(CANCER SUPPORT GROUP HoSHAS)
Logo
Cancer support group ( CSG ) merupakan satu pertubuhan yang memberi bantuan & sokongan kepada pesakit-pesakit kanser yang telah menerima rawatan di Hoshas.
Cancer support group ditubuhkan oleh pakar-pakar & kakitangan Unit Pembedahan Am, Hoshas pada 2010. Ia, pada awalnya dinamakan Breast Cancer Support Group yang memberi tumpuan kepada pesakit kanser payudara. Namun kini, dengan adanya sokongan dari pelbagai unit seperti Fisioterapi, Dietetic, Farmasi, Kerja Social, Radiologi, Pemulihan Carakerja, Unit Pendidikan Pesakit, Psikiatrik, maka pertubuhan ini telah diperluaskan ke arah membantu pesakit yang menghidapi pelbagai jenis kanser selain kanser payudara. Selain itu, dengan adanya sokongan & sambutan yang amat memuaskan dari para pesakit, ahli keluarga pesakit & ahli jawatankuasa. Maka, pertubuhan ini ditukarkan nama kepada Cancer Support Group pada 19hb Mei 2014.
Persatuan ini telah berjaya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan,1966 pada tarikh 7 julai 2017 dengan nama Pertubuhan PERSATUAN KUMPULAN SOKONGAN KANSER HOSHAS TEMERLOH PAHANG CANCER SUPPORT GROUP HOSHAS
Pada masa ini, kumpulan sasaran kami adalah golongan kakitangan Hoshas, penduduk di sekitar Temerloh & daerah- daerah berdekatan.
1) Memberi bantuan & sokongan kepada para pesakit kanser dari segi fisikal, social & mental
2) Memberi peluang untuk para pesakit kanser berinteraksi sesama sendiri
3) Memberikhidmat nasihat tentang bantuan perubatan & peralatan medikal
4) Memberi & meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser kepada orang awam
5) Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan pengesahan & menerima rawatan kanser di peringkat awal
1) Melibatkan cancer survivors dalam pertubuhan ini untuk berkongsi pengalaman, cabaran menghadapi penyakit kanser.
2) Meluaskan pandangan pesakit yang baru disahkan menghidapi penyakit kanser berkenaan rawatan, kehidupan & cabaran yang bakal diharungi.
Pertubuhan kami telah menjayakan pelbagai aktiviti menarik semenjak ia ditubuhkan pada 2010.
Aktiviti tahun 2024
1) Jalinan Kasih Bersama Pesakit Kanser 'You Are Not Alone' - 13/07/2024