• Kemaskini :29-4-2024.

Unit Kawalan Perubatan Swasta

PENGENALAN

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertanggungjawab ke atas pemantauan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di negeri Pahang spertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

OBJEKTIF

Memastikan perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta yang disediakan adalah berkualiti, cekap dan telus berlandaskan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan akta-akta lain yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

-       Menyelaras semua aktiviti pendaftaran klinik perubatan dan pergigian swasta

-       Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan dengan pelesenan kemudahan swasta

-       Menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan untuk semua kemudahan swasta di negeri Pahang

-       Menyelaras semua aduan berkaitan kemudahan swasta di negeri Pahang

PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTA & KLINIK PERGIGIAN SWASTA

-       Di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586), semua klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta (Seksyen 4 Akta 586) perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sekali sahaja sepanjang hayat premis melainkan ada pindaan hak milik atau pertukaran premis.

-       Bayaran fee untuk pendaftaran klinik ialah sebanyak RM 1,500.00 di mana RM 500 adalah untuk fee pemprosesan dan RM 1,000 bagi fee pengeluaran.

-       Adalah menjadi satau kesalahan jika klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta tidak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendaftaran boleh dibuat dengan 2 cara :

Garispanduan bagi pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta boleh melayari laman web Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:-  http://medicalprac.moh.gov.my

a.             Manual

 - Menggunakan Borang A yang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Tingkat 12, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.

b.            Online

  -  Dengan melayari laman web berikut - http://medpcs.moh.gov.my

 

PERLESENAN

-       Semua jenis kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta seperti di bawah ini perlu mendapat kelulusan dan lesen untuk menubuhkan dan menyenggarakan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

-       UKAPS Negeri hanya menguruskan permohonan pembaharuan lesen (2 tahun sekali)

-       Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Tahun 1998 (Akta 586), jika premis beroperasi tanpa lesen mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 5 dalam akta yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi RM 300,000 atau dipenjarakan selama enam tahun atau kedua-duanya

 

PENGUATKUASAAN AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (AKTA 586)

 -        Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

-       Menjalankan pemeriksaan berkala dengan tujuan untuk memantau semua kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selaras dengan peruntukan dalam Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

-       Menjalankan siasatan ke atas aduan-aduan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

Aktiviti Penguatkuasaan

  •  Pemeriksaan premis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
  • Pemantauan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
  • Risikan
  • Serbuan dan lain-lain