Skip to main content

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Bahagian Kesihatan Awam

Unit Pengurusan Kesihatan Awam

Sedang Dikemaskini

Unit Kesihatan Keluarga

PENGENALAN

Cawangan Kesihatan adalah salah satu cawangan di dalam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Ia bermula daripada satu unit Kesihatan Ibu Mengandung & Kanak-kanak pada tahun 1964.  Semenjak dari itu sehingga tahun 1991, unit ini telah berkembang kepada Program Kesihatan Keluarga. Program-program baru seperti Kesihatan Primer, Kesihatan Warga Tua, Kesihatan Remaja dan Kesihatan Mental telah diperkenalkan pada tahun 1995. Pada tahun berkenaan juga Pusat Kesihatan telah dikenali sebagai Klinik Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada masyarakat.

Pada tahun 1996, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kesihatan Awam. Setahun kemudian, Program Penggalakan Kesihatan Sekolah telah dilancarkan. Sejak penubuhannya, cawangan ini berkembang dengan pesat, dan kini mempunyai 7 unit iaitu Kesihatan Ibu Mengandung dan Perinatal, Kesihatan Kanak-kanak, Sekolah dan Remaja, Kesihatan Wanita, Kesihatan Warga Tua, Kesihatan Mental dan Rehabilitasi.

OBJEKTIF

1.

Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan penekanan kepada:

  • Pencegahan
  • Penggalakan
  • Kuratif dan Rehabilitasi

2.

Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sesuai dan secara berintegrasi kepada kumpulan keperluan khas

3.

Menggalakkan dan melindungi kesihatan:

  • Ibu mengandung dan perinatal;
  • Bayi dan kanak-kanak (1-4 tahun)
  • Kanak-kanak sekolah dan remaja
  • Wanita dan kelurga
  • Warga tua

AKTIVITI UTAMA

  1. Mengkordinasi dan mengkaji confidential enquiry of maternal death.
  2. Merancang dan mengkordinasi aktiviti kesihatan ibu mengandung dan perinatal.
  3. Mengkaji dan membuat cadangan untuk menentukan standard penjagaan kesihatan.
  4. Merancang,mengkordinasi mengkaji dan mengawasi aktiviti imunisasi bayi, kanak-kanak, kanak-kanak sekolah, ibu mengandung danwanita reproduktif.
  5. Merancang, mengkordinasi dan memantau pelaksanaan aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
  6. Merancang, mengkordinasi dan memantau pelaksanaan aktiviti saringan penyakit barah pangkal rahim dan barah buah dada.
  7. Merancang, mengkordinasi dan memantau pelaksanaan aktiviti perancang keluarga.
  8. Merancang, mengkordinasi dan memantau perlaksanaan aktiviti Warga Tua
Unit Promosi Kesihatan

A)        PENGENALAN
Unit Promosi Kesihatan, Jabatan kesihatan Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1976. Unit ini dahulunya dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan sehinggalah ditukar kepada Unit Promosi Kesihatan pada tahun 2003.  Unit Promosi Kesihatan adalah salah satu daripada Unit yang terletak di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk menerbit dan mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan.  Pada tahun 1993, fungsi Unit ini telah beralih daripada penerbitan dan pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk latihan, khidmat runding promosi kesihatan, penyelidikan dan media massa.  Fungsi utama Unit Promosi Kesihatan kini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Pahang.  Program dan aktiviti promosi kesihatan memberi perkhidmatan sokongan kepada program kesihatan awam lain, program perubatan, program pergigian dan program farmasi.  Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen promosi kesihatan di dalam program-program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.

B)        OBJEKTIF, VISI DAN MISI

OBJEKTIF
Untuk mencapai perubahan sikap dan tabiat bagi memperbaiki taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat .  Matlamat ini boleh dicapai melalui usaha-usaha:

  • menyediakan maklumat kesihatan yang berkaitan kepada kumpulan sasaran khasnya dan masyarakat umumnya bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai kesihatan.
  • memanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
  • menyemai dan membangunkan sikap positif terhadap kesihatan kepada masyarakat.
  • meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan memudahkan penerimaan langkah-langkah tersebut.
  • menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan betul.

VISI
Untuk menjadi sebuah pusat /unit yang cemerlang dan terlibat secara profesional dalam bidang promosi kesihatan yang berkualiti bagi membolehkan masyarakat mengamalkan Cara Hidup Sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

MISI
Untuk mempromosikan kesihatan masyarakat melalui;

  • penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu.
  • dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka.
  • kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta.

C)        PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, mengurus melaksana, menyelaras dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Pahang.  Sejajar dengan itu, perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan adalah seperti berikut.

  • Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan dan promosi kesihatan.
  • Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Sambutan Hari- Hari Khas kesihatan dan Program-Program Khas.
  • Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan-bahan promosi / pendidikan kesihatan.
  • Pengurusan program promosi / pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Pembentukan program latihan dalam bidang promosi / pendidikan kesihatan.
  • Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.
  • Khidmat runding dalam bidang promosi kesihatan.
Unit Keselamatan Sinaran

PENGENALAN

Unit Keselamatan Sinaran adalah salah satu unit di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Unit ini bertanggungjawab ke atas pemantauan penggunaan sinaran mengion dalam perubatan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

OBJEKTIF

Perkhidmatan yang diberikan bertujuan untuk :

  • Memastikan penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan adalah wajar dan selamat serta mematuhi Akta 304 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
  • Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.

AKTIVITI – AKTIVITI UNIT

  • Aktiviti Penilaian Dan Khidmat Nasihat Teknikal Kemudahan Kerajaan dan Swasta:
    • Melaksanakan aktiviti pematuhan dan penguatkuasaan di bawah Akta 304 bagi semua kemudahan kerajaan dan swasta.
    • Menjalankan pemeriksaan dan pengujian kemudahan x-ray klinik/hospital kerajaan yang dilawati.
    • Memantau pelaksanaan Program Penjaminan Mutu (Quality Assurance Programme, QAP) di klinik-klinik kesihatan/ hospital/ klinik pergigian kerajaan.
    • Menyediakan laporan pemeriksaan dan laporan pengujian kemudahan x-ray klinik/hospital kerajaan yang dilawati.
    • Penyediaan/nasihat dalam penyediaan pelan bilik x-ray. Menyemak pelan kemudahan/laporan untuk proses kelulusan pemasangan dan penggunaan kemudahan kerajaan.
  • Aktiviti Pemantauan Di Bawah Akta 304:
    • Mengeluarkan notis pembaharuan lesen dan peringatan akhir bagi kemudahan swasta.
    • Mengeluarkan notis/peringatan QAP.
    • Mengemaskini maklumbalas pelaksanaan QAP.
    • Respon terhadap permintaan/ pertanyaan/ aduan berkaitan.
  • Aktiviti Lawatan Pemeriksaan Dan Penguatkuasaan Di Bawah Akta 304 di premis kerajaan dan swasta:
    • Menjalankan lawatan siasatan, serbuan dan penggeledahan.
    • Menjalankan lawatan berdasarkan aduan orang awam/ FOMEMA.
    • Menjalankan lawatan pematuhan kehendak perlesenan (lesen status baru, membaharui dan menstor).
    • Menjalankan audit kelas H.
  • Pengendalian Bengkel/ Seminar Dan Penyebaran Maklumat.
Unit Survelan

A. PENGENALAN

Unit Survelan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mula diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54 pada 1.4.2014. Sebelum itu, unit ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54 Unit Kawalan Penyakit Berjangkit. Unit ini terdiri dari 1 orang Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) U42, 2 orang Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran (PPKP) U29 dan 1 orang Pembantu Tadbir.

Unit Survelan ini bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Pengarah Kesihatan Negeri dalam hal-hal berkaitan dengan Aktiviti Survelan Penyakit Berjangkit (termasuk  Informasi & Dokumentasi ), Pengurusan Wabak & Bencana dan Kesihatan Antarabangsa di Negeri Pahang. Juga bertanggungjwab dalam epidemiologi, kesihatan persekitaran dan  penguatkuasaan  perundangan kesihatan awam.

Setiap Pegawai Epidemiologi Daerah (jika ada) dan PPKP Unit Kawalan Penyakit Berjangkit  di Pejabat Kesihatan Daerah juga bertanggungjawab dalam Program-Program Unit Survelan di daerah di samping menyelaras dan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di daerah masing-masing.

 B.  OBJEKTIF

  •  Mengesan perubahan secara tiba-tiba (keadaan luar biasa) kejadian dan taburan penyakit berjangkit
  • Mengikuti perubahan trend dan corak penyakit
  • Mengenalpasti perubahan agen penyakit dan faktor perumah
  • Mengesan perubahan amalan kesihatan orang ramai
  • Menetapkan keutamaan penyakit dan memantau kejadian penyakit /peristiwa kesihatan
  •  Membuat pelan, melaksanakan dan menilai aktiviti siasatan, kawalan dan pencegahan  

C.  VISI

Untuk menjadikan penduduk di negeri Pahang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan produktif sepanjang masa.

D.  MISI

Melaksanakan program-program pemantauan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  dengan penuh teliti, menyeluruh, bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

 E.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Memperkukuhkan Sistem Survelan:
    1. Case-based surveillance-E-notifkasi
    2. Event-based surveillance- Syndromic notification
    3. Sentinel Surveillance
      • Influenza-like Illness (ILI)
      • Acute Gastroenteritis (AGE)
    4. Laboratory based surveillance- ILI
    5. Rumours surveillance
  1. Memperkukuhkan Pengurusan Wabak dan Bencana :
    1. Crisis Preparedness Response Centre (CPRC)
    2. Kesiapsiagaan/Simulasi Menghadapi Pandemic Influenza / MERS-CoV / EVD
    3. Stock-pile PPE
    4. Penyelarasan pengurusan Wabak/bencana/ krisis
  1. Memantapkan Sistem Informasi/ Dokumentasi Penyakit Penyakit Berjangkit:
    1. e-notifikasi
    2. e-wabak
    3. Pahang Weekly Epid Review- PWER
    4. Mesyuarat Epid Review
    5. Surat pekeliling & Garis panduan
  1. Memperkemas Program Kesihatan Antarabangsa
    1. Pengurusan Pintu Masuk Antarabangsa
    2. International Health Regulations (IHR)
    3. Import/Eksport Mayat/Bahagian Mayat
    4. Business Licensing Electronic Support System (BLESS)
    5. Kesihatan Pekerja Asing (FOMEMA)
    6. Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji
    7. Malaysia Strategy for Emerging Diseases (MYSED) Workplan
    8. Current disease on International concern- MERS-CoV & Ebola
Unit Kesihatan Primer

OBJEKTIF AM

Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer dari segi segi promosi kesihatan, pencegahan penyakit, pengesanan awal dan rawatan segera, limitasi penyakit dan rehabilitasi di samping meningkatkan perkhidmatan sokongan pembangunan sumber manusia dan pelaksanaan tele-jagaan primer.


OBJEKTIF KHUSUS

  1. Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu dan komprehensif pada peringkat temu pertama dengan masyarakat. 
  2. Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat ke arah penjagaan kesihatan diri dan keluarga yang mantap.
  3. Mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan ke arah perkhidmatan kesihatan primer yang bersepadu dan tanpa sempadan.
  4. Menyediakan perkhidmatan tele-jagaan primer untuk poliklinik komuniti dan klinik desa
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)

A.  PENGENALAN

Unit Epidemiologi telah diwujudkan pada 1971 di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini memfokus kepada Program Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC).

Negeri Pahang adalah terdiri daripada sebelas daerah dan setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPKP (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) yang bertugas di Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah. Setiap PPKP Unit Kawalan Penyakit Berjangkit  daerah bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di daerah masing-masing.

B.  OBJEKTIF

 Untuk mengurangkan kejadian penyakit dan kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit ke paras yang rendah supaya tidak lagi menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

  • Untuk melakukan pengesanan awal penyakit, memberi rawatan yang tepat, perkhidmatan rehabilitasi yang sesuai serta pengawasan yang berterusan.
  • Untuk meminimakan penularan dan perebakan penyakit berjangkit sekiranya berlaku di negeri Pahang melaui tindakan kawalan yang cepat dan berkesan.
  • Untuk menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dan kerjasama antara jabatan serta badan bukan kerajaan di dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

C.  VISI

Untuk menjadikan penduduk di negeri Pahang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan produktif sepanjang masa.

D.  MISI

Melaksanakan program-program pemantauan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  dengan penuh teliti, menyeluruh, bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

 E.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Mencegah dan mengurangkan beban penyakit berjangkit melalui aktiviti pencegahan dan pengawalan, penguat kuasaan dan pendidikan kesihatan meliputi penyakit:

  1. Bawaan Makanan & Air:
    1. Kolera
    2. Disentri
    3. Hepatitis A
    4. Keracunan Makanan
    5. Tifoid
  2. Zoonosis:
    1. Leptospirosis
    2. Rabies
    3. Ebola
    4. Brucellosis
    5. Q-fever
    6. Nipah Encephalitis
    7. Anthrax
    8. Toxoplasmosis
  3. Cegahan vaksin
    1. Measles
    2. Pertussis
    3. Polimyelitis
    4. Tetanus
    5. Difteria
    6. Hepatitis B
  4. Lain-lain penyakit
    1. Melioidosis
    2. HFMD & Enterovirus
    3. Acute Flaccid Paralysis (AFP)
    4. Hepatitis C
    5. Soil Transmitted Helminthiasis (STH)
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC)

PENGENALAN

Permasalahan penyakit Tidak Berjangkit terutamanya penyakit kardiovaskular (CVD) yang mengancam kita dan dunia pada hari ini adalah amat serius dan membimbangkan. Laporan Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan pada 2005, menyatakan bahawa 60% (iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlah kematian di dunia disumbang oleh penyakit-penyakit kronik (penyakit kardiovaskular sebanyak 30%, kanser sebanyak 13%, kecederaan sebanyak 9%, penyakit pernafasan yang kronik sebanyak7%, diabetes sebanyak 2% dan lain-lain penyakit kronik sebanyak 9%). Selain daripada penyabab utama kematian, penyakit tidak berjangkit juga menyumbang kepada beban penyakit (disability life years) dunia iaitu kira-kira 61% dalam tahun 2005 .

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan kepada beban penyakit negara. Laporan KKM juga menunjukkan peningkatan tren penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular .

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit (kardiovaskular, kanser, diabetes dan lain-lain) mempunyai faktor risiko yang sama seperti peningkatan darah tinggi, peningkatan paras gula darah, kegemukan, paras lemak darah yang tinggi, tabiat merokok, pemakanan yang tidak sihat dan cara hidup yang tidak aktif. Peningkatan faktor risiko ini boleh menyumbang ke arah peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Penyebab utama epidemik penyakit tidak berjangkit adalah disebabkan oleh beberapa faktor risiko gaya hidup iaitu pemakanan tidak sihat, merokok, tidak aktif secara fizikal dan stres yang di manifestasi melalui faktor risiko biologi seperti lebih berat badan dan obesiti, hipertensi, pre Diabetes dan paras lemak darah yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan cara hidup tidak cergas dan tidak aktif (sedentary) telah menyumbang kepada 1.9 juta kematian di dunia setiap tahun dan didapati sebanyak 60% penduduk dunia tidak aktif secara fizikal. Di Malaysia, prevalens tidak aktif secara fizikal di kalangan dewasa berumur 19 tahun dan ke atas masih tinggi iaitu 43.7% pada tahun 2006 walaupun kajian menunjukkan tren penurunan (prevales pada tahun 2005 adalah 60.1%, prevales pada tahun 2003 adalah 88.5% dan prevalens pada tahun 1996 adalah 88.4%).

Di Malaysia, kajian faktor risiko NCD pada tahun 2005/2006 (MyNCDS-1) menganggarkan terdapat kira-kira 11.6 juta orang dewasa mempunyai sekurang-kurang satu faktor risiko penyakit yang boleh diubah yang antaranya adalah diet tidak sihat (kadar prevalen 72.8%), tidak aktif secara fizikal (kadar prevalen 60.1%), merokok (kadar prevalen 25.5%), obsiti (kadar prevalen 16.3%), hipertensi (kadar prevalen 25.7%), gula darah abnormal (kadar prevalen 11.0%) dan hiperkolesterolemia (kadar prevalen 53.5%). Kajian Adequacy audit ke atas pengurusan Diabetes dan Hipertensi di fasilti kesihatan pada tahun 2005 pula menunjukkan kualiti rawatan masih tidak memuaskan contohnya peratus pesakit diabetes terkawal hanya 10% dan peratus pesakit hipertensi terkawal hanya 28% sahaja.

Bagi memastikan masalah serius berkaitan penyakit tidak berjangkit ini dapat ditangani dengan berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengujudkan satu cawangan khas - Bahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan satu Unit Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang serupa diujudkan di Jabatan Kesihatan Negeri. Fungsi  utama bahagian dan unit ini ialah bagi merangka polisi, strategi polisi, strategi serta memantau pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit dapat diuruskan secara optima di setiap peringkat.

 Oleh itu, adalah diharapkan agar implementasi Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko NCD dapat mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD dan seterusnya dapat menurunkan beban penyakit NCD.

MISI

Untuk menyediakan promosi kesihatan yang mencukupi dan berkesan, mengesan awal faktor risiko serta menyediakan program intervensi faktor risiko penyakit, menyediakan rawatan awal dan optima serta menyediakan rehabilitasi penyakit tidak berjangkit di semua peringkat fasiliti kesihatan

OBJEKTIF

  • Membentuk strategi, pelan tindakan dan keperluan sumber bagi pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti Penyakit Tidak Berjangkit supaya tidak lagi menjadi suatu masalah kesihatan umum.
  • Menaikkan taraf kesihatan penduduk melalui pencegahan dan kawalan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit yang berkesan.
  • Meningkatkan kualiti kerja anggota kesihatan dan prasarana pemberian perkhidmatan kesihatan di semua kemudahan kesihatan kerajaan.
  • Mengujudkan sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan program-program di semua peringkat kemudahan kesihatan dan supaya maklumat yang diperolehi berupaya digunakan untuk membentuk pelan tindakan negeri yang lebih efektif dan efisyien di masa akan dating.
  • Memastikan aktiviti penambahbaikan program-program dilaksanakan  di semua peringkat bagi meningkatkan kualiti program

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kardiovaskular
  2. Kawalan dan Pencegahan Diabetes
  3. Kawalan Tembakau
  4. Daftar Kanser (Cancer Registry)
  5. Pencegahan Keganasan dan Kecederaan
  6. Program Kesihatan Mental
  7. Program Rawatan Terapi Gantian Dengan Metadon

RUJUKAN BERKAITAN

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/115

BAHAN PROMOSI

Poster Sihat Tanpa Alkohol : capai1capai2capai3capai4capai5capai6capai7capai8capai9

Poster Aktiivit Fizikal : capai1capai2capai3capai4capai5capai6capai7

Poster Kawalan Tembakau : capai1capai2capai3capai4capai5capai6capai7capai8capai9

Poster KOSPEN : capai1capai2capai3capai4capai5capai6capai7capai8

Poster Kesihatan Mental : capai1capai2capai3capai4capai5capai6capai7capai8capai9capai10capai11capai12capai13

Risalah Kesihatan Mental : capai1capai2capai3capai4capai5capai6

Risalah Kospen : capai1capai2capai3capai4capai5

Risalah Kawalan Tembakau : capai1capai2

Flyers Kawalan Tembakau : capai1

Flyers Kesihatan Mental : capai1capai2capai3capai4capai5

Unit Tibi / Kusta

a) PENGENALAN

Statistik dari KKM menunjukkan Pahang menduduki tempat ke 9 dari segi bilangan kes Tibi dikesan di Malaysia pada penghujung tahun 2008. Bagi  negeri Pahang, Tibi merupakan penyakit berjangkit yang ke 3 tertinggi dilaporkan selepas Keracunan Makanan dan Denggi.  Sehingga 31 Disember 2008 , sebanyak  779 kes Tibi baru dikesan  (Kadar Insiden 51.5/100,000) dengan 99 kematian berbanding dengan 730 kes (Kadar Insiden 49.2/100,000) dengan 118 kematian pada tahun 2007 di negeri Pahang. Ini menunjukkan peningkatan kes Tibi sebanyak 6.3% dan penurunan kes kematian sebanyak 16.1% . Tiada sebarang lokaliti wabak atau kejadian luar biasa bagi kes Tibi pada tahun 2008. Kuantanmenyumbang sebanyak 33.6% (262 kes) dari keseluruhan kes Tibi yang dilaporkan, diikuti oleh Temerloh  sebanyak 10.3% (80 kes) dan Bentong  sebanyak 8.5% (66 kes).

Sebanyak 45.7% dari jumlah kes yang dilaporkan adalah di kalangan dewasa dalam lingkungan umur 25 - 44 tahun . 74.5% pesakit Tibi  adalah di kalangan kaum lelaki. Bagi faktor perubatan, seramai 129 (16.6%) daripada pesakit Tibi didapati HIV positif dan 119 (15.3%) adalah pesakitDiabetes. Sejumlah 4545 pelatih pusat serenti/ penjara telah disaring Tibi dan 50 orang (1.1%) disahkan mengidap Tibi pada tahun 2008.

Pada tahun 2008, kes Tibi sputum positif yang disasarkan bagi negeri Pahang adalah sebanyak 530 kes. Sehingga 31 Disember 2008, hanya 420kes Tibi sputum positif yang berjaya dikesan dengan kadar pengesanan kes (Case Detection Rate) sebanyak 55.5%. Walaubagaimanapun kadar ini meningkat  berbanding dengan 46.0% pada tahun 2007, atas hasil usaha kakitangan kesihatan yang berkerja keras dalam menjalankan saringan Tibi di komuniti khasnya di kalangan yang berisiko tinggi.

  b) OBJEKTIF, MISI, VISI

 OBJEKTIF/FUNGSI UMUM

 §  Mengurangkan transmisi Tibi di komuniti dengan meleraikan rantaian transmisi penyakit tersebut.

OBJEKTIF/FUNGSI KHUSUS

 1.   Melindungi 100% di kalangan populasi yang terdedah kepada jangkitan Tibi (terutama golongan kanak-kanak) melalui imunisasi BCG primer.

2.   Menukarkan sekurang-kurangnya 85% jenis Tibi berjangkit kepada jenis bukan berjangkit melalui rawatan yg berkesan &  segera (Sputum Conversion Rate).

3.   Memastikan 85% kadar sembuh (Cure Rate) di kalangan kes baru sputum positif yang dikesan.

4.   Mengesan sekurang-kurangnya 70% kes sputum positif (Case Detection Rate).

5.   Memastikan 100% kes sputum positif di bawah DOT (Directly Observed Treatment ).

 MISI

Untuk mencipta satu komuniti di negeri Pahang yang progresif dan bebas Tibi dan kusta berdasarkan kepada prinsip -prinsip kesihatan awam dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

VISI

Untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang mempunyai individu, keluarga dan komuniti yang sihat dengan menitikberatkan kualiti dan menghormati maruah kemanusiaan yang mana semua ini akan menggalakkan individu dan komuniti tersebut agar lebih prihatin dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih berkualiti.

c) PERKHIDMATAN /SERVIS YANG DISEDIAKAN

1. Notifikasi dan laporan kes Tibi

Berdasarkan sumber notifikasi dari e-notis dan input dari MyTB, data-data Kes baru Tibi semua jenis dan Kes Baru Tibi Kahak positif dapat dianalisa dan laporan dapat dikeluarkan secara harian, mingguan atau bulanan. Aktiviti kawalan akan dijalankan dalam tempoh selewat-lewatnya 1 minggu dari tarikh notifikasi. Laporan tibi adalah berdasarkan kepada format TBIS yang telah dimulakan sejak 2003.

2. Pengesanan kes Tibi 

Semua kes yang disahkan Tibi samaada TB Berjangkit atau Tidak Berjangkit, perlu disiasat oleh PPKP Daerah. Setiap daerah perlu mengesan sejumlah kes yang telah disasarkan setiap tahun mengikut formula dari WHO iaitu Kadar Pengesanan Kes , adalah 50 kes tibi baru smear +ve bagi setiap 100,000 penduduk.  Jenis Pengesanan adalah secara Aktif (melalui pengesanan kontak), Pasif (pesakit datang sendiri ) atau Saringan.

3. Pemantauan Hasil Rawatan Tibi

Pemantauan hasil rawatan adalah lebih tertumpu kepada kes Tibi smear positif mengikut kohort tahun sebelumnya. 8 kriteria yang dipantau adalah Kadar Sembuh, Sempurna Rawatan, Bertukar Diagnosa, Pindah Keluar/Hilang, Mati, Gagal Rawatan dan Masih dalam Rawatan. Manakala terdapat 11 indikator WHO berkaitan Tibi yang perlu dipantau setiap bulan termasuklah Kadar Kejadian Tibi (Incidendence Rate) yang juga merupakan KPI Ketua Pengarah Kesihatan.

4. Program BCG

Sasarannya adalah 95% parut bagi pemberian BCG primer dan 99.5% kelahiran hidup mesti diberikan suntikan BCG bagi bayi baru lahir. Pemantauan Liputan 'Primary Vaccination of BCG mengikut pusat suntikan dijalankan setiap 3 bulan.

5. Perkhidmatan Makmal

Menaiktarafkan PR 2 kpd  PR 1 dengan melengkapkan kemudahan diagnosa Tibi terutama mikroskopi. Semua JTMP mampu menjalankan ujian sapuan kahak yang betul dan bermutu. Keselamatan makmal di klinik kesihatan dan hospital juga sentiasa dipantau.

6. Program Tibi di Penjara, Pusat Serenti dan Depo tahanan

Klinik Kesihatan berhampiran perlu membuat pemantauan di institusi tersebut sekurang-kurangnya setiap 2 minggu.

7. Program bersama MAPTB (PAPTB) , MALRA, RAKAN HASRAT dan lain-lain agensi

Penglibatan dari sukarelawan  dan komuniti memang diperlukan terutama dalam penyeliaan DOT dan pendidikan kesihatan.

8. Lain-lain program/ aktiviti

a. Menganjurkan Sambutan Hari Kusta dan Hari Tibi setiap tahun di samping menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan

b. Menganjurkan Latihan /modal insan untuk semua warga kerja JKN Pahang yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kes Tibi di Klinik Kesihatan dan hospital.

Unit Vektor

OBJEKTIF JABATAN

Untuk menjalankan program Kesihatan Awam di peringkat negeri.  Menjalankan dasar-dasar Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan menguruskan sumber-sumber kakitangan sumber manusia dan kewangan secara cekap dan berkesan dalam membantu perjalanan perkhidmatan kesihatan di peringkat negeri supaya objektif Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dalam membekalkan fungsi perkhidmatan kesihatan bermutu tinggi di peringkat negeri dicapai.

VISI

Visi Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang ialah ke arah peningkatan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang berkualiti, adil dan saksama, cekap dan serasi pelanggan.

MISI

Untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang akan :

  • Mengadakan program kesihatan yang komprenhensif dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat;
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat;
  • Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor dan agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan.
Unit Pemakanan

PENGENALAN

Unit Pemakanan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang diperlukan untuk merancang dan membangun Program Pemakanan di negeri Pahang sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya juga merupakan penyelaras bagi pelaksanaan Program Pemakanan di peringkat agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain berlandaskan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia dan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2006 - 2015).

Program Pemakanan ini dirancang untuk pelaksanaannya di peringkat negeri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pengawasan/Pemulihan Pemakanan) dan Ketua Penolong Pengarah (Promosi Pemakanan).

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti. Ia mengalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat. Dasar ini juga akan menyatupadukan dan menggemblengkan usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan.

PELAN TINDAKAN PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA (2006 - 2015)

Pelan Tindakan Pemakanan ini adalah yang kedua dirangka untuk jangka masa 2006 hingga 2015. Ia merupakan pela pemakanan yang komprehensif untuk pembangunan pemakanan negara dan negeri. Ia telah menetapkan pelbagai strategi dan petunjuk yang perlu dicapai oleh setiap negeri sehingga tahun 2015.

OBJEKTIF

Objektif Unit Pemakanan adalah untuk  :

  • Mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  • Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berkaitan pemakanan melaui makanan dan amalan pemakanan sihat.

WAWASAN

 Pemakanan yang baik untuk membina kehidupan berkualiti dan masyarakat yang produktif.

MISI

Memberi perkhidmatan pemakanan yang cekap dan berkesan agar masyarakat dapat mengamalkan pemakanan yang sihat dan sempurna.

AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Pemakanan di peringkat negeri  :

1.  Pembangunan/Pengawasan Pemakanan

  • Menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2006 - 2015) di peringkat negeri.
  • Membangun dan menyelaras pelaksanaan sistem pengawasan pemakanan di peringkat negeri bagi semua peringkat umur.
  • Menyelaras penubuhan Pusat Maklumat Pemakanan di daerah sebagai pusat rujukan bagi maklumat pemakanan. Pusat Maklumat Pemakanan di daerah Jerantut adalah yang pertama di negeri Pahang.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti penyelidikan pemakanan di negeri Pahang.
  • Merancang perkembangan sumber manusia dan latihan dalam bidang pemakanan.
  • Merangka dasar-dasar berkaitan pemakanan bersama-sama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menetukan halatuju pengurusan dan pembangunan perkhidmatan pemakanan di negeri dan daerah.

2.  Promosi Pemakanan

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi pemakanan sihat untuk semua peringkat masyarakat di kemudahan-kemudahan kesihatan, tempat kerja dan sekolah.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi penyusuan susu ibu kepada orang awam.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan konsep Hospital Rakan Bayi dihospital-hospital kerajaan dan swasta.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan konsep Inisiatif Klinik Rakan Bayi (IKRAB) di semua klinik-klinik kesihatan di daerah.
  • Menyelaras aktiviti pemantauan Tata Etika Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di peringkat negeri dan daerah yang bertujuan menyokong pelaksanaan promosi pemyusuan susu ibu.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Konsep Katering Sihat di kalangan keterer, operator serta pengendali makanan yang menyediakan makanan semasa jamuan mesyuarat jabatan atau semasa majlis-majlis rasmi dan keraian yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan yang lain.
  • Merancang dalam pembentukan bahan-bahan pendidikan pemakanan mengikut kumpulan sasaran.
  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan dan latihan berkaitan promosi pemakanan.

3.  Pemulihan Pemakanan

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan bagi penambahbaikan Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim di kalangan ibu dan kanak-kanak yang memenuhi kriteria.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Pengurusan Kanak-Kanak Kurang Berat Badan (KBB) peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan menyelaras pemantauan Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan meyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan bagi pencegahan dan pengawalan anemia di kalangan ibu mengandung peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan meyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan bagi pencegahan dan pengawalan anemia di kalangan remaja peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan meyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan bagi pencegahan dan pengawalan obesiti di kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan dewasa peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan menyelaras pembentukan bahan-bahan pendidikan pemakanan bagi pencegahan dan pemulihan kepada penyakit-penyakit berkaitan pemakanan (NCD) peringkat negeri.
  • Merancang dan meyelaras pelaksanaan penyelidikan dan latihan berkaitan pemulihan pemakanan.

PENCAPAIAN PENTING

  1. Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Program Pemakanan.
  2. Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan
  3. Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
  4. Inisiatif Hospital Rakan Bayi
  5. Inisiatif Klinik Rakan Bayi
  6. Konsep Katering Sihat
  7. Program Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan dewasa.
Unit AIDS / STD

UNIT AIDS/STD, JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5707980/09-5707981       Faks : 09-5707793         

 e-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1.0 PENGENALAN

Di negeri  Pahang, kes HIV pertama dilaporkan pada tahun 1989 dengan 12 kes dan kes AIDS pertama dilaporkan ialah pada tahun 1992. Tahun 2011 sebanyak 341 kes HIV baru dikesan dengan jumlah kumulatif sebanyak 9768 kes HIV dilaporkan, manakala kes AIDS sebanyak 161 kes dilaporkan dengan kumulatif 1499 kes. Unit AIDS/STD memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan program pencegahan dan kawalan menangani masalah HIV/AIDS khususnya di negeri Pahang.

1.1 MISI DAN  VISI

Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Pahang komited untuk merancang, memantau, menilai dan memastikan perlaksanaan semua program pencegahan dan kawalan AIDS/STD Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dilaksanakan secara berkesan dalam usaha mencegah dan  mengawal penularan HIV/AIDS dan memastikan kes-kes HIV/AIDS yang dikesan mendapat penjagaan, kaunseling dan rawatan yang sewajar khususnya  di negeri Pahang.

1.2  OBJEKTIF

  • Mencegah jangkitan HIV/STI dan mengawal penularannya
  • Mengurangkan morbiditi dikalangan mereka yang dijangkiti.
  • Menggerakkan sumber-sumber yang ada dalam membanteras penularan jangkitan HIV/STI.
  • Mengujudkan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi tempatan dalam melaksanakan program pencegahan dan kawalan penyakit AIDS/STD.

1.3  STRATEGI

1.3.1 STRATEGI UMUM

  • Promosi nilai-nilai murni serta amalan cara hidup sihat melalui program pendidikan AIDS/STI yang berkesan.
  • Pemantauan situasi melalui program surveilan HIVSTI
  • Pengesanan awal jangkitan dan pencegahan penularan HIV melalui perkhidmatan saringan HIV.
  • Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) kepada golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan serta mereka yang terlibat dengan aktiviti seks yang berisiko tinggi.
  • Pengukuhan perkhidmatan kesihatan/perubatan seperti penjagaan, kaunseling dan rawatan di perbagai peringkat jagaan kesihatan seperti di peringkat jagaan kesihatan primer dan hospital.

1.3.2   Pelan Strategik Kebangsaan HIV/AIDS 2006 - 2010 / National Strategic Plan (NSP) di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.

Mempunyai 6 Strategi utama :

  • Memperkukuhkan Kepimpinan dan Advokasi
  • Latihan dan modal Insan
  • Mengurangkan HIV 'vulnerabiliti' dikalangan penagih secara suntikan (IDUs) dan pasangan mereka
  • Mengurangkan HIV 'vulnerabiliti' di kalangan wanita, golongan muda dan kanak-kanak
  • Mengurangkan HIV 'vulnerabiliti' di kalangan golongan terpinggir dan 'vulnerable'
  • Mempertingkatkan mudah capai kepada aktiviti Pencegahan, Rawatan, Penjagaan dan Sokongan

Matlamat  NSP:

  • Menghalang transmisi HIV
  • Mengurangkan morbiditi dan kematian berkaitan HIV/AIDS.
  • Mengurangkan impak HIV/AIDS keatas individu, keluarga, kommuniti and negara.

1.4  AKTIVTI PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN  HIV/AIDS

1.4.1 Penyebaran Informasi berkaitan HIV/AIDS/STD melalui bahan pendidikan dan komunikasi berkesan melibatkan :

  • Edaran risalah, poster serta bahan pendidikan yang lain.
  • Pameran static atau bergerak
  • Seminar, konferen dan mesyuarat.
  • Mengadakan Hari AIDS Sedunia.
  • Menjalankan Program Remaja Sihat Tanpa AIDS (PROSTAR) di sekolah-sekolah dan PLKN

1.4.2  Aktiviti Surveilans : Melibatkan Pengumpulan Data Berterusan dan Sistematik melalui :

  • Notifikasi kes menikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
  • Penyiasatan kes (NAR-SIASATAN-2008)
  • Pendaftaran Kes (National Diseases Burden)
  • Pengesanan Kontak / partner notification.

1.4.3  Aktiviti-aktiviti pencegahan penularan dan pengesanan kes. Menjalankan saringan HIV melibatkan :

  • Penderma darah/organ.
  • Blood dependents patient.
  • Penerima Organ/ Tissue.
  • Pekerja-pekerja asing
  • Pesakit STD
  • Pesakit TIBI
  • Pelatih Pusat pemulihan dadah (PUSPEN)
  • Banduan-banduan di penjara terutamanya "yang berisiko tinggi".
  • Pekerja-pekerja seks secara "direct" atau "indirect".
  • Orang awam yang berisiko tinggi melalui Saringan HIV Sukarela /Tanpa Nama .
  • Ibu Mengandung (PMTCT)
  • Kontak kepada mereka yang HIV positif.
  • Bakal pengantin melalui Saringan HIV Pra Perkahwinan (Pre Marital Screening)
  • Klien Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) - Program Pertukaran jarum Suntukan Dadah (NSEP),Metadon dan kondom

Saringan HIV bertujuan untuk membolehkan :

  • mereka yang belum lagi dijangkiti kekal tidak dijangkiti dengan mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.
  • mereka yang telah dijangkiti diberi penjagaan perubatan dan khidmat kaunseling yang sewajarnya untuk meneruskan hidup secara positif.

1.4.4  Pengurusan Kes HIV positif : Dijalankan di klinik kesihatan dan hospital yang melibatkan aktiviti :

  • Pengesanan Jangkitan dikalangan kontak ( HIV Testing )
  • Kaunseling (pre & post-test counseling)
  • Pemantauan keatas jangkitan ( Assessment & Monitoring of Disease Progression )
  • Rawatan keatas jangkitan Oputunistik ( Management of Opportunistic Infection )
  • Memberikan ubat Antiretroviral kepada yang layak ( Highly Active Anti Retroviral Therapy )
  • Kaunseling sokongan dan rujukan
  • Kaunseling HIV.
  • Pengurusan Kes HIV  di peringkat penjagaan kesihatan primer / hospital
  • Modified Syndromic Approach (MSA) di peringkat jagaan kesihatan primer
  • Rawatan Susulan (Follow-up).

1.4.5  Penjagaan dan Sokongan

  • Kaunseling kepada mereka dijangkiti dan terdedah dengan HIV/ AIDS.
  • Aktiviti temuseru (Out-reach)

1.4.6  Kerjasama Inter-agensi Dalam Menangani HIV/AIDS :

  • Antara kementerian-kementerian (Inter-ministerial).
  • Universiti.
  • Sektor swasta (Private sectors).
  • NGOs
  • Regional (ASEAN / ASEM )
  • International
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

PENGENALAN

Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar telah ditubuhkan di Negeri Pahang sejak tahun 1997. Program Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar merangkumi dua aktiviti iaitu Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Alam Sekitar. Kesihatan Pekerjaan adalah kaitan di antara reaksi kesihatan dengan pekerjaan dan persekitaran tempat kerja. Ia adalah satu cabang perubatan pencegahan berhubung dengan kesihatan pekerjaan secara menyeluruh di mana penumpuan adalah kepada penentu persekitaran penyakit dan kaedah pencegahan tersebut. Kesihatan Alam Sekitar adalah kesan-kesan ke atas manusia oleh faktor-faktor samada fizikal, kimia, sosial, biologi dan psikososial yang ujud didalam persekitaran manusia.

OBJEKTIF ORGANISASI

i)                    Untuk mempromosikan dan mengekalkan tahap kesihatan para pekerja dari segi fizikal, mental dan social pada tahap yang paling tinggi

ii)                  Untuk membentuk persekitaran yang sihat ke arah kesejahteraan melalui kawalan promosi dan pencegahan terhadap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan persekitaran

VISI
Ke arah negara dan pekerja yang sihat dan produktif melalui promosi kesihatan pekerja dan alam sekitar untuk mencapai kesihatan yang mampan bagi setiap individu

MISI
Untuk mempromosikan taraf kesihatan yang berkualiti melalui pencegahan dan kawalan penyakit, kecederaan dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh interaksi di antara manusia dan pekerjaan

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT

1. Program Kesihatan Pekerjaan

                        1.1 Program Survelans

           i. Penyakit pekerjaan             

  •  
    •  
      •  
        • Penyakit Kulit Pekerjaan
        • Penyakit Paru-paru Pekerjaan
        • Kecederaan di kalangan anggota kesihatan
        • Keracunan Kimia dan Pestisid
        • Penyakit Hilang Pendengaran

ii. Survelan Kecederaan Oleh Alatan Tajam

                        1.2  Program Promosi Kesihatan Di Tempat Kerja KKM               

  • Penilaian Risiko Ditempat Kerja
  •  
    •  
      •  
        • Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

1.3 Program Penjagaan Kesihatan Di Tempat Kerja

  •  
    •  
      •  
        • Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance)  Pekerja
        • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan 
        • Imunisasi Hepatitis B Anggota Kesihatan

1.4 Program Kepastian Kualiti ("Quality Assuarance Indikator") (Kadar Kejadian Tercucuk Jarum Di kalangan Anggota Kesihatan KKM)

1.5 Perkhidmatan Klinik (Kes. Pekerjaan)

  • Pengawasan Perubatan Angota berisiko Tinggi
  • Diagnosis, Rawatan dan Pengendalian Penyakit-penyakit Pekerjaan

2  Program Kesihatan Alam Sekitar

2.1 Sanitasi Alam Sekitar

                        - Penilaian Kesihatan Persekitaran Institusi Berisiko Tinggi

  •  
    •  
      •  
        • Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
        • Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera
        • Penjara (Penjara Penor dan Penjara Bentong)
        • Pemeriksaan Sanitari Sekolah
        • Perumahan / Ladang / Estet

                       - Penyiasatan Aduan Alam Sekitar

2.2 Program Survelans Penyakit berkaitan Alam Sekitar

  •  
    •  
      •  
        • Penyakit Berkaitan Jerebu
        • Penyakit-penyakit lain berkaitan Alam Sekitar

2.3 Program Penempatan Sejahtera

  • Penempatan Sejahtera di daerah-daerah

Ø  Kuantan - Pasar Sejahtera

Ø  Raub  - Kampong Orang Asli Sejahtera

Ø  Lipis - Kampong Orang Asli Sejahtera

Ø  Jerantut

-       Taman rekreasi sejahtera

-       Kampong Orang Asli Sejahtera

Ø  Rompin - Pulau Sejahtera

Ø  Maran

-       Klinik Desa Sejahtera

-       Medan Selera Sejahtera

-       Klinik Kesihatan Sejahtera

Ø  Bentong- Kampong Sejahtera

Ø  Temerloh

-       Pejabat Kesihatan Sejahtera

-       Industri Sejahtera

Ø  Bera - Klinik Kesihatan sejahtera

Ø  Pekan - Sekolah Sejahtera

Unit Perkhidmatan Kejuruteraan

OBJEKTIF
1. Memastikan Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) dilaksanakan dengan berkesan untuk melindungi kesihatan pengguna dan orang awam.
2. Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) dilaksanakan dengan berkesan supaya kemudahan bekalan air bersih dan sanitasi yang sempurna dibekalkan kepada penduduk di luar Bandar.
3. Menyediakan khidmat nasihat teknikal berkaitan projek-projek pembangunan dan pembaikan kecil di bawah Jabatan Kesihatan Negeri.
4. Menyediakan khidmat nasihat teknikal berkaitan kemudahan kesihatan dan peralatan/radas penyinaran dibawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk orang awam berkaitan skop kejuruteraan bagi mewujudkan kehidupan yang sihat, selamat dan bersih.

MISI
Untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program kejuruteraan berkaitan kesihatan dan alam sekitar untuk melindungi kesihatan pengguna dan orang awam.

AKTIVITI

Program KMAM

  1. Melaksanakan aktiviti persampelan di stesen-stesen percontohan untuk memastikan kualiti dan keselamatan air minum yang dibekalkan kepada pengguna bagi memenuhi Garispanduan Kebangsaan Pengawalan Kualiti Air Minum, 2004.
  2. Melaksanakan Pemerosesan dan penilaian data bagi mengenalpasti parameter perlanggaran.
  3. Memaklumkan kepada pihak pembekal air mengenai pelanggaran kualiti dan memberi cadangan untuk melaksanakan tindakan pemulihan.
  4. Melaksanakan lawatan bagi pemeriksaan ke atas institusi bekalan air.
  5. Melaksanakan Kajian Kebersihan mengikut jadual yang ditetapkan ke atas sesuatu sistem bekalan air.

Program BAKAS

  1. Memberi kemudahan tandas sanitari yang sempurna kepada penduduk luar Bandar.
  2. Memberi kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk luar Bandar mengikut kesesuaian ditapak.
  3. Memberi kemudahan Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL) kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan tahap kebersihan.
  4. Memberi kemudahan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (SPSP) kepada penduduk luar Bandar untuk meningkatkan tahap kebersihan.
  5. Melaksanakan persampelan air bagi projek-projek bekalan air yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.

Khidmat Sokongan Teknikal (Kejuruteraan)

  1. Membantu memantau dan menyelia kemajuan dan prestasi projek-projek pembangunan fasiliti/kemudahan dan klinik kesihatan baru yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia.
  2. Membantu memantau dan menyelia kemajuan projek-projek naiktaraf dan ubahsuai fasiliti/kemudahan dan klinik kesihatan.
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal bagi projek-projek pembangunan berkaitan kerja-kerja naiktaraf dan ubahsuai kemudahan kesihatan/hospital.
  4. Melaksanakan lawatan ke tapak projek-projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan bagi membantu dalam penyediaan spesifikasi kerja.
  5. Menyediakan spesifikasi kerja-kerja mengikut keperluan
  6. Lawatan penyeliaan kemajuan projek-projek pembangunan (semasa dan selepas)
  7. Memastikan projek-projek yang dibawah seliaan dilaksanakan mengikut garispanduan serta arahan-arahan kerja yang telah ditetapkan.

Khidmat Sokongan Teknikal (Program Keselamatan Sinaran)

  1. Melaksanakan lawatan tapak premis bagi memastikan bilik x-ray mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  2. Audit Kelas H (Syarikat yang menjalankan Kawalan Kualiti) di premis-premis yang menjalankan aktiviti-aktiviti sinaran bagi maksud perubatan untuk memastikan syarikat dan personel yang berdaftar dengan KKM sahaja yang layak menjalankan aktiviti tersebut dan untuk memastikan kawalan kualiti dijalankan dengan betul menggunakan peralatan yang masih dalam tempoh.
  3. Lawatan pematuhan ke atas klinik kesihatan dan hospital kerajaan memastikan pengurusan yang melibatkan x-ray dilaksanakan dengan betul.
  4. Penyediaan / nasihat dalam penfyediaan pelan bilik x-ray bagi klinik kesihatan / hospital kerajaan yang ingin mengadakan bilik x-ray ataupun mengubahsuai bilik tersebut.
  5. Menghantar notis pembaharuan lesen kepada pemegang lesen (klinik dan hospital swasta)  3 bulan sebelum tamat tempoh lesen dan peringatan terakhir 1 bulan sebelum tempoh lesen tamat.
  6. Respon terhadap aduan / pertanyaan (surat menyurat teknikal berkaitan sinar x untuk perubatan daripada premis kerajaan dan swasta.
  7. Lawatan pematuhan kehendak perlesenan ke atas premis-premis swasta dilakukan sama ada lawatan biasa, lawatan siasatan, serbuan dan penggeledahan (untuk kes-kes tertentu) dan lawatan siasatan jika ada aduan daripada orang ramai.
Unit Inspektorat & Perundangan (UIP)

A.  PENGENALAN

Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah ditubuhkan pada 1 April 2004 menurut arahan Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bilangan 1/2004, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bilangan (2) KKM -196 (55/1) SK.1 Bhg.3 bertarikh 11 Februari 2004.

Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

Negeri Pahang adalah terdiri daripada sebelas daerah dan setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPKP (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) yang bertugas di Unit Penyiasatan dan Pendakwaan Pejabat Kesihatan Daerah. Setiap PPKP Unit Penyiasatan dan Pendakwaan  daerah bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam di daerah masing-masing.

B.  OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

Komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dalam aspek kawalan penyakit berjangkit berasaskan Budaya Kerja Cemerlang ke arah kepuasan pelanggan

OBJEKTIF KHUSUS

1. Merancang, melaksana, mengawal dan mencegah penyakit berjangkit melalui kaedah penguatkuasaan kesihatan awam.
2. Melindungi kesihatan awam dengan menguatkuasakan perundangan Kesihatan Awam.
3. Memberi bantuan khidmat sokongan perundangan dan pendakwaan, nasihat dan latihan kepada Pegawai di PKD di JKN Pahang.

C.  VISI

Ke arah perkhidmatan penguatkuasaan kelas pertama.

D.  MISI

Memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan secara professional dan berkualiti dengan :-

  1. Memantapkan jaringan kerja di kalangan pegawai di PKD, JKN  Pahang dan membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan pencegahan penyakit berjangkit melalui kaedah penguatkuasaan perundangan kesihatan awam.
  2. Memberi bantuan khidmat sokongan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai di PKD di JKN Pahang supaya langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

E.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Merancang aktiviti-aktiviti penguatkuasaan di bawah undang-undang kesihatan awam.
  2. Memantau, menjalankan audit, dan menyelia pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di bawah undang-undang kesihatan awam.
  3. Menyemak fail siasatan bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kesihatan awam supaya izin Timbalan Pendakwa Raya dapat diperolehi untuk mendakwa pesalah.
  4. Menguruskan data, dokumentasi dan maklumat berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  5. Merancang dan menjalankan latihan termasuk Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyiasatan dan pendakwaan.
  6. Mengenalpasti keperluan sumber tenaga bagi perkhidmatan Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam bagi Negeri Pahang.
  7. Menguruskan penempatan dan kebajikan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam di Negeri Pahang.
  8. Menguruskan permohonan kad pengenalan penguatkuasaan, surat perwakilan kuasa penutupan premis makanan, surat perwakilan kuasa mengkompaun di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan surat penurunan kuasa sebagai pegawai pendakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah.