• Kemaskini :29-4-2024.

Piagam Pelanggan

Kami warga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

  1. Permohonan pendaftaran Klinik Perubatan Swasta ditentusahkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap
  2. Pemeriksaan pembaharuan lesen Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah semua syarat dipatuhi
  3. Pemeriksaan semula slaid darah malaria parasit (positif) yang diterima oleh Makmal Kaji Darah Vektor Negeri dilakukan dalam tempoh 24 jam dari masa slaid diterima
  4. Permohonan pendaftaran Klinik Pergigian Swasta ditentusahkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap
  5. Lesen dan permit di bawah Akta Racun 1952 dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap
  6. Pengeluaran Sijil Jualan Bebas (Free Sale Certificate) dikeluarkan kepada syarikat yang memohon dalam masa satu (1) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap
  7. Sijil Kesihatan dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperoleh daripada syarikat yang memohon dalam masa:
    • Tiga (3) hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
    • Sembilan belas (19) hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP)
  8. Pengurusan pembayaran bil dan tuntutan dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap
  9. Semua permohonan hal-hal perkhidmatan dan penanggungan kerja diproses dalam tempoh 30 hari bekerja
  10. Buku Perkhidmatan Kerajaan dan Sijil Gaji Akhir yang lengkap dihantar ke jabatan baharu pegawai yang bertukar dalam tempoh 20 hari bekerja
  11. Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal (akuan terima) dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan JKNP melaksanakan piagam ini dengan berkesan dengan:

  1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang diguna pakai dan;
  2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan

Kemaskini : 9.6.2016