Jabatan Ortopedik

images

Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahamad Shah Temerloh merupakan kesinambungan perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab.Dengan berpindahnya Hospital Mentakab ke Hospital Temerloh pada bulan April 2005  ,maka bermulalah satu era baru perkhidmatan Ortopedik yang lebih baik.

Perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab secara tetap bermula pada tahun 2000 di bawah penyeliaan seorang Pakar Ortopedik. Dengan arus pembangunan dan perubahan yang pesat, akhirnya perkhidmatan ini berkembang sehingga bilangan pakar meningkat kepada 4 orang dan 5 orang Pegawai Perubatan. Pada hujung 2006 seramai 3 - 5 orang Pegawai Perubatan Siswazah telah ditempatkan secara bergilir setiap 3 bulan yang mana dapat membantu melincinkan urusan jabatan.

Di  Hospital Sultan Hj Ahamad Shah, perkhidmatan yang lebih baik terlaksana dengan kemudahan Komplek Klinik Pakar, Wad Ortopedik ( Kenanga 5, 6 dan Melor 1), Dewan bedah yang sempurna dengan kelengkapan peralatan moden serta kemudahan lain.Secara amnya perkhidmatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahmad Shah merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan Ortopedik untuk Hospital Daerah di Pahang Barat seperti Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Bentong, Bera, Triang, Jerantut dan sebahagian Maran.

Perkhidmatan Orthopedik yang dilaksanakan ialah seperti kes-kes trauma dan ‘General Orthopaedics’. Jabatan sedang menuju kearah perkhidmatan ‘sub-speciality’ lebih khusus seperti trauma, spinal, sport, paediatrik, arthroplasty, hand  dan tumour.

Matlamat perkhidmatan Jabatan Ortopedik adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang “Selamat dan Mesra”,  serta untuk mencapai perkhidmatan  yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ demi memenuhi kepuasan pelanggan. 

LokasiAras 2

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan 1083
Bilik Pegawai Perubatan 1 1082 / 1084 / 1085
Bilik Pegawai Perubatan 2 1086 / 1087
Bilik Jabatan / Pengurusan 5327
Bilik Prosedur 1079
Bilik Penolong Pegawai Perubatan 1081
Bilik Plaster (POP) 1078
Kaunter (Isnin, Rabu & Jumaat) 1087
Kaunter (Selasa & Khamis) 1334 / 5324

Klinik Pakar

Hari / Masa 8.00 pagi – 12.30 tengah hari 2.00 petang – 4.30 petang
Isnin

Klinik Luka

Kes Baru

Klinik Patah
Selasa KLINIK PAKAR ORTOPEDIK AM
Kinik Luka dan Patah
Rabu

Klinik Luka

Kes Baru

Klinik Patah
Khamis

KLINIK PAKAR ORTOPEDIK AM

Kinik Luka dan Patah

Jumaat Tiada Sesi Klinik 

Jadual Pembedahan Ortopedik

 Hari / Masa  8.00 pagi – 12.00 tengah hari  2.00 petang - 5.00 petang
Isnin

Pembedahan Elektif, Trauma Dan Day Care 

Selasa Pembedahan Trauma / Clinic Day
Rabu

Pembedahan Elektif ,Trauma Dan Day Care 

Khamis Pembedahan Trauma / Clinic Day
Jumaat Pembedahan Trauma / GWR

1.Kemudahan Wad

Sebanyak 3 buah wad telah diperuntukkan untuk merawat pesakit ortopedik iaitu Wad Kenanga 5 untuk pesakit lelaki, Wad Kenanga 6 pesakit perempuan dan sebahagian dari Wad Melor 1 untuk kanak-kanak. Wad-wad ini dilengkapi dengan katil yang sempurna dan selesa, juga terdapat bilik berhawa dingin dan bilik pengasingan untuk pesakit ortopedik yang mengalami penyakit berjangkit serta kemudahan lain yang memberi kemudahan kepada kakitangan dan pesakit.

2. Kemudahan klinik Pakar
Klinik ortopedik beroperasi pada hari Selasa dan Khamis. Pendaftaran untuk pesakit membuat rawatan bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Klinik ini menerima rujukan daripada mana-mana hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta dari seluruh Malaysia. Di klinik ini, terdapat kemudahan bilik mecuci luka dan bilik untuk pemasangan POP ( simen ) bagi pesakit yang telah dirawat oleh doktor.
Pada Januari 2007, telah bermula klinik arthroplasti pada hari Rabu setiap 3 bulan sekali. Klinik ini adalah dikhaskan kepada pesakit yang mengalami masalah pada sendi dan pesakit yang telah menjalani pembedahan gantian sendi. Klinik ini mendapat khidmat pakar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dengan dibantu oleh seorang doktor dan kakitangan klinik

3. Pembedahan
Terdapat 2 bilik di dewan bedah telah diperuntukan untuk Jabatan Ortopedik menjalankan pembedahan. Pembedahan beroperasi pada hari Isnin dan Rabu sahaja kecuali kes-kes kecemasan yang memerlukan pembedahan segera. Dengan dibantu oleh peralatan terkini dan kepakaran yang ada, banyak pembedahan dapat dijalankan. Selain dari pembedahan pemasangan implant biasa, pembedahan tulang belakang, artroplasti (gantian sendi) dan atroskopi turut dijalankan oleh jabatan ini.Pembedahan untuk rawatan harian juga disediakan oleh jabatan ortopedik. Pembedahan ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada setiap hari Isnin dan Rabu.


Bil Tarikh Aktiviti
1 19/03/2021 CME : Watching Spinal TB
2 29/10/2021 CME : Pink vs Pale Pulseless Hand
3 11/02/2022 CME : Knee Osteoarthritis
4 29/07/2022 CME : Flesh Eating Disease : Necrotising Soft Tissue Infection
5 07/04/2023 CME : Osteoporosis
6 03/06/2023 Osteoporosis Prevention Fun Run 2.0
7 30/01/2024 Perhimpunan Pagi Januari
8 26/07/2024 CME : Distraction Osteogenesis
9 21/11/2025 CME : Ankle Sprain: Treat It Fast, Treat It Right

 

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 15/01/2026 Jumlah Pelawat : 14229