unit Pengurusan Am berperanan menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti jabatan dengan menyediakan kemudahan logistik, pengurusan pejabat serta urusan hubungan pelanggan.

Visi
Mewujudkan Perkhidmatan Pentadbiran Yang Dinamik, Professional dan Mesra Pelanggan.

Misi
Menyediakan Perkhidmatan Pentadbiran Yang Cekap, Berkesan dan Selari Dengan Keperluan Pelanggan. 

Objektif
Menyokong pelaksanaan aktiviti Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan menggunakan segala sumber yang ada berdasarkan pekeliling, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa.

AKTIVITI

Urusetia Mesyuarat
1    Mesyuarat MBJ Peringkat Negeri dan Ibu Pejabat JKNP
2.   Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Negeri.
3.   Mesyuarat Pagi Pengarah.
4.   Mesyuarat Pagi Program Pengurusan
5    Mesyuarat Penyelia Pengurusan

Pengurusan Am
1.    Pengurusan Kenderaan
2.    Urusan surat-menyurat (Pengurusan Mel)
3.    Pengurusan Fail Am / Peribadai (tidak termasuk fail-fail terperingkat)
4.    Khidmat Protokol
5.     Pekeliling Am/Perkhidmatan
6.     Pas Jabatan/Kenderaan
7.     Bantuan Sara Ubat
8.     Cuti Belajar
9.     Elaun Khas KKM
10.   Perhimpunan Bulanan Jabatan
11.   Pelaksanaan MS ISO
12.   Manual Prosedur Kerja / Fail Meja
13.   LOKUM
14.   Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan
15.   Ahli Lembaga Pelawat Hospital
16.   Rumah Kerajaan/Kuarters

Seksyen Pengurusan Aduan
Seksyen Pengurusan Aduan bertanggungjawab bagi mengendalikan semua urusan maklum balas pelanggan termasuk piagam pelanggan, aduan, pertanyaan, penghargaan dan cadangan.

Unit Pembangunan

Objektif
Untuk memudahkan pencapaian dan pemeliharaan taraf kesihatan setiap individu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dalam bidang ekonomi dan sosial melalui peningkatan dan penambahbaikan fasiliti kesihatan

Fungsi

  • Perancangan & Kewangan

  • Pentadbiran dan Penilaian Keputusan

  • Pemantauan Projek

Perancangan & Kewangan

  • Perolehan tanah dan projek baru

  • Pemohonan projek Rancangan Malaysia 5 tahun (RMK)

  • Permohonan peruntukan bagi Projek Pembangunan di bawah P42

  • Pemantauan prestasi perbelanjaan keseluruhan

  • Perolehan Penyewaan Premis Hak Milik PTP

Pentadbiran dan Penilaian Keputusan

  • Hal ehwal pentadbiran unit

  • Urusetia Mesyuarat

  • Menyelaras penilaian outcome program Pembangunan ke KKM

  • Menyelaras permohonan peruntukan di bawah P42

  • Menyelaras laporan prestasi kewangan dan fizikal P42

Pemantauan Projek

  • Menyediakan skop kerja dan spesifikasi projek (bagi kerja-kerja yang tidak melibatkan struktur)

  • Menyelia dan memantau urusan perolehan di PTJ

  • Memantau dan mengemaskini laporan fizikal projek-projek RMK dan P42 (BP6)

  • Menyelaras permohonan projek P42 dari PTJ termasuk site visit

  • Menghadiri mesyuarat tapak

Unit Latihan

1.    Pengenalan
Unit Latihan adalah dibawah pentadbiran Bahagian Pengurusan yang diterajui oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) gred M14. Manakala operasi harian disokong oleh seorang Penolong Pengarah Kanan, gred M10, seorang Penolong Pegawai Tadbir, gred N6 dan dibantu oleh empat (4) orang PembantuTadbir (P/O) gred N1.

2.    Objektif Unit
Unit Latihan mempunyai objektif untuk membangunkan modal insan yang cemerlang melalui latihan yang strategik dengan menyediakan khidmat pengurusan latihan secara professional, cekap dan berkesan dalam mengembangkan dan memajukan profesionalisme tenaga manusia. Unit Latihan juga memastikan supaya penjawat awam di JKN Pahang dipanggil untuk menghadiri kursus Program Transformasi Minda untuk tujuan pengesahan perkhidmatan dalam sektor awam.

3.    Fungsi
a)    Menganjur dan mengendalikan kursus-kursus jangka pendek anjuran Bahagian Pengurusan.

b)    Menganjur dan mengendalikan kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk lantikan baru.

c)    Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa CPD (Continuous Profesional Development) Peringkat Negeri.

d)    Menguruskan permohonan latihan Industri bagi pelajar IPTA dan IPTS ke Pusat Tanggungjawab yang    berkaitan.

e)    Menyediakan sijil-sijil kursus yang dianjurkan oleh JKNP.

f)     Menyedia dan menyelaras maklumat Penilaian latihan, laporan-laporan latihan dan laporan pelaksanaan myCPD.

g)    Urusetia Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Latihan Industri pelajar IPTA/IPTS.

h)    Memproses perolehan perkhidmatan kemudahan latihan secara pakej dari Program JKNP.

i)      Menguruskan Permohonan dan Pemilihan Calon Kursus Pos Basik.

j)      Memproses permohonan cuti belajar bergaji penuh dan tidak bergaji.   

Unit Psikologi Kaunseling

PENGENALAN
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling.

Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.

 

OBJEKTIF
Membantu meningkatkan tahap kesihatan mental, emosi dan tingkah laku anggota kesihatan Negeri Pahang yang memerlukan perkhidmatan psikologi kaunseling.

FUNGSI UTAMA

  1. APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI

Membangun dan membantu pegawai mengurus isu secara lebih berkesan melalui Program Pengupayaan Kendiri yang mengandungi aktiviti kaunseling, mentoring dan Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam (AKRAB)

  1. APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN PERSONEL

Mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif berdasarkan aspek pembangunan kendiri melalui aktiviti khidmat runding, peningkatan motivasi dan kepuasan kerja serta melatih pegawai dengan kemahiran mengurus isu psikologi seperti pengurusan emosi, tekanan, sikap intrapersonal dan budaya kerja kelas pertama yang melibatkan semua anggota dari lantikan baharu hingga persediaan persaraan.

  1. APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENILAIAN PERSONEL

Memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian prestasi pegawai dengan menggunakan instrument psikologi bagi membantu dalam proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi, pembangunan potensi dan pra persaraan

  1. APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENYELIDIKAN

Mengkaji isu-isu penjawat awam di tempat kerja seperti factor pencetus, hubungan prestasi dan sistem kerja (ergonomik)

SISTEM RUJUKAN

  1. Pegawai dirujuk oleh ketua Jabatan / Ketua Unit /Penyelia

Borang rujukan boleh diperolehi di website Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

  1. Pegawai boleh hadir secara sukarela

Pegawai yang berminat untuk hadir secara sukarela boleh menghubungi unit psikologi di talian 09-570 7827 atau email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk mendapatkan temujanji.

SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan kaunseling ditawarkan kepada anggota kesihatan Negeri Pahang dan pelatih institusi Kementerian kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan di laksanakan di Bilik Kaunseling Unit psikologi Kaunseling atau fasiliti kesihatan mengikut kesesuaian.

Perkhidmatan yang disediakan: -

  • Kaunseling individu
  • Kaunseling kelompok
  • Psikopendidikan/ceramah
  • Mengadakan program intervensi dan pembangunan personal
  • Mentadbir ujian psikometrik
  • Memberi bimbingan atau konsultasi

Kategori kes yang boleh rujukan: -

  • Displin
  • Interpersonal/Komunikasi
  • Prestasi/Kerjaya
  • Tatatertib
  • Psikologi
  • Kesihatan
  • Lain-lain spt; Kehutangan serius

Kategori kes-kes sukarela: -

  • Masalah peribadi/keluarga
  • Isu ditempat kerja seperti konflik dengan rakan sekerja
  • Tekanan ditempat kerja
  • Lain-lain

WAKTU PERKHIDMATAN

Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut:

 HARI

 MASA

Isnin – Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tengahari

2.45 petang – 5.00 petang

Unit Sumber Manusia

PENGENALAN
Unit Sumber Manusia diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah  Gred M14 , dibantu oleh  dua (2) orang  PTD Gred M10/M9 , seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 , seorang (1) Pembantu Tadbir Gred N3, dua (2) orang Pembantu Tadbir  Gred N2 dan  dua puluh empat (24) orang Pembantu Tadbir Gred N1.  Unit ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti berkaitan dengan permohonan dan semakan perjawatan,  HRMIS, urusan-urusan perkhidmatan, cuti, penempatan/pertukaran, kenaikan pangkat, prestasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, keutuhan, tatatertib dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

OBJEKTIF
Memastikan JKN Pahang mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.

VISI
Memastikan JKN Pahang mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.

MISI
Ke Arah Pengurusan Sumber Manusia yang berkualiti dan produktif.

 AKTIVITI UTAMA

  1. Mengendalikan semua urusan pengesahan lantikan,pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
  2. Menguruskan permohonan perlanjutan tempoh percubaan.
  3. Menguruskan pelepasan jawatan dengan izin dan perletakkan jawatan dengan memendekkan notis.
  4. Melaksanakan penempatan dan pertukaran anggota, permohonan pertukaran dalam negeri serta luar negeri.
  5. Menguruskan permohonan cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti menunaikan haji dan cuti sakit 90 hari / barah.
  6. Mengendalikan permohonan lawatan keluar negeri.
  7. Menguruskan permohonan persaraan pilihan sendiri dan mengawasi persaraan wajib.
  8. Menguruskan permohonan pindaan tarikh lahir dan pindaan nama.
  9. Menguruskan permohonan pelarasan gaji.
  10. Menguruskan pengisytiharan harta.
  11. Menguruskan perakuan menanggung kerja / kenaikan pangkat.
  12. Menguruskan permohonan jawatan baru.
  13. Menguruskan permohonan pengambilan anggota sokongan
  14. Mengedalikan buku rekod perjawatan.
Unit Teknologi Maklumat

Sedang dikemaskini.

Unit Kewangan

FUNGSI

i.

Merancang dan mengawal semua urusan kewangan jabatan di peringkat negeri

ii.

Menguruskan baucar-baucar bayaran, pesanan tempatan, pinjaman dan lain-lain lagi;  

iii.

Menerima waran-waran peruntukan dan menyalurkan sub-waran ke daerah dan hospital kawalan

iv.

Menyelia rekod-rekod potongan pinjaman KWSP, sewa bil dan lain-lain lagi

v.

Menyelenggarakan dan mengemaskini semua rekod berkaitan dengan kewangan seperti buku vot

vi.

Memastikan supaya semua hasil dikutip pada kadar yang betul serta tepat pada masanya dan di akaunkan dengan teratur

vii.

Memastikan sistem kawalan dalaman diwujudkan bagi melindungi aset-aset dan wang kerajaan.

viii.

Memastikan pengurusan kewangan dipatuhi diperingkat daerah sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Akta Acara Kewangan, Peraturan Pengurusan Stor dan lain-lain lagi.

Unit Perolehan dan Aset

Sedang dikemaskini.