Kursus Burnout To Balance: Healing With Ease 1.0 Perkasa Kesejahteraan Pegawai Perubatan Latihan Siswazah HoSHAS

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa House Officer Encouragement And Reassurance Through Sharing And Support (HEARTS) HoSHAS
  • Tarikh
    18 September 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Teratai Kiambang

KURSUS BURNOUT TO BALANCE: HEALING WITH EASE 1.0 PERKASA KESEJAHTERAAN PEGAWAI PERUBATAN LATIHAN SISWAZAH HoSHAS

TEMERLOH, 19 September 2026 – Seramai 40 orang Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (HO) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menyertai Kursus Burnout to Balance: Healing with EASE 1.0 yang berlangsung pada 18 September 2026 di Bilik Seminar Teratai Kiambang, HoSHAS.

Program anjuran Jawatankuasa House Officer Encouragement And Reassurance Through Sharing And Support (HEARTS) HoSHAS itu diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan diri dalam kalangan Pegawai Perubatan Latihan Siswazah.

Bertemakan “Recharge. Restore. Revive. Through Lifestyle Medicine”, kursus tersebut memberi penekanan kepada pengenalpastian awal tanda-tanda stres dan burnout, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam aspek penjagaan kendiri, pengurusan stres dan pembentukan strategi daya tindak yang sihat dalam menghadapi tuntutan latihan klinikal.

Pendekatan program dilaksanakan secara interaktif melalui sesi perkongsian “Mental Health at Workplace: Early Recognition & Prevention of Burnout”, aktiviti berkumpulan serta EASE Wellness Circuit, iaitu modul kesejahteraan yang memberi tumpuan kepada empat komponen utama, merangkumi Exercise (aktiviti fizikal), Awareness/Attitude (kesedaran dan sikap), Sleep (tidur) dan Eat (pemakanan).

Peserta turut mengikuti sesi Reflection Circle & Personal Action Plan yang memberi ruang kepada mereka untuk membuat refleksi terhadap tahap kesejahteraan diri serta merangka tindakan yang praktikal dan realistik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.

Penganjuran kursus berkenaan turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua jabatan kepakaran di HoSHAS melalui pemberian pelepasan kepada Pegawai Perubatan Latihan Siswazah daripada tugasan jabatan bagi membolehkan mereka mengikuti program tersebut.

Kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen berterusan HoSHAS dalam mewujudkan persekitaran latihan yang menyokong pembangunan kompetensi klinikal serta kesejahteraan fizikal dan psikologi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan warga kerja dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Kursus Burnout to Balance: Healing with EASE turut dirancang untuk diteruskan dalam siri-siri seterusnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai Pegawai Perubatan Latihan Siswazah di HoSHAS untuk menyertai dan memperoleh manfaat daripada program berkenaan. Pelaksanaan secara bersiri ini juga diharap dapat memastikan usaha memperkukuh kesejahteraan fizikal dan psikologi dapat diperluaskan kepada keseluruhan Pegawai Perubatan Latihan Siswazah secara berperingkat.

“Recharge. Restore. Revive.”
Stronger Minds, Stronger Team, Better Care.

#HoSHAS #HEARTSHoSHAS #BurnoutToBalance #HealingWithEASE #EASEWellness #HouseOfficer #KesejahteraanWargaKerja #JKNP #Pahang1st


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus Burnout To Balance: Healing With Ease 1.0 Perkasa Kesejahteraan Pegawai Perubatan Latihan Siswazah HoSHAS
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :16/10/2026 Total Visitors : 100