Skip to main content

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Bahagian Perubatan

PENGENALAN
Program Perubatan adalah salah satu dari enam Bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.  Ia diterajui oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan).

VISI
Memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan Negara.

MISI
Program Perubatan akan membentuk kerjasama untuk memangkin dan membantu individu untuk :

-       Menikmati tahap kesihatan yang sempurna

-       Menggalakkan individu untuk menilai kesihatan sebagai satu aset tidak ternilai

-       Mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan menjaga status kesihatan mereka untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

OBJEKTIF UMUM
Program Perubatan ini berperanan dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan semua aktiviti program rawatan perubatan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah kepada pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Memastikan semua aspek pengurusan program perubatan di hospital-hospital dibawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengikut saranan dan sasaran yang ditetapkan.
  2. Memastikan program-program berkaitan inisiatif kualiti dan aktiviti kepastian kualiti mengikut standard ditetapkan.
  3. Memastikan semua kemudahan perkhidmatan swasta beroperasi berdasarkan akta dan peraturan yang telah ditetapkan
  4. Memastikan semua aktiviti perkhidmatan kejuruteraan mengikut standard yang ditetapkan
  5. Memastikan semua lapuran dan data dari hospital dipantau dan mengikut standard yang ditetapkan
  6. Memastikan profesyen kejururawatan ke tahap nilai yang tinggi.
UNIT PENGURUSAN PERUBATAN
  • Merancang, menyelaras serta memantau peruntukan kewangan
  • Merancang, menyelaras serta memantau sumber manusia
  • Merancang, menyelaras serta memantau latihan-latihan dalam perkhidmatan
  • Merancang, menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan hospital dalam negeri Pahang
  • Menyelaras dan menyiasat serta menyelesaikan apa jua aduan-aduan berkaitan hospital
  • Menyelaras dan memantau aktiviti Liputan Perubatan
Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital

1. UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PEJABAT PENGARAH NEGERI)

Unit ini terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan kejuruteraan seperti jurutera dan penolong jurutera

Pengwujudan perjawatan jurutera pelbagai bidang iaitu Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik.   Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing,  bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS)

Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setIap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul

2. UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL (PERINGKAT NEGERI & HOSPITAL)

Unit Operasi Hospital adalah salah satu subprogram di bawah Unit Perkhidmatan Kejuruteraan JKN Pahang yang mula ditubuhkan pada Januari 2010.  Unit Operasi Hospital adalah satu unit baru dibawah Program Perubatan dalam organisasi JKN Pahang buat masa ini.

Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mengawalselia Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksana oleh pihak syarikat konsesi dan memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang kejuruteraan di semua hospital di Negeri Pahang, bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT.

Misi unit Operasi Hospital adalah sentiasa berusaha untuk memastikan Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital yang diberi adalah memberi manafaat sepenuhnya, kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan.

Unit Kawalan Perubatan Swasta

PENGENALAN
Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertanggungjawab ke atas pemantauan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di negeri Pahang spertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta yang disediakan adalah berkualiti, cekap dan telus berlandaskan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan akta-akta lain yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
-       Menyelaras semua aktiviti pendaftaran klinik perubatan dan pergigian swasta

-       Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan dengan pelesenan kemudahan swasta

-       Menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan untuk semua kemudahan swasta di negeri Pahang

-       Menyelaras semua aduan berkaitan kemudahan swasta di negeri Pahang

PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTA & KLINIK PERGIGIAN SWASTA
-       Di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586), semua klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta (Seksyen 4 Akta 586) perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sekali sahaja sepanjang hayat premis melainkan ada pindaan hak milik atau pertukaran premis.

-       Bayaran fee untuk pendaftaran klinik ialah sebanyak RM 1,500.00 di mana RM 500 adalah untuk fee pemprosesan dan RM 1,000 bagi fee pengeluaran.

-       Adalah menjadi satau kesalahan jika klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta tidak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendaftaran boleh dibuat dengan 2 cara :

Garispanduan bagi pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta boleh melayari laman web Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:-  http://medicalprac.moh.gov.my

a. Manual

 - Menggunakan Borang A yang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Tingkat 12, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.

b. Online

  -  Dengan melayari laman web berikut - http://medpcs.moh.gov.my

PERLESENAN
-       Semua jenis kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta seperti di bawah ini perlu mendapat kelulusan dan lesen untuk menubuhkan dan menyenggarakan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

-       UKAPS Negeri hanya menguruskan permohonan pembaharuan lesen (2 tahun sekali)

-       Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Tahun 1998 (Akta 586), jika premis beroperasi tanpa lesen mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 5 dalam akta yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi RM 300,000 atau dipenjarakan selama enam tahun atau kedua-duanya

PENGUATKUASAAN AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586)
 -        Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

-       Menjalankan pemeriksaan berkala dengan tujuan untuk memantau semua kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selaras dengan peruntukan dalam Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

-       Menjalankan siasatan ke atas aduan-aduan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

Aktiviti Penguatkuasaan

  •  Pemeriksaan premis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
  • Pemantauan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
  • Risikan
  • Serbuan dan lain-lain
Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN
Bertanggungjawab memantau dan menyelia laporan bulanan, tahunan Perkhidmatan Rawatan Pesakit Hospital dan Pesakit Luar Kesihatan di Negeri Pahang menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS), Sistem Maklumat Rawatan Pesakit Dalam (E-SMRP), Sistem Casemix (Malaysia DRG Casemix System) dan juga laporan dari hospital swasta melalui Sistem e-Reporting. Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perkhidmatan rekod perubatan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

OBJEKTIF
Memastikan laporan yang diterima dari hospital dan kesihatan adalah tepat, cepat dan berkualiti disimpan dengan selamat bagi memenuhi keperluan untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta membantu pihak perancang dan pengurus program menetukan keperluan masa depan.

AKTIVITI

  • Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan yang dibekalkan oleh hospital dan Pejabat Kesihatan Negeri Pahang.
  • Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan daripada kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta bagi Negeri Pahang.
  • Menyemak, menyimpan dan menganalisa data dalam ‘Sistem Casemix’
  • Menerima dan menghasilkan laporan ‘HPIA’ dan ‘Incident Reporting’
  • Mengurus permohonan penubuhan Lembaga Perubatan.
  • Merancang dan mengendalikan kursus, seminar, bengkel bagi anggota Unit Rekod Perubatan di Peringkat Hospital dan Negeri.
Unit Kualiti Perubatan
  • Menyelaras, memantau dan menganalisa data-data dan aktiviti inisiatif kualiti di hospital dan di Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
  • Mengadakan latihan-latihan berkaitan kualiti yang diperlukan kepada hospital-hospital.
  • Mengadakan latihan-latihan berkaitan kawalan infeksi yang diperlukan kepada hospital-hospital bersama-sama Unit Kejururawatan
  • Mewujudkan dan melaksanakan mekanisma penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara atau kaedah baru yang boleh diguna-pakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital-hospital,
  • Menyelaras dan membuat penilaian aktiviti peningkatan kualiti hospital-hospital
Unit Kejururawatan
  • Menyelaras program-program Kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri
  • Menetapkan sasaran aktiviti perawatan untuk anggota kejururawatan
  • Penguatkuasaan pematuhan kod etika yang melibatkan Perkhidmatan Kejururawatan
  • Perancangan perkembangan kemajuan kerjaya Jururawat
  • Penyelidikan dan Pembangunan Kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri
  • Merancang latihan dan pendidikan berterusan yang diperlukan untuk anggota Kejururawatan.
  • Membuat pemantauan dan mencadangan tindakan penambahbaikan amalan kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri.