• Kemaskini :29-4-2024.

Bahagian Perubatan

PENGENALAN

Program Perubatan adalah salah satu dari enam Bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.  Ia diterajui oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan).

VISI

Memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan Negara.

MISI

Program Perubatan akan membentuk kerjasama untuk memangkin dan membantu individu untuk :

-       Menikmati tahap kesihatan yang sempurna

-       Menggalakkan individu untuk menilai kesihatan sebagai satu aset tidak ternilai

-       Mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan menjaga status kesihatan mereka untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

OBJEKTIF UMUM

Program Perubatan ini berperanan dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan semua aktiviti program rawatan perubatan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah kepada pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

1.            Memastikan semua aspek pengurusan program perubatan di hospital-hospital dibawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengikut saranan dan sasaran yang ditetapkan.

2.            Memastikan program-program berkaitan inisiatif kualiti dan aktiviti kepastian kualiti mengikut standard ditetapkan.

3.            Memastikan semua kemudahan perkhidmatan swasta beroperasi berdasarkan akta dan peraturan yang telah ditetapkan

4.            Memastikan semua aktiviti perkhidmatan kejuruteraan mengikut standard yang ditetapkan

5.            Memastikan semua lapuran dan data dari hospital dipantau dan mengikut standard yang ditetapkan

6.            Memastikan profesyen kejururawatan ke tahap nilai yang tinggi.

 

Bahagian Perubatan mempunyai 6 unit utama iaitu :-

1.            Unit Pengurusan Perubatan

Bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan rawatan perubatan untuk orang awam di 10 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah naungannya.

2.            Unit  Kualiti Perubatan

Memantau dan menyelaras program-program berkaitan inisiatif kualiti bagi semua hospital KKM di negeri Pahang

3.            Unit Rekod Perubatan

Memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital KKM di negeri Pahang menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) dan juga laporan dari hospital swasta melalui Sistem e-Reporting.

4.            Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Operasi Hospital

Memantau dan menyelia aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan di hospital KKM di negeri Pahang.

Menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital KKM di negeri Pahang.

5.            Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta

Bertanggungjawab ke atas pemantauan, pelesenan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di negeri Pahang, sepertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

6.            Unit Kejururawatan Perubatan

Memantau dan menyelia profesyen kejururawatan ketahap nilai yang tinggi dengan memajukan, meningkatkan dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan.

 

AKTIVITI UNIT BAHAGIAN PERUBATAN

UNIT PENGURUSAN PERUBATAN

-       Merancang, menyelaras serta memantau peruntukan kewangan

-       Merancang, menyelaras serta memantau sumber manusia

-       Merancang, menyelaras serta memantau latihan-latihan dalam perkhidmatan

-       Merancang, menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan hospital dalam negeri Pahang

-       Menyelaras dan menyiasat serta menyelesaikan apa jua aduan-aduan berkaitan hospital

-       Menyelaras dan memantau aktiviti Liputan Perubatan

 

UNIT KUALITI PERUBATAN

-       Menyelaras, memantau dan menganalisa data-data dan aktiviti inisiatif kualiti di hospital dan di Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

-       Mengadakan latihan-latihan berkaitan kualiti yang diperlukan kepada hospital-hospital.

-       Mengadakan latihan-latihan berkaitan kawalan infeksi yang diperlukan kepada hospital-hospital bersama-sama Unit Kejururawatan

-       Mewujudkan dan melaksanakan mekanisma penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara atau kaedah baru yang boleh diguna-pakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital-hospital,

-       Menyelaras dan membuat penilaian aktiviti peningkatan kualiti hospital-hospital

 

UNIT REKOD PERUBATAN

-       Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan dibekalkan melalui 10 buah hospital dan 11 buah Pejabat Kesihatan

-       Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan daripada Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta bagi Negeri Pahang

-       Mengumpul, menyemak, menyimpan dan menjaga maklumat tabung darah yang dibekalkan melalui 10 buah hospital bagi Negeri Pahang

-       Mengurus permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawi-pegawai kerajaan dan lain-lain kakitangan

-       Merancang dan mengendalikan kursus, seminar, bengkel bagi anggota Unit Rekod perubatan di Peringkat Hospital dan Negeri.

 

UNIT PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL

-       Menyemak Laporan Penilaian Keadaan (Condition Appraisal)

-       Menyediakan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) untuk alat-alat dan sistem kejuruteraan

-       Menjalankan audit teknikal perkhidmatan sokongan hospital

-       Menyiasat aduan-aduan berkaitan perkhidmatan sokongan hospital di hospital / Institusi kesihatan.

-       Menyiasat anggaran fi perubatan kerja (Variation Order) untuk perkhidmatan sokongan hospital.

-       Menyemak maklumat berkaitan yuran perkhidmatan hospital baru dan hospital gantian ke Syarikat konsesi.

-       Menjalankan pemeriksaan perkhidmatan sokongan di semua hospital dan institusi kesihatan secara berjadual.

-       Memantau dan menyediakan laporan berkaitan notis-notis kecemasan (Klausa 8.2, 21.2 dan 21.3) yang dikeluarkan oleh hospital.

-       Melaksana kajian kepuasan pelanggan dan menyediakan laporan penilaian prestasi (2 kali setahun) Syarikat Konsesi.

-       Menyemak laporan dan bil/invois untuk pengesahan bayaran atau pemotongan fi.

-       Memastikan operasi sistem teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) perkhidmatan Kejuruteranan Hospital dikemaskinikan dan berkesan

-       Membantu pihak hospital di dalam pengurusan aset kerajaan dan penyediaan laporan pengurusan aset.

 

UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (UKAPS)

-       Menyelaras semua aktiviti pendaftaran klinik perubatan dan pergigian swasta.

-       Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan dengan perlesenan kemudahan swasta

-       Menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan untuk semua kemudahan swasta di Negeri Pahang

-       Menyelaras semua aduan berkaitan kemudahan swasta di negeri Pahang

 

UNIT KEJURURAWATAN

-       Menyelaras program-program Kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri

-       Menetapkan sasaran aktiviti perawatan untuk anggota kejururawatan

-       Penguatkuasaan pematuhan kod etika yang melibatkan Perkhidmatan Kejururawatan

-       Perancangan perkembangan kemajuan kerjaya Jururawat

-       Penyelidikan dan Pembangunan Kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri

-       Merancang latihan dan pendidikan berterusan yang diperlukan untuk anggota Kejururawatan.

-       Membuat pemantauan dan mencadangan tindakan penambahbaikan amalan kejururawatan di Hospital di Peringkat Negeri.