-
Jabatan Radiologi HoSHAS dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKES) HoSHAS
-
-
KURSUS PERLINDUNGAN SINARAN 2026 PERINGKAT KLUSTER PAHANG TENGAH
“Invisible Risk, Visible Responsibility”
Temerloh, 17 September 2026 – Kursus Perlindungan Sinaran 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah telah berlangsung pada 12 September 2026 bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Kursus anjuran Jabatan Radiologi HoSHAS dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKES) HoSHAS ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan unit di HoSHAS, hospital dalam Kluster Pahang Tengah, klinik kesihatan serta sektor swasta.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II HoSHAS. Penyertaan yang melibatkan warga kerja daripada pelbagai disiplin perubatan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan aspek perlindungan sinaran dalam perkhidmatan kesihatan.
Kursus ini turut dilaksanakan sebagai Program Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) yang diiktiraf di bawah keperluan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Pengiktirafan penuh telah diberikan kepada kursus ini dan memenuhi keperluan empat (4) jam terkumpul tahunan sebagaimana ditetapkan dalam Manual Pelaksanaan Program Jaminan Mutu (QAP) dalam Perkhidmatan Radiologi serta Pekeliling Keperluan Tambahan Perlesenan di bawah Akta 304 bagi Perkhidmatan Radiologi Diagnostik.
Penganjuran kursus ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kerja terhadap risiko sinaran serta kepentingan pematuhan kepada amalan keselamatan dan perlindungan sinaran dalam memastikan perkhidmatan radiologi yang selamat, berkualiti dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Radiologi HoSHAS, KESUKES serta semua pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran Kursus Perlindungan Sinaran 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah.
Invisible Risk, Visible Responsibility – Keselamatan Sinaran, Tanggungjawab Bersama. ☢️
#HoSHAS
#KursusPerlindunganSinaran2026
#KlusterPahangTengah
#InvisibleRiskVisibleResponsibility
#JabatanRadiologi
#KESUKES
#KeselamatanSinaran
#JKNP
#Pahang1st