Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
Unit Hal Ehwal Islam
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Maran, 28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
09 295 5333 Ext : 1050
Persekitaran mesra ibadah meliputi kakitangan kesihatan, pesakit dan waris serta suasana kerja di hospital. Amalan mesra ibadah bukan sahaja diterapkan dalam tugasan harian kakitangan tetapi ia meliputi keperluan kerohanian kakitangan kesihatan itu sendiri.
Untuk tujuan ini, pengisian kerohanian seperti bacaan doa sebelum memulakan tugas, ceramah dan tazkirah, khidmat nasihat agama serta latihan berkenaan aktiviti-aktiviti HMI bagi kakitangan kesihatan akan sentiasa dianjurkan di peringkat hospital.
Pelaksanaan amalan mesra ibadah kepada pesakit ini dilaksanakan melalui 4 pendekatan iaitu:
Kesemua wad di HoSHAS kini dilengkapi dengan Kit Solat Pesakit yang diisi dengan risalah panduan berwudhuk dan solat, botol semburan wudhuk, debu tayammum dan Surah Yasin. Selain itu, setiap kubikal di wad-wad diletakkan penanda arah kiblat untuk memudahkan pesakit mengetahui arah kiblat.
HoSHAS juga amat komited dalam memudahkan pesakit dan waris melaksanakan ibadah solat dengan menyediakan ruang solat lelaki dan wanita di setiap aras. Pusat Islam turut diwujudkan untuk memudahkan semua yang berada di hospital menunaikan solat secara berjemaah. Azan secara langsung dari Pusat Islam juga turut dapat didengar di dalam hospital untuk memudahkan pesakit mengetahu masuknya waktu solat fardhu.
Kerahsiaan dan hak pesakit sentiasa dijaga dan dihormati termasuk aurat pesakit, menyediakan pengiring (chaperon) dan layanan berhemah oleh kakitangan hospital termasuk menjaga tutur kata dan menggunakan bahasa yang sopan. Di HoSHAS, Pesakit diberikan hak untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan hal ehwal agama:
1. Kursus Tutorial Ibadah Solat Pesakit
![]() |
![]() |
2. Ceramah Agama Penerapan Nilai-nilai Islam Kepada kakitangan
![]() |
![]() |
3. Kit Ibadah Pesakit DI Wad-Wad
![]() |
![]() |
4. Pusat Islam HoSHAS
![]() |
![]() |
5. ZIarah Mahabbah Ke Wad
![]() |
![]() |
Bil | Aktiviti / Kursus | Tarikh |
1 | Ceramah Agama : Hati Mati oleh PU Amin | 25/01/2019 |
2 | Ceramah Agama : Rumah Tangga : Syurga atau Neraka oleh Ustaz Mohd Fadli | 15/02/2019 |
3 | Ceramah Agama : Perubatan Ruqyah Syarriyah (Asas dan Pengenalan) | 15/03/2019 |
4 | Program Pengurusan Solat Ketika Sakit | 03/04/2019 |
5 | Ceramah Agama : Kisah Dari Langit | 05/04/2019 |
6 | Ceramah Agama : Jari Tajwid - Kaedah Hukum Tajwid 5 Jari Mudah Belajar Dan Mengajar | 19/04/2019 |
7 | Tazkirah Pemantapan Rohani Program Sokongan bersama Cancer Survivor | 30/04/2019 |
8 | Ceramah Agama : Nafas Baru Bermula Ramadhan oleh Ustaz Syed Fakhruzi | 03/05/2019 |
9 | Iftar Ramadhan kepada 100 orang, Solat Rerawih dan Moreh | Sepanjang Ramadhan |
10 | Ceramah Agama :Jururawat... 'Cabaran Dunia Sekarang' | 10/05/2019 |
11 | Hari Kesedaran Hospital Mesra Ibadah | 14/05/2019 |
12 | Majlis Berbuka Puasa, HoSHAS | 14/05/2019 |
13 | Ceramah Agama : Nak Syafaat Al Quran Tapi Malas Baca | 24/05/2019 |
14 | Ceramah Agama : Sayu Hati Ramadahn Pergi | 31/05/2019 |
15 | Ceramah Agama : Kisah Akhir Zaman | 28/06/2019 |
16 | Seminar Pemantapan Sahsiah : Keluarga Sakinah Pemacu Warga Kerja Cemerlang | 16/07/2019 |
17 | Korban HOSHAS Kali ke - 2 | 14/08/2019 |
18 | Ceramah Khas Awal Muharam 1441 H : Awal Muharam Tinggalkan Yang Haram | 06/09/2019 |
19 Februari 2022 Pusat Islam Hoshas menerima sumbangan infak Al-Quran beserta terjemahan dari insan-insan berhati mulia yang disalurkan melalui Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia yang dibawahnya terdapat Pusat Jagaan Mahmudah dan Pusat Jagaan Nur Hasanah
3) Tajuk : Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Iftar Perdana 2022
Tarikh : 28 April 2022
Lokasi : Pusat Islam HoSHAS
4) Tajuk : Majlis Khatam Al Quran
Tarikh : 28 April 2022
Lokasi : Pusat Islam HoSHAS
5)
6)
7)
8)
15)
Pengenalan
Program Hospital Mesra Ibadah Jengka ditubuhkan bagi menyahut saranan Ybhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Program ini merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai – nilai islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai – nilai islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat kerohanian. Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris yang beragama Islam.
Objektif
Objektif ini adalah selaras dengan :